KUALA LUMPUR: Isu tadbir urus Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) seperti didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 minggu lepas menghangatkan sesi perbahasan usul laporan itu pada persidangan Dewan Rakyat, semalam (Selasa).
Antara lain, Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) menuntut agar siasatan menyeluruh dijalankan termasuk kemungkinan salah guna kuasa terhadap HRD Corp khususnya pada tempoh 2020 hingga 2022.
"Banyak penyelewengan yang berlaku. Arahan siapa, siapa yang memberi arahan kepada mereka hingga mereka berani membuat salah. (Contoh dalam laporan) Bangunan Pejabat Tapah (pusat komuniti), kenapa nak buat di Tapah? Jawapannya (dalam laporan) pada ketika itu, menteri adalah dari Tapah," katanya.
Turut menyokong, Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) mencadangkan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong supaya membawa isu HRD Corp itu kepada pihak polis supaya siasatan boleh dilaksanakan secara menyeluruh.
Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dalam LKAN 2/2024 mendedahkan, terdapat tindakan serta keputusan diambil pengurusan HRD Corp tidak mematuhi prosedur dan tidak menjaga kepentingan dalam mencapai fungsi penubuhan syarikat.
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) turut dilapor mendedahkan sejumlah RM3.77 bilion hasil kutipan levi daripada majikan digunakan Program Latihan HRD Corp untuk melabur dalam pelbagai aktiviti pelaburan yang bukan merupakan matlamat penubuhan agensi itu.
Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) berkata, isu pelaburan tidak teratur dan laporan tidak tepat diberikan kepada menteri sehingga menimbulkan krisis kepercayaan dalam kalangan rakyat adalah satu isu yang serius dan perlu diambil perhatian.
"Ini isu pengurusan daripada pengurusan tertinggi...jadi saya cadangkan perlu ada tindakan supaya CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) diberi cuti sementara ketika siasatan sedang dijalankan. Kerana kita tahu bahawa ini juga untuk memulihkan keyakinan rakyat serta pencarum terhadap HRD Corp."
Dalam LKAN 2/2024, Wan Suraya mengesyorkan supaya pengurusan HRD Corp dirujuk kepada agensi penguatkuasaan yang berkaitan ekoran kegagalan syarikat kerajaan itu dalam audit yang dibuat.
Katanya, terdapat tindakan serta keputusan diambil pengurusan HRD Corp tidak mematuhi prosedur dan tidak menjaga kepentingan dalam mencapai fungsi penubuhan syarikat itu.
Menurutnya, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap pengurusan HRD Corp bagi ketidakteraturan yang dikenal pasti.
Persidangan bersambung hari ini. - BERNAMA
Bernama
Tue Jul 09 2024

Isu tadbir urus Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia seperti didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2/2024 minggu lepas menghangatkan sesi perbahasan usul laporan itu pada persidangan Dewan Rakyat, semalam (Selasa).

Malaysia terima dua set tren ETS daripada pembekal China bulan depan - Loke
Malaysia akan menerima dua set tren perkhidmatan tren elektrik (ETS) daripada pembekal China bulan depan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Tiga ditahan terbabit sindiket percepat permohonan warganegara
Dua pemilik syarikat dan seorang kerani ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit sindiket yang merasuah pegawai jabatan kerajaan.

Pelajar IPT cedera parah ditikam rakan lelaki
Seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun cedera parah akibat ditikam rakan lelaki dalam kejadian di sebuah kampus institut pengajian tinggi (IPT) dekat sini, pagi tadi.

Ainon setuju turunkan hantaran hina nabi, sedia mohon maaf - JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengadakan pertemuan dengan pemilik akaun Facebook Ainon Mohd susulan hantaran menghina Nabi Muhammad SAW baru-baru ini.
10 Berita Pilihan - (17 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa – 18 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Ops Khas Pagar Laut 2024, rampasan hampir RM9 juta - APMM Kelantan
Operasi Khas Pagar Laut 2024 merekodkan rampasan bernilai kira-kira RM9 juta melibatkan 121 kes pelbagai kegiatan jenayah rentas sempadan.
AWANI Ringkas: Ismail Sabri selesai rakam keterangan lebih 6 jam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Wanita dakwa kerugian RM60,000, barang kemas dicuri
Seorang wanita mendakwa kerugian kira-kira RM60,000 selepas barang kemasnya dipercayai dicuri oleh pekerja yang sedang membuat pengubahsuaian rumahnya di Taman Laman Puteri, Nilai di sini.

Azam Baki dilantik Profesor Adjung ARI UiTM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki dilantik sebagai Profesor Adjung di Institut Penyelidikan Perakaunan (ARI), Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Transaksi 'beli dulu, bayar kemudian' naik ketara kepada RM7.1 bilion - Amir Hamzah
Jumlah transaksi skim pengguna 'beli sekarang, bayar kemudian' (BNPL) meningkat ketara pada separuh kedua 2024 kepada RM7.1 bilion.

Selaraskan perundangan CCUS, elak pertindihan persekutuan dan Sarawak - TPM
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri kini sedang berusaha untuk menyelaraskan undang-undang mengenai pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Mac 2025.

RM55 juta diperuntukkan selenggara sistem pengairan saliran pertanian seluruh negara
Sejumlah RM55 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan penyelenggaraan sistem pengairan dan saliran pertanian di seluruh negara di bawah KPKM tahun ini.

Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang KWSP (Pindaan) 2025
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas lapan Ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang.

10 Rang Undang-Undang termasuk Perkhidmatan Parlimen diluluskan sidang Dewan Rakyat kali ini
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 yang berakhir hari ini telah meluluskan 10 rang undang-undang termasuk kelulusan bersejarah Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025.

Kerajaan adakan jerayawara dapatkan maklum balas RUU Pembiayaan Politik - Azalina
Kerajaan akan mengadakan jerayawara ke seluruh negara bagi mendapatkan maklum balas mengenai cadangan Rang Undang-Undang Pembiayaan Politik.

RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 diluluskan
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju, selepas dibahaskan 11 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Dewan Rakyat lulus RUU CCUS 2025, beri peluang pengembangan pelaburan, ekonomi negara
Dewan Rakyat secara sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) 2025 hari ini untuk memberi peluang kepada pengembangan pelaburan dan ekon