Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Perak, Prof Dr Abdul Aziz Bari meminta ibu bapa murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Keruh Pengkalan Hulu yang mendakwa didera secara fizikal dan seksual oleh guru, tampil menemuinya.
Beliau berkata, perkara itu perlu sekiranya ibu bapa terbabit masih mahu meneruskan tuduhan terhadap sekolah berkenaan yang dilakukan oleh mereka tanpa mengemukakan bukti kukuh termasuk laporan perubatan.
"Saya difahamkan ibu bapa pelajar itu tidak mahu memberi kerjasama kepada Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak apabila diminta untuk datang menyelesaikan masalah," katanya kepada pemberita selepas melawat sekolah itu, di sini pada Jumaat.
Abdul Aziz berkata berdasarkan penjelasan guru besar SJKT Keruh M. Selvarani hari ini, tuduhan tersebut adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali.
Justeru itu katanya beliau mencadangkan agar sekolah berkenaan mengambil tindakan undang-undang terhadap ibu bapa terbabit dan kerajaan negeri akan membantu pihak sekolah menyelesaikan masalah tersebut.
Abdul Aziz berkata pihaknya memandang serius tuduhan itu dan akan terus memantau isu tersebut sehingga selesai kerana tidak mahu sekolah atau institusi pendidikan lain diganggu oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Pada 7 Ogos lalu, Pejabat Penyelaras BN bagi Dewan Undangan Negeri Pengkalan Hulu menerima aduan daripada wakil pelajar berhubung dakwaan salah laku guru terhadap murid sehingga ada yang tidak berani hadir ke sekolah.
Antara dakwaan yang dibuat ialah beberapa murid sekolah berkenaan mengalami kecederaan fizikal selain gangguan emosi dan seksual yang dilakukan oleh guru sekolah berkenaan.
Dakwaan tersebut kemudian dipanjangkan kepada media oleh pejabat penyelaras terbabit menerusi aplikasi WhatsApp.
Turut dinyatakan wakil kepada ibu bapa murid yang terlibat turut membuat laporan polis. -- Bernama
Bernama
Fri Aug 17 2018
![Isu dera SJKT Keruh: Exco minta ibu bapa temuinya Isu dera SJKT Keruh: Exco minta ibu bapa temuinya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/41438237253_ABDULAZIZBARI.jpg)
ABDUL AZIZ: Ibu bapa murid berkenaan harus tampil menemuinya jika mereka mahu meneruskan tuduhan mereka terhadap sekolah itu.
![RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678788517_MahkamahUtama.jpg)
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
![Kalimah Allah: Takiyuddin 'kambinghitamkan' saya - Aziz Bari Kalimah Allah: Takiyuddin 'kambinghitamkan' saya - Aziz Bari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684990516_AzizBari.jpg)
Kalimah Allah: Takiyuddin 'kambinghitamkan' saya - Aziz Bari
Aziz Bari menyifatkan kenyataan dibuat Takiyuddin yang mengaitkan dirinya dengan kes penggunaan kalimah Allah sebagai mahu menjadikan beliau sebagai 'kambing hitam'.
![PRU15: Bukan Aziz Bari sahaja, isteri dia pun boleh bertanding - Ahmad Faizal PRU15: Bukan Aziz Bari sahaja, isteri dia pun boleh bertanding - Ahmad Faizal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51654408929_perak.jpg)
PRU15: Bukan Aziz Bari sahaja, isteri dia pun boleh bertanding - Ahmad Faizal
Sebagai negara yang mengamalkan sistem demokrasi, sesiapa sahaja berhak untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), termasuk di kerusi Parlimen Tambun.
![Isu keabsahan bukan keperluan undang-undang, cuma asas moral kepada kedudukan PM - Aziz Bari Isu keabsahan bukan keperluan undang-undang, cuma asas moral kepada kedudukan PM - Aziz Bari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71607078056_DrAbdulAzizBari.jpg)
Isu keabsahan bukan keperluan undang-undang, cuma asas moral kepada kedudukan PM - Aziz Bari
Menurut beliau, apa yang menjadi persoalan ialah isu yang lebih bersifat politik atau asas moral kepada pelantikan dan kedudukan Perdana Menteri.
![Kalimah Allah: Aziz Bari buat laporan polis Kalimah Allah: Aziz Bari buat laporan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51616224544_TBABDULAZIZDAPPERA.jpg)
Kalimah Allah: Aziz Bari buat laporan polis
Laporan itu dibuat susulan penyebaran poster kononnya beliau dan DAP punca kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.
![Tidak tahu, tidak dimaklumkan - Aziz Bari nafi jadi dalang jatuhkan Faizal Azumu Tidak tahu, tidak dimaklumkan - Aziz Bari nafi jadi dalang jatuhkan Faizal Azumu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/71583919115_AbdulAzizBari.jpg)
"Tidak tahu, tidak dimaklumkan" - Aziz Bari nafi jadi dalang jatuhkan Faizal Azumu
ADUN Melayu tunggal dari DAP di Perak itu turut mengesahkan bahawa pimpinan DAP negeri dan pusat tidak pernah menyatakan kepadanya sebarang hasrat parti itu untuk merampas kerusi Menteri Besar.
![Saya tidak akan menangis - Aziz Bari Saya tidak akan menangis - Aziz Bari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/41438237253_ABDULAZIZBARI.jpg)
Saya tidak akan menangis - Aziz Bari
Exco Perak dari DAP, Dr Abdul Aziz Bari berkata, beliau tidak akan menangis sekiranya terpaksa melepaskan jawatan pada bila-bila masa.
![SPRM disaran siasat 40 MP UMNO akan sertai Bersatu SPRM disaran siasat 40 MP UMNO akan sertai Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/41537354205_UMNOBERSATU.jpg)
SPRM disaran siasat 40 MP UMNO akan sertai Bersatu
SPRM disaran menyiasat dakwaan 40 Ahli Parlimen UMNO diramal keluar parti dan menyertai Bersatu bagi mengelakkan kemungkinan terdapatnya unsur rasuah.
![Pemberian hak milik kekal tanah terkandung dalam manifesto PH Pemberian hak milik kekal tanah terkandung dalam manifesto PH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/71534808105_ABDULAZIZ.jpg)
Pemberian hak milik kekal tanah terkandung dalam manifesto PH
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri, Dr Abdul Aziz Bari berpendapat tidak wujud sebarang desakan berkaitan isu status hak milik tanah 999 tahun kampung-kampung
![UMNO dan Pas lebih baik tidak bersatu - Zuhdi UMNO dan Pas lebih baik tidak bersatu - Zuhdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/71527220625_ZuhdiMarsuki.jpg)
UMNO dan Pas lebih baik tidak bersatu - Zuhdi
Pas memerlukan UMNO menjadi pembangkang yang kuat di Kelantan dan Terengganu.