KOTA KINABALU:Ahli Dewan Undangan Negeri Usukan Datuk Seri Salleh Said Keruak mahu kerajaan Sabah mencari penyelesaian terbaik kepada isu kemiskinan digital, dari segi penyediaan prasarana teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), mahupun kelemahan kemahiran bidang itu dalam kalangan masyarakat di Sabah.
Beliau berkata, kemiskinan digital tidak semestinya berkaitan dengan soal kedudukan ekonomi sahaja, kerana seseorang itu mungkin sudah mempunyai kelengkapan ICT seperti komputer, telefon pintar dan sambungan internet yang pantas, namun dia masih dianggap Miskin Digital jika tidak mahir menggunakannya.
"Ini kerana seseorang itu masih belum mahir menggunakan ICT sebaiknya untuk urusan utama harian yang kini semuanya beroperasi melalui dalam talian seperti bekerja, berniaga dan berurusan," katanya ketika mencadangkan usul ucapan terima kepada Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah, di sini hari ini.
Menurut beliau perkara itu disebabkan masyarakat terlalu biasa dengan komunikasi bersemuka dan masih belum dapat mempraktikkan konsep 'Bekerja Dari Rumah' dan 'Urus Niaga Dalam Talian'.
Beliau berpendapat isu itu tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana akan memberi kesan ekonomi sebenar dan mengakibatkan Sabah ketinggalan lebih jauh daripada arus pembangunan.
Sehubungan itu, Salleh berharap kerajaan negeri dapat merancang kaedah sewajarnya atau menyampaikan insentif bersesuaian untuk menangani isu Kemiskinan Digital negeri.
Sementara Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor ketika menggulung perbahasan ucapan dasar Yang Dipertua Negeri berkata kerajaan negeri akan mengambil tindakan terhadap semua cadangan yang dikemukakan demi kebaikan negeri.
"Mengenai isu kemiskinan digital yang diutarakan oleh Yang Berhormat Usukan...saya sangat bersetuju bahawa Sabah masih ketinggalan dengan kemajuan ICT dan perkara itu kita perlu berikan perhatian dan keutamaan untuk memastikan taraf kemunikasi digital di Sabah dapat ditingkatkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 16 2020

Kemiskinan digital tidak semestinya berkaitan dengan soal kedudukan ekonomi sahaja, kerana seseorang itu mungkin sudah mempunyai kelengkapan ICT seperti komputer, telefon pintar dan sambungan internet yang pantas. - Gambar fail

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.

Tun Mahathir mampu cetus krisis politik baharu - Salleh
Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak mendakwa Tun Mahathir Mohamad bukanlah pemimpin yang membuat percaturan tanpa penghujung apabila menjadikan dirinya sebagai ketua de facto Perikatan Nasional (PN).

Agenda belum selesai, Abdul Rahman Dahlan mahu kembali ke Kota Belud
Abdul Rahman berhasrat membangunkan Kota Belud yang mempunyai potensi cukup besar dalam pelbagai aspek terutamanya dalam konteks pendidikan dan pertanian.

Kerajaan lulus RM8.94 juta pertingkat akses internet di Kota Belud
Salleh juga menyeru agar orang ramai memanfaatkan internet untuk menceburi perniagaan digital atau perniagaan dalam talian.

PBS kesal Salleh gelar Maximus 'gila'
Johnnybone berkata kenyataan Maximus berkenaan isu pendatang asing tanpa izin (PATI), dibuat berdasarkan fakta daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja dan bukannya mengikut emosi semata-mata.

Perkasa jentera PRU15, ketepikan perbezaan pendapat - Salleh Said Keruak
Beliau menasihatkan agar fokus utama diberikan kepada persediaan rapi dan memperkasakan jentera BN untuk berdepan PRU15.

Daftar GRS sebagai gabungan politik rasmi - Salleh
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) wajar segera didaftar sebagai gabungan politik yang rasmi dalam usaha memperkasa ahli parti komponen dan hala tuju gabungan itu.

Aktiviti ketenteraan China-AS suatu yang membimbangkan - Salleh Said Keruak
Salleh menegaskan tindakan yang dilakukan oleh China itu merupakan satu pencabulan kedaulatan sesebuah negara.

Banjir kilat selepas hujan lebat lebih lima jam di Kota Kinabalu
Kesesakan lalu lintas juga didapati berlaku di beberapa jalan utama akibat banjir kilat itu, antaranya di Jalan Sulaman berhampiran 1Borneo Hypermall.

Program vaksinasi COVID-19 perlu dipercepat, penting untuk tarik pelaburan - Salleh
Program vaksinasi COVID-19 penting dalam memberi keyakinan kepada pelabur untuk membuat lebih banyak pelaburan di Sabah.

Wakil rakyat GRS perlu buat penyampaian tepat dan jelas - Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata ia penting bukan saja untuk memberi keyakinan kepada rakyat, tetapi menjadikan seorang ahli politik itu lebih disegani dan berwibawa.