ALOR GAJAH: Biarpun kesedihan pemergian isteri tersayang bulan lalu masih dirasai, namun seorang bapa empat anak tetap tabah dan sabar menjaga anak-anaknya termasuk bayi perempuan berusia sebulan.
Mohamad Shukri Hassan,39 berkata, selepas diuji kehilangan insan tersayang, Monaliza Udin, 35 pada 22 Jun lalu, dia bersama-sama anak berusia 10, 7, 4 tahun dan bayi berusia sebulan mengambil keputusan berpindah ke kampung halamannya di Melaka.
Menurutnya, sebelum ini mereka sekeluarga menetap di Serdang namun membuat keputusan berhijrah bagi membolehkan dia mengusahakan tanah keluarganya untuk bercucuk tanam demi kelangsungan hidup.
Katanya, sebelum ini dia menyara keluarga dengan bekerja sebagai juruteknik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Linggi (klia) namun terpaksa berhenti kerja demi memastikan anak-anaknya mendapat perhatian dan tidak terabai.
"Bila berpindah di sini, sekurang-kurangnya keluarga saya dapat juga membantu menjaga anak-anak.
"Lagipun isteri sentiasa berpesan supaya saya menjaga anak-anak. Walaupun masih sedih namun saya tetap perlu kuat demi mereka," katanya.
Mohamad Shukri berkata demikian ketika ditemui selepas menerima sumbangan dan penyampaian Faedah Penakat dan Faedah Pengurusan Jenazah oleh Exco Perpaduan, Perhubungan Masyarakat Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Ismail Othman di Kampung Air Hitam Darat, di Masjid Tanah pada Khamis.
Mohamad Shukri (kiri) menerima replika cek bayaran Faedah pengurusan Mayat yang disampaikan oleh Ismail di Kampung Air Hitam Darat, di Masjid Tanah, di sini, pada Khamis.
Hadir sama, Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Abd Razak Omar.
Bercerita lanjut, Mohamad Shukri berkata, isterinya tidak menunjuk sebarang perubahan pelik namun kerap kali mencium anak-anaknya termasuk sebelum bergerak ke Hospital Serdang.
"Dari pagi ke hospital, namun bila hampir malam baharu saya dimaklumkan anak selamat dilahirkan namun keadaan isteri tidak stabil sebelum disahkan meninggal dunia pada waktu petang.
"Saya reda dengan ujian ini dan bersyukur dipinjamkan seorang isteri yang baik dan tidak pernah menyakitkan hati malah ibu yang terbaik buat anak-anak kami," katanya.
Dalam pada itu, Mohamad Shukri mengharapkan agar pihak berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dapat mempercepatkan permohonan bantuan bagi membolehkan dia mengusahakan tanah kebun itu.
Pada penyampaian itu, Mohamad Shukri menerima wang Faedah Penakat berjumlah RM650 sebulan serta Faedah Pengurusan Jenazah berjumlah RM2,000.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian. Isteri meninggal selepas bersalin, bapa tabah jaga empat anak
Sinar Harian
Fri Jul 30 2021
Mohamad Shukri bersama empat anaknya termasuk bayi berusia sebulan. - Foto Sinar Harian
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Diabai ketika sakit, suami tikam isteri hingga mati
Suspek dipercayai terasa hati dengan mangsa yang seolah-olah mengabaikannya ketika dia sedang sakit.
Polis tahan lelaki cekik, ugut, tolak isteri dalam gaung di Gerik
Suspek akan ditangkap semula oleh pihak IPD Gerik untuk siasatan lanjut selepas urusan siasatan di Baling selesai.
Kes bunuh Nur Farah: Isteri tertuduh belum bersedia, belum boleh keluar - Peguam
Keluarga tertuduh masih memberikan sokongan terhadapnya dan hadir di mahkamah ketika pertuduhan dibacakan.
Tak tahan diejek mandul punca lelaki bunuh jiran
Pembunuhan itu dilakukan kerana dia berdendam dengan mangsa yang sering mengejeknya tidak mempunyai keturunan.
Lelaki langgar isteri, anak berang raya seorang diri
Siasatan polis mendapati EY berada di bawah pengaruh alkohol ketika bertindak di luar kawalan seperti itu.
PM beri sumbangan pada penyampai Astro ARENA, isteri
Anwar yang diwakili Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi, menziarahi Akbar dan isterinya di hospital yang mengidap kanser usus tahap 4.
Sihir isteri sendiri kerana curang
Motif pembunuhan itu dirancang oleh suaminya kerana cemburu disebabkan isterinya mempunyai kekasih gelap.
Isteri Wan Saiful kritikal hidap kanser usus tahap empat
Keadaan isterinya kini kritikal kerana kanser telah merebak ke beberapa organ yang lain.
Lelaki sedar dari koma selepas 10 tahun
Sun Hongxia enggan berputus asa menjaga suaminya yang mengalami kondisi sedemikian selepas terkena serangan jantung.
Isteri curang, malas masak ditikam dengan berus gigi hingga mati
Siasatan awal mendapati suspek bertindak menikam leher Risma Fatmawati dengan berus gigi kerana berasa sakit hati.