Seorang wanita warga Thailand maut selepas ditikam dan ditetak suaminya sebelum lelaki itu bertindak menggantung dirinya dalam kejadian di Taman Mesra Indah, Butterworth dekat sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Azmi Adam berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa R. Maphooh, 34, ditetak suaminya seorang warga tempatan di rumah mereka.
"Mereka dipercayai bertengkar di dalam bilik sebelum berlaku pergaduhan sehingga suaminya bertindak menikam dan menetak isterinya beberapa kali dari dalam bilik sehingga ke luar rumah.
"Wanita itu mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah selepas ditetak dan ditikam di bahagian leher, badan dan paha kanan. Mayatnya ditemui di atas penutup longkang di hadapan rumah mereka dalam keadaan berlumuran darah," katanya pada sidang akhbar di sini malam semalam.
Beliau berkata sebaik kejadian itu, suami mangsa yang berumur 33 tahun bertindak masuk ke dalam rumah dan menggantung diri menggunakan tali di kipas siling dalam bilik utama kediaman berkenaan.
Azmi berkata kejadian pergaduhan itu dipercayai berlaku disebabkan lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori itu telah mengeluarkan wang isterinya di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) tanpa kebenaran wanita berkenaan untuk berjudi.
"Lelaki itu dipercayai mengeluarkan wang sebanyak RM4,000 itu pada Khamis dan isterinya yang tidak bekerja hanya mengetahui perkara itu hari ini dan berlaku pergaduhan antara mereka selepas lelaki itu kalah dalam perjudian," katanya.
Pasangan itu berkahwin Oktober lepas dan masih belum mempunyai cahaya mata, katanya.
Beliau berkata semasa kejadian kakak wanita itu yang berusia 36 tahun berada di rumah mangsa untuk melawat adiknya itu dan dia terus keluar dari rumah untuk meminta bantuan.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat," katanya kes itu disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Bernama
Sun Jan 31 2016

Seorang wanita warga Thailand maut selepas ditikam dan ditetak suaminya sebelum lelaki itu bertindak menggantung dirinya.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Tetak bini lepas nikah lain
Mangsa, Ramliah Along, 24, dari Kampung Selyeh, Pos Blau, dikatakan meninggalkan rumah selepas mengetahui suaminya, Mat Rahim, 28, berkahwin lain.

Isteri maut ditikam, ditetak suami kaki judi hanya kerana RM4,000
Mereka dipercayai bertengkar di dalam bilik sebelum berlaku pergaduhan sehingga suaminya bertindak menikam dan menetak isterinya beberapa kali dari dalam bilik sehingga ke luar rumah.