PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneliti keseluruhan dokumen diserahkan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) hari ini berhubung isu membabitkan Human Resource Development Corporation (HRD Corp).
SPRM menerusi satu kenyataan hari ini mengesahkan telah menerima maklumat serta beberapa dokumen yang berkaitan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN 2/2024) terhadap HRD Corp daripada Ketua Setiausaha Kesuma Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.
Sehubungan itu, SPRM meneliti keseluruhan dokumen bagi menentukan sama ada wujud sebarang elemen rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa di bawah Akta SPRM 2009.
"Selain kesalahan jenayah, SPRM juga akan meneliti isu-isu kelemahan tatakelola yang dibangkitkan dalam LKAN 2/2024," menurut kenyataan itu.
Dalam sidang media hari ini, Khairul Dzaimee berkata laporan dibangkitkan LKAN 2/2024 serta Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap HRD Corp diserahkan kepada SPRM selaras syor dikemukakan dalam LKAN supaya kementerian melaporkan kepada agensi penguatkuasaan berkaitan.
Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong menerusi kenyataan hari ini berkata Kesuma tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan yang bertentangan dengan undang-undang.
Semalam, Ketua Audit Negara Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dalam LKAN 2/2024 berkata Kesuma disyorkan merujuk pengurusan HRD Corp kepada agensi penguatkuasaan berkaitan berikutan kegagalan syarikat kerajaan itu dalam audit yang dibuat.
Wan Suraya berkata terdapat tindakan serta keputusan yang diambil oleh pengurusan HRD Corp tidak mematuhi prosedur dan tidak menjaga kepentingan dalam mencapai fungsi penubuhan syarikat dan Kesuma perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap pengurusan HRD Corp bagi ketidakteraturan yang dikenal pasti.
PAC turut dilapor mendedahkan sejumlah RM3.77 bilion hasil kutipan levi daripada majikan digunakan Program Latihan HRD Corp untuk melabur dalam pelbagai aktiviti pelaburan yang bukan merupakan matlamat penubuhan agensi itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 05 2024
![Isu HRD Corp: SPRM teliti jika ada elemen rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa Isu HRD Corp: SPRM teliti jika ada elemen rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720177907_tbSPRM.jpg)
SPRM meneliti keseluruhan dokumen bagi menentukan sama ada wujud sebarang elemen rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa di bawah Akta SPRM 2009.
![Pemilihan calon bertanding pilihan raya perlu lebih dinamik - Johari Pemilihan calon bertanding pilihan raya perlu lebih dinamik - Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720255482_JohariAbdGhani.jpg)
Pemilihan calon bertanding pilihan raya perlu lebih dinamik - Johari
Pemilihan seseorang untuk menjadi calon bertanding dalam pilihan raya seharusnya tidak terikat dengan kaedah lama sebaliknya perlu lebih dinamik.
Pelajar cemerlang SPM gagal masuk universiti boleh mohon UTS - Dr Annuar
Pelajar cemerlang yang memperoleh sekurang-kurangnya 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi tidak berjaya memasuki program matrikulasi atau program asas universiti awam boleh memohon untuk memasuki Universiti Teknologi Sarawak (UTS).
Masiung bantah hasrat PBM bertanding di Sabah
Naib Presiden Gagasan Rakyat Sabah Datuk Masiung Banah menyifatkan hasrat Parti Bangsa malaysia (PBM) untuk bertanding di Sabah sebagai merisikokan hubungan Sabah dan Sarawak yang membentuk blok orneo dalam Kerajaan Perpaduan.
Hajiji gesa Penerangan Gagasan Rakyat giat hebah inisiatif kerajaan
Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah Datuk Seri Hajiji Noor meminta anggota penerangan parti itu agar lebih aktif menghebahkan inisiatif kerajaan negeri pada masa sama agresif menangkis fitnah terhadap kerajaan menjelang PRN Sabah ke-17.
Belanjawan tambahan kerajaan Sabah akan dibentang - Hajiji
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor memaklumkan Belanjawan Tambahan Kerajaan Negeri Sabah akan dibentang pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16 bermula 9-11 Julai ini.
![Datuk, nenek tak sangka 2 cucu bawa balik keropok beracun Datuk, nenek tak sangka 2 cucu bawa balik keropok beracun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720436274_TBkeropokracun.jpg)
Datuk, nenek tak sangka 2 cucu bawa balik keropok beracun
Nenek mangsa ternampak kedua-dua cucunya itu masuk ke dalam rumah dan terus ke bilik ibu mereka sambil membawa dua bungkus keropok.
![Azeem Fahmi optimis buru kelayakan merit ke Sukan Olimpik 2028 Azeem Fahmi optimis buru kelayakan merit ke Sukan Olimpik 2028](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720428889_AzeemFahmi.jpg)
Azeem Fahmi optimis buru kelayakan merit ke Sukan Olimpik 2028
Atlet pecut sensasi negara, Azeem Fahmi tanam tekad untuk memburu kelayakan secara merit di temasya berprestij Olimpik Los Angeles 2028.
![Program di luar pusat NADI manfaatkan lebih ramai rakyat - Fahmi Program di luar pusat NADI manfaatkan lebih ramai rakyat - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720435066_AnwarIbrahim.jpg)
Program di luar pusat NADI manfaatkan lebih ramai rakyat - Fahmi
Perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) akan melaksanakan program di luar pusat itu bagi memanfaatkan lebih ramai masyarakat setempat.
![Azan Scan sempat buat persembahan sebelum kena serangan jantung Azan Scan sempat buat persembahan sebelum kena serangan jantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720433222_TBAzan.jpg)
Azan Scan sempat buat persembahan sebelum kena serangan jantung
Azan memberitahu dia sempat membuat persembahan sehari sebelum terkena serangan jantung.
![Dakwaan 'influencer' seleweng derma: Polis minta buat laporan Dakwaan 'influencer' seleweng derma: Polis minta buat laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720426820_RamliMohamedYoosuf.jpg)
Dakwaan 'influencer' seleweng derma: Polis minta buat laporan
Polis menggesa orang ramai tampil membuat laporan mengenai dakwaan yang tular media sosial membabitkan seorang pempengaruh yang dikatakan menyeleweng dan pecah amanah wang derma.
![NTW 2024: Aktiviti Pembelajaran dan Pembangunan Kemahiran terbesar, sasar lebih 20,000 penyertaan NTW 2024: Aktiviti Pembelajaran dan Pembangunan Kemahiran terbesar, sasar lebih 20,000 penyertaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719299025_NTW.jpg)
NTW 2024: Aktiviti Pembelajaran dan Pembangunan Kemahiran terbesar, sasar lebih 20,000 penyertaan
NTW 2024 sebuah inisiatif KESUMA dan HRD Corp bakal menyediakan minggu latihan percuma untuk rakyat Malaysia yang akan berjalan serentak di seluruh negara bermula 24 hingga 30 Jun ini.
![WSSF 2025: Malaysia pimpin usaha perkasa perlindungan sosial tempatan, global WSSF 2025: Malaysia pimpin usaha perkasa perlindungan sosial tempatan, global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718786019_ISSAWSSF.jpg)
WSSF 2025: Malaysia pimpin usaha perkasa perlindungan sosial tempatan, global
Malaysia bakal menjadi tumpuan dalam merencana usaha memperkasa perlindungan sosial di peringkat tempatan dan global, sempena penganjuran Forum Keselamatan Sosial Dunia (WSSF) 2025.
![Dana RM30 juta untuk misi sedia program peningkatan kemahiran belia India - Steven Sim Dana RM30 juta untuk misi sedia program peningkatan kemahiran belia India - Steven Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714693066_StevenSimCheeKeon.jpg)
Dana RM30 juta untuk misi sedia program peningkatan kemahiran belia India - Steven Sim
Inisiatif itu akan menekankan latihan di bidang-bidang kritikal yang memenuhi kehendak industri dan keperluan negara.
![KESUMA tawar lebih 3,000 pekerjaan industri hijau dengan gaji RM3,000 hingga RM16,000 KESUMA tawar lebih 3,000 pekerjaan industri hijau dengan gaji RM3,000 hingga RM16,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714046033_StevenSimCheeKeon.jpg)
KESUMA tawar lebih 3,000 pekerjaan industri hijau dengan gaji RM3,000 hingga RM16,000
Kementerian Sumber Manusia menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan dalam industri hijau menerusi Karnival Kemahiran dan Kerjaya Hijau KESUMA 2024.
![Kerangka Dasar Sumber Manusia Kebangsaan dilancar 1 Mei ini Kerangka Dasar Sumber Manusia Kebangsaan dilancar 1 Mei ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712036012_StevenSimCheeKeon.jpg)
Kerangka Dasar Sumber Manusia Kebangsaan dilancar 1 Mei ini
Kerangka Dasar Sumber Manusia Kebangsaan ini akan melihat kepada kelompangan dan kesenjangan yang wujud dalam dokumen dasar masa kini.
![KESUMA laksana 80 pembaharuan sejak diterajui Sim KESUMA laksana 80 pembaharuan sejak diterajui Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712017218_StevenSimCheeKeon.jpg)
KESUMA laksana 80 pembaharuan sejak diterajui Sim
Kesemua pembaharuan yang dilakukan itu meliputi empat tema utama iaitu gaji pekerja, latihan, keselamatan sosial dan tatakelola baik.
![KESUMA anjur forum, pameran kerjaya berasaskan pekerjaan hijau KESUMA anjur forum, pameran kerjaya berasaskan pekerjaan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676503567_LogoKementerianSu.jpg)
KESUMA anjur forum, pameran kerjaya berasaskan pekerjaan hijau
Forum bertujuan menggalakkan perkembangan pekerjaan hijau selari dengan keperluan pembangunan ekonomi yang terangkum dan persekitaran mapan.
![KESUMA lantik perunding buat kajian penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig - Abdul Rahman KESUMA lantik perunding buat kajian penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig - Abdul Rahman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699244968_AbdulRahmanMohamad.jpg)
KESUMA lantik perunding buat kajian penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig - Abdul Rahman
KESUMA akan melantik perunding bagi melaksanakan 'Kajian Membangunkan Kerangka Dasar Pekerjaan dan Perundangan Dalam Ekonomi Gig' di negara ini yang menjurus kepada penubuhan SPGig.
![Siasatan Pasti: Jangan halang penjawat awam laksana tugas - Steven Sim Siasatan Pasti: Jangan halang penjawat awam laksana tugas - Steven Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710776322_StevenSimCheeKeon.jpg)
Siasatan Pasti: Jangan halang penjawat awam laksana tugas - Steven Sim
Sim berkata sekiranya seseorang itu yakin tidak melakukan apa-apa kesalahan berkaitan siasatan yang sedang dijalankan, pihak berkenaan tidak perlu berasa khuatir.
![KESUMA teliti Skim Perlindungan Sosial 24 jam, insurans penjagaan warga emas KESUMA teliti Skim Perlindungan Sosial 24 jam, insurans penjagaan warga emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61709108466_TBSTEVENSIMjpg.jpg)
KESUMA teliti Skim Perlindungan Sosial 24 jam, insurans penjagaan warga emas
KESUMA sedang membuat kajian dan penelitian untuk memperkenalkan skim perlindungan keselamatan sosial yang berkuat kuasa 24 jam dan LTCI bagi penjagaan warga emas.