KOTA BHARU: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) mengambil tindakan serta-merta berhubung insiden pencerobohan data penyedia perkhidmatan gerbang pembayaran iPay88 (M) Sdn Bhd.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata langkah itu diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dan Cyber Security Malaysia (CSM) yang mengadakan pertemuan dengan pihak iPay88 pagi tadi.
"Kes ini masih dalam sisatan lanjut oleh vendor iPay88 iaitu SISA dari Singapura yang sudah mengenal pasti jenis ancaman menggunakan 'Cobalt Strike'.
"Pelayan yang terjejas sudah dikeluarkan daripada talian bagi tujuan siasatan lebih lanjut. Siasatan oleh SISA masih dalam tindakan dan segala keputusan akan dimaklumkan kepada JPDP dan CSM oleh pihak iPay88," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra di premis sekitar Kok Lanas hari ini.
Annuar juga berkata pihak iPay88 memaklumkan bahawa isu kebocoran data peribadi pengguna belum disahkan kerana siasatan masih berjalan.
"Bahagian teknikal iPay88 memaklumkan pelayan yang diserang tidak menyimpan data peribadi pengguna kerana data peribadi itu disimpan dalam pelayan berasingan," katanya.
Media sebelum ini melaporkan iPay88 mengesahkan berlaku insiden keselamatan siber yang mungkin menjejaskan data kad pengguna.
Menurut satu kenyataan, iPay88 memaklumkan bahawa sejak 31 Mei lepas, ia sudah menggunakan pakar keselamatan siber bagi membendung isu itu.
Kenyataan itu turut menjelaskan siasatan sedang dijalankan dan mereka bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berhubung pelanggaran keselamatan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 12 2022
![Isu iPay88: K-KOMM ambil tindakan serta-merta Isu iPay88: K-KOMM ambil tindakan serta-merta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660308541_AnnuarMusa.jpg)
Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa pada sidang media selepas mengadakan Tinjauan Mesra (Walkabout) di Kedai sekitar Kok Lanas hari ini. - Foto BERNAMA
JKR Sabah nilai kerosakan jalan di kawasan terjejas banjir
Jabatan Kerja Raya Sabah sedang memantau dan menilai kerosakan jalan yang terkesan akibat banjir di negeri itu dengan tumpuan akan diberikan di kawasan yang ditenggelami air.
Jumlah mangsa banjir di PPS Sabah meningkat
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 721 daripada 212 keluarga berbanding 695 daripada 189 keluarga pagi tadi.
![Mierul Aiman dan Meerqeen tarik ramai pengunjung serbu 'Assalamualaikum RaRa Kedah' Mierul Aiman dan Meerqeen tarik ramai pengunjung serbu 'Assalamualaikum RaRa Kedah'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739012709_MADAD.jpg)
Mierul Aiman dan Meerqeen tarik ramai pengunjung serbu 'Assalamualaikum RaRa Kedah'
Program Assalamualaikum RaRa 2025 berlangsung di Murtadha Dakwah Centre (MADAD), di Sungai Petani pada Sabtu menarik ramai pengunjung untuk hadir ke program agama itu.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak dalam kemaskininya memaklumkan
jumlah mangsa turun kepada 3,454 orang berbanding 3,921 orang pagi tadi.
jumlah mangsa turun kepada 3,454 orang berbanding 3,921 orang pagi tadi.
Fokus Minggu Depan: Garis panduan, muhibah dan sensitivity
Ikuti ulasan Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsuddin mengenai garis panduan bagi muslim yang mengikuti program anjuran bukan muslim dalam konteks kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia.
![Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat petang ini, Sarawak menurun Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat petang ini, Sarawak menurun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739012767_banjir.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat petang ini, Sarawak menurun
Sekretariat JPBN Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 721 daripada 212 keluarga pagi tadi.
Pesawat Bering Air yang hilang dijumpai terhempas, semua penumpang maut
Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) mengesahkan penemuan bangkai pesawat yang sepadan dengan keterangan sebuah pesawat dilaporkan hilang di pesisir barat Alaska pada Khamis, lapor Xinhua.
Trump sekat ICC: Beri isyarat Israel kebal undang-undang - Amnesty
Setiausaha Agung Amnesty International Agnes Callamard mengecam perintah eksekutif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengenakan sekatan terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), menyifatkannya sebagai tindakan "melulu" yang memberi isyarat bahawa Israel berada di atas undang-undang dan melemahkan prinsip keadilan sejagat.
Kinabatangan dilanda banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun
Kinabatangan kini berdepan banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun, dengan paras air melepasi tahap bahaya dan memaksa penduduk di beberapa kampung berpindah ke pusat pemindahan sementara.
![Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738553906_TBOlafScholzjp.jpg)
Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump
Scholz mengecam cadangan Trump agar bantuan ketenteraan berterusan kepada Ukraine harus dikaitkan dengan akses kepada sumber asli negara itu.
![K-KOMM cadang kolaborasi dengan MDEC, AIM perkasa usahawan wanita digital K-KOMM cadang kolaborasi dengan MDEC, AIM perkasa usahawan wanita digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51666283652_AnnuarMusa.jpg)
K-KOMM cadang kolaborasi dengan MDEC, AIM perkasa usahawan wanita digital
K-KOMM bercadang untuk berkolaborasi dengan Perbadanan MDEC dan AIM bagi memperkasa usahawan wanita menguasai dunia digital.
![90 tapak 5G siap dibina di Sarawak - Annuar Musa 90 tapak 5G siap dibina di Sarawak - Annuar Musa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61644223989_malaysia.jpg)
90 tapak 5G siap dibina di Sarawak - Annuar Musa
Pembinaan tapak yang melibatkan kawasan Kuching, Bintulu serta Miri itu dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun depan.
![Menara telekomunikasi akan dibina di Pulau Sipadan - Mohammad Menara telekomunikasi akan dibina di Pulau Sipadan - Mohammad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51664721162_PULAUSIPADAN.jpg)
Menara telekomunikasi akan dibina di Pulau Sipadan - Mohammad
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama kerajaan Sabah melalui Taman-Taman Sabah, telah mengenal pasti lokasi bagi pembinaan menara telekomunikasi di Pulau Sipadan.
![SKMM rancang wujud 177 PEDi baharu - Mohammad SKMM rancang wujud 177 PEDi baharu - Mohammad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51664378413_TBKKOM.jpg)
SKMM rancang wujud 177 PEDi baharu - Mohammad
SKMM merancang mewujudkan 177 Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) baharu iaitu di kawasan Dewan Undangan Negeri yang masih belum mempunyai pusat berkenaan.
![8 negeri jadi perintis bandar pintar hasil kerjasama K-KOMM, TM One 8 negeri jadi perintis bandar pintar hasil kerjasama K-KOMM, TM One](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71664378085_TBZAHIDI.jpg)
8 negeri jadi perintis bandar pintar hasil kerjasama K-KOMM, TM One
Ia bagi merealisasikan aspirasi ekonomi digital negara termasuk pembangunan bandar pintar di seluruh negara yang bermula di lapan negeri.
![K-KOMM akan hidupkan kembali warisan telah pupus K-KOMM akan hidupkan kembali warisan telah pupus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51664075907_DatukZahidiZainul.jpg)
K-KOMM akan hidupkan kembali warisan telah pupus
Zahidi berkata, pihaknya akan pergi ke setiap negeri untuk mengenal pasti warisan yang telah pupus.
![Pelajar diingatkan tidak salah guna, jual tablet PerantiSiswa - Annuar Pelajar diingatkan tidak salah guna, jual tablet PerantiSiswa - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662205696_IsmailSabriUITM.jpg)
Pelajar diingatkan tidak salah guna, jual tablet PerantiSiswa - Annuar
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa mengingatkan pelajar yang menerima tablet PerantiSiswa Keluarga Malaysia agar tidak menyalahgunakan atau menjualnya.
![Kerosakan landskap, rakyat perlu ada sikap tanggungjawab - Annuar Musa Kerosakan landskap, rakyat perlu ada sikap tanggungjawab - Annuar Musa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662189156_AnnuarMusa.jpg)
Kerosakan landskap, rakyat perlu ada sikap tanggungjawab - Annuar Musa
Rakyat di negara ini perlu memupuk sikap tanggungjawab dalam soal memelihara harta benda awam termasuk landskap dan fasiliti awam.
![Kementerian berkaitan perlu capai prestasi Jualan Murah Keluarga Malaysia 100 peratus Kementerian berkaitan perlu capai prestasi Jualan Murah Keluarga Malaysia 100 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661430312_TBANNUARMUSAjpg.jpg)
Kementerian berkaitan perlu capai prestasi Jualan Murah Keluarga Malaysia 100 peratus
Annuar berkata ini kerana pelaksanaan program jualan di pusat JMKM itu yang bermula pada 19 Ogos lepas, setakat ini dilihat masih menunjukkan prestasi kurang memuaskan.
![Peranan pasukan jihad inflasi luas, tidak terhad isu harga barang - Annuar Peranan pasukan jihad inflasi luas, tidak terhad isu harga barang - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660394343_TBannuarmusa.jpg)
Peranan pasukan jihad inflasi luas, tidak terhad isu harga barang - Annuar
Peranan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi tidak terhad kepada isu kenaikan harga barang, sebaliknya ia lebih luas dan melibatkan usaha mengatasi masalah inflasi secara keseluruhan.