IPOH: Perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) akan melaksanakan program di luar pusat itu bagi memanfaatkan lebih ramai masyarakat setempat.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata inisiatif tersebut akan dilaksana melalui Komuniti MADANI di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Kebiasaannya NADI akan memberikan manfaat kepada masyarakat di sekitar tiga atau empat kilometer dari pusat fizikal.
"Kita akan bekerjasama dengan Japen (Jabatan Penerangan) dan Komuniti MADANI, setiap DUN ada tiga Komuniti MADANI, jadi kita ambil modul-modul dalam NADI dan bawa keluar kepada masyarakat supaya lebih ramai dapat manfaat," katanya kepada pemberita di majlis perasmian NADI di Kg. Dato' Ahmad Said Tambahan 2, di sini hari ini.
Perasmian tersebut disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Fahmi berkata antara modul terlibat untuk program di luar pusat itu ialah kecerdasan buatan, digital, maklumat mengenai penipuan dalam talian dan kesedaran mengenai buli siber.
Beliau berkata pengurus NADI juga telah dimohon meningkatkan kefahaman dan seterusnya berkongsi maklumat mengenai isu-isu terkini berkenaan teknologi terutamanya mengenai jenayah scam dan buli siber.
Menurutnya setakat 30 Jun, sebanyak 75 NADI telah beroperasi di Perak dengan empat daripadanya ialah NADI baharu yang dibina di bawah inisiatif 1 DUN 1 NADI.
Terdahulu, Anwar dan Fahmi turut memeriahkan program mengacau bubur asyura di perkarangan Masjid As Saadah, Manjoi terletak sebelahan pusat NADI berkenaan dan meluangkan kira-kira 15 minit beramah mesra bersama penduduk setempat yang hadir ke program berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 08 2024

Perdana Menteri beramah mesra bersama penduduk setempat ketika meninjau NADI Kampung Dato’ Ahmad Said Manjoi hari ini. Turut hadir Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. - Foto Bernama

TIC sasar 50,000 pelancong Indonesia ke Kelantan tahun ini
Menerusi promosi dibuat MyBHA, ia telah menjadikan Kelantan sebagai antara tempat pelancongan baharu kepada rakyat Indonesia.
AWANI Pagi: Revolusi pengurusan aset strategik - Pendekatan berasaskan data dan AI
Diskusi pagi Isnin bersama Profesor Dr. Adi Irfan Che Ani, Pro-Naib Canselor ,(Penjanaan dan Prasarana) & Pengarah Eksekutif Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) membincangkan mengenai apa itu pengurusan aset strategik dalam kontek penggunaan data dan kecerdasan buatan (AI).

Seorang remaja maut, dua selamat dalam kemalangan di Machang
JBPM Kelantan menerima panggilan kecemasan pada 3.34 pagi dan enam anggota daripada BBP Ketereh telah bergegas ke lokasi kejadian.

Skuad takraw Bihar 2025 buat simulasi awal Ramadan
Bekas tekong negara itu mahu pemain menggandakan usaha dalam membentuk kekuatan mental dan fizikal dalam baki sesi latihan.
FBMKLCI: Merosot 3.12 peratus, aliran keluar pelabur asing berterusan
FBMKLCI mencatat pulangan 13.02 peratus pada 2024, tetapi setakat 21 Februari 2025, indeks ini turun sebanyak negatif -3.12 peratus Kita juga melihat aliran keluar pelabur asing yang berterusan, dengan jumlah mencecah MYR10.9 bilion sejak Oktober 2024. Walaupun Ringgit semakin kukuh kepada 4.41 per USD dan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.1 peratus pada 2024 dengan inflasi kekal rendah, pasaran saham masih menunjukkan kelemahan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Februari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama GeeGee Ahmad & Farhan Hakimi
1. Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
2. KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
3. PM minta henti berganduh perkara remeh, fokus timba ilmu
1. Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
2. KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
3. PM minta henti berganduh perkara remeh, fokus timba ilmu

Pengurusan dana awam, kes buli antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Jamaludin ingin tahu langkah kerajaan bagi memastikan setiap peruntukan dana awam yang diumumkan dalam belanjawan tidak diseleweng.
Ringgit dijangka cecah paras sokongan 4.36 minggu ini
Ringgit diunjur bergerak ke arah paras sokongan pada 4.36 berbanding dolar Amerika minggu ini, dipacu oleh keyakinan terhadap pendekatan tarif kurang agresif oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.

Sybil Kathigasu bukan sekadar jururawat, memorial peringatan daif perlu baik pulih
Bangunan berusia kira-kira 100 tahun itu menyimpan khazanah dan maklumat tentang seorang jururawat yang juga wira Papan menentang pendudukan Jepun.

Dividen KWSP dijangka lebih 6 peratus
Penganalisis ekonomi berkata, ia berdasarkan prestasi ekonomi negara dan pelaburan KWSP sepanjang 2024 yang semakin positif.

Program di luar pusat NADI manfaatkan lebih ramai rakyat - Fahmi
Perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) akan melaksanakan program di luar pusat itu bagi memanfaatkan lebih ramai masyarakat setempat.