KUALA LUMPUR: Pas Kelantan bimbang sekiranya keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tentang kes kalimah Allah, Baitullah, Kaabah dan sebutan Solat dalam penerbitan agama Kristian dibuat kerana dipengaruhi pihak tertentu yang mungkin dalam kalangan sekutu politik Kerajaan Perpaduan.
Ketua Penerangan Pas Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud menjelaskan, sebelum membuat keputusan tersebut, kerajaan khususnya KDN perlu mengadakan libat urus dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK).
Menurut Nassuruddin, agensi terbabit diberi hak oleh Mahkamah Rayuan untuk menjadi sahabat Mahkamah dalam penghujahan yang akan diadakan di Mahkamah Rayuan.
"KDN juga sepatutnya konsultasi dengan semua pemegang taruh, terutamanya pihak institusi diraja, yakni Tuanku Al-Sultan selaku Ketua Agama Islam di negeri dan Yang di-Pertuan Agong bagi Wilayah Persekutuan.
"Pas Kelantan bimbang tindakan tergesa-gesa KDN tersebut dibuat kerana dipengaruhi pihak tertentu yang mungkin dalam kalangan sekutu politik kerajaan campuran Madani sekarang.
"Pas Kelantan juga memohon ampun perkenan pihak istana, mencadangkan kepada Kerajaan Madani khususnya KDN agar bertindak lebih rasional dalam isu tersebut demi mempertahankan hak agama Islam terutamanya penggunaan kalimah Allah yang tidak perlu dikongsi dengan agama lain," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Pada Isnin, kerajaan dan KDN menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.
Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 10 Mac 2021 selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill yang memohon perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan.
Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini dilaporkan sudah mengemuka nota kepada Jemaah Menteri mengenai keputusan KDN menarik balik rayuan di mahkamah berhubung keputusan penggunaan kalimah Allah.
Beliau dalam sidang medianya pada Selasa memaklumkan keputusan KDN tidak meneruskan permohonan semakan kehakiman membabitkan kes Jill Ireland lawan Kerajaan Malaysia adah disebabkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dikeluarkan ketika itu menggunakan pendekatan perundangan sivil dan pentadbiran.
Astro Awani
Tue May 16 2023
Nassuruddin berkata, KDN sepatutnya konsultasi dengan semua pemegang taruh, terutamanya pihak institusi diraja yakni Tuanku Al-Sultan selaku Ketua Agama Islam di negeri dan Yang di-Pertuan Agong bagi Wilayah Persekutuan. -Gambar fail
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Penumpang Azerbaijan Airlines pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat
Pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selain peralatan perubatan penting.
Gereja tertua Syria kembali raikan Krismas
Penganut Kristian di Syria kembali meraikan perayaan hari Krismas di Gereja Lady of Damascus, Damsyik.
Lelaki cuba terjun dari tingkat 9 berjaya diselamatkan
Polis berjaya menyelamatakan lelaki berusia 48 tahun yang cuba membunuh diri dengan terjun dari beranda tingkat sembilan sebuah kondominium di Bandar Tun Hussein Onn,
Pakar mata rawat Anwar ketika di penjara meninggal
Pakar mata, Datuk Dr Ahmad Shukri Mohamed yang merawat mata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau berada dalam tahanan polis pada 1998 meninggal dunia.
Ribut salji: lebih 200,000 rumah putus bekalan elektrik di Bosnia dan Balkan
Lebih 200,000 rumah di seluruh Bosnia dan Herzegovina masih terputus bekalan elektrik untuk hari kedua pada Rabu selepas ribut salji menyebabkan gangguan meluas di beberapa negara Balkan.
Israel dakwa akan terus kawal keselamatan Gaza
IDF akan bertindak dengan apa cara sekalipun untuk menghapuskan sebarang cubaan yang berpotensi mengancam negara itu atau anggotanya.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan di sebuah penjara di ibu kota Mozambique, Maputo, telah meragut nyawa 33 orang dan mencederakan 15 yang lain.
Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat
Kementerian Kecemasan Rusia pada Rabu mengumumkan penghantaran sebuah pesawat khas ke Kazakhstan untuk membawa pulang warganegara Rusia yang terselamat dalam nahas pesawat berhampiran bandar Aktau.
Menerusi kenyataan kementerian itu, pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selainperalatan perubatan penting.
Menerusi kenyataan kementerian itu, pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selainperalatan perubatan penting.
KDN jangka kumpul 150,000 naskhah al-Quran rosak akibat banjir untuk dilupuskan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjangkakan mengumpul kira-kira 150,000 naskhah al-Quran rosak akibat banjir di Kelantan, Terengganu, dan Kedah untuk dilupuskan mengikut syarak.
KDN laksana pelan integrasi komprehensif bagi dua bekas tahanan Guantanamo
Pelan berkenaan dirancang untuk memastikan pemulihan menyeluruh serta membolehkan kedua-dua individu berkenaan berintegrasi semula ke dalam masyarakat.
Rakyat Malaysia ditahan di Teluk Guantanamo selamat tiba di tanah air - KPN
Dua rakyat Malaysia yang ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo, Cuba sejak 18 tahun lepas, selamat tiba di tanah air hari ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
KDN bekerjama dengan pelbagai agensi pulihkan fahaman pengikut GISB - Saifuddin Nasution
KDN bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menyelaras usaha memulihkan fahaman pengikut GISB, agar mereka tidak kembali kepada fahaman yang telah difatwakan sebagai sesat.
Siasatan terhadap Yusoff Rawther profesional ikut lunas perundangan - KDN
KDN mengesahkan siasatan terhadap Muhammed Yusoff Rawther dijalankan secara profesional oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengikut lunas perundangan.
AKPS dijangka ambil alih operasi di pintu masuk negara Januari 2026
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dijangka akan mengambil alih keseluruhan operasi di 114 pintu masuk negara pada Januari 2026, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
KDN gerak anggota PDRM dan aset untuk operasi bantuan banjir
Antara aset yang digunakan termasuk 152 kenderaan pacuan empat roda, 68 bot, 51 lori, 15 kereta peronda, 13 van, dan satu helikopter.
KDN janji selesai isu 12,000 pelajar sekolah tiada dokumen pengenalan diri
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan akan menyelesaikan isu dokumen pengenalan diri membabitkan 12,000 pelajar dalam tempoh antara enam hingga 12 bulan.
KDN hormati keputusan mahkamah kembalikan 172 jam tangan 'Pride Collection'
KDN menghormati keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan 172 jam tangan 'Pride Collection' yang dirampas tahun lepas, dikembalikan semula.
KDN teliti skim perkhidmatan baharu AKPS - Shamsul Anuar
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti skim perkhidmatan baharu bagi petugas Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) sebelum dimuktamadkan dan diluluskan agensi pusat.