KUALA LUMPUR: Aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza dijangka dibebaskan dengan jaminan polis, selewat-lewatnya pukul 5 petang ini.
Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed ketika dihubungi Astro AWANI, pada Sabtu.
Beliau memberitahu, Fahmi yang ditahan kira-kira pukul 5 petang pada Jumaat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghina Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandar, direman sehari.
"Kita mohon perintah (reman) untuk empat hari, namun demikian mahkamah hanya meluluskan satu hari sahaja.
"Bagaimanapun kita akan panggil Fahmi untuk memberi keterangan sehingga siasatan selesai sepenuhnya," katanya di sini, pada Sabtu.
BACA: Isu hina Raja Permaisuri Agong, Fahmi Reza direman sehari
Mengulas lanjut, Huzir memberitahu, pihaknya akan menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
Penahanan itu susulan laporan polis berkaitan satu hantaran menggunakan akaun Facebook Fahmi Reza yang didakwa menghina Raja Permaisuri Agong.
Siasatan dijalan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (UJST) Bahagian D5, JSJ Bukit Aaman mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Umavathi Ramayah
Sat Apr 24 2021
Fahmi Reza yang ditahan berhubung dakwaan menghina Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandar direman sehari. - Gambar fail/BERNAMA
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Hubungan China seperti 'sahabat yang hebat' - Anwar
Dalam pertemuan dengan Premier China, Li Qiang pada Selasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia dan China kini seperti 'sahabat yang hebat'.
Satelit kayu pertama dihantar ke angkasa
Dinamakan LignoSat, ia mempunyai saiz sebesar tapak tangan dan ia ditugaskan untuk membuktikan kayu adalah bahan gred angkasa.
Dua warga China cedera ditembak di Karachi
Insiden tembakan di Karachi, Pakistan pada Selasa mengakibatkan dua warganegara China cedera. Perkara itu disahkan oleh pihak hospital dan kenyataan pihak polis yang mana ia dipercayai berkaitan dengan siri keganasan melibatkan warganegara China di negara itu baru-baru ini.
Apa yang kita perlu tahu tentang Electoral College?
Mari kita lihat keunikan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.
Kebangkitan sentimen persaingan 'populisma' rakyat
Timbalan Ketua Strategi Ibu Pejabat Asia UNSDSN (Universiti Sunway), Prof Wong Chin Huat berpandangan, persaingan dalam pilihan raya Amerika Syarikat kali ini menyuntik kelainan tersendiri kerana ia bukan lagi menunjukkan sokongan rakyat berdasarkan sayap parti di negara itu. Sebaliknya, keputusan itu nanti mencerminkan kebangkitan sentimen 'populisma terhadap pemimpin yang dilihat berupaya menyumbang secara terus kepada rakyat tanpa bergantung kepada sistem standard tadbir urus.
Permaisuri Agong gayakan Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menggayakan baju kurung Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei baru-baru ini.
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Deepavali
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Deepavali kepada penganut Hindu di negara ini.
Ketua Polis Indonesia, Filipina dahului penerima DKPP daripada Agong
Dua pegawai tertinggi polis Indonesia dan Filipina itu mendahului 100 penerima pingat termasuk empat pegawai kanan PDRM.
Agong berkenan kurnia 100 pingat pada istiadat DKAT 2024
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) kepada Panglima Tentera Laut ke-19 Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain.
Sultan Ibrahim perkenan sempurnakan MIH Megatrends 2024
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menyempurnakan perasmian Persidangan Kesihatan Antarabangsa Malaysia (MIH) Megatrends 2024.
Agong bersantap pagi bersama rakyat, tinjau kebersihan ibu kota
Sultan Ibrahim berkenan menikmati santapan pagi bersama rakyat dan warga kerja Seri Paduka Baginda di sebuah restoran di ibu negara.
Dokumentari khas Istiadat Pertabalan Agong ke-17 disiar Ahad ini
Dokumentari khas memberi tumpuan kepada detik-detik bersejarah, aspek budaya, tradisi dan persiapan di sebalik upacara pertabalan.
Pengurniaan profesor diraja jadi pemangkin, inspirasi kepada ahli akademik - Zambry
Pengurniaan bersejarah gelaran profesor diraja kepada Pengasas ISTAC Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas akan menjadi pemangkin dan inspirasi kepada ahli akademik.
Sultan Nazrin berkenan pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-267
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-267 di Istana Negara hari ini.
Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib dikurnia gelaran profesor diraja
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan watikah pelantikan profesor diraja kepada Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas.