KULIM: Seorang wanita warga emas maut dipercayai didera suaminya sendiri dalam kejadian di sebuah rumah estet di Batu Putih, di sini, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, Balai Polis Sungai Kob menerima laporan tentang seorang wanita berusia 61 tahun yang meninggal dunia di Hospital Kulim kira-kira jam 7.50 malam.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dibawa ke Hospital Kulim dari rumahnya di Batu Putih kira-kira jam 9 malam, sehari sebelum itu.
“Mengikut laporan pihak hospital, mangsa dibawa ke hospital itu kerana mengalami kecederaan akibat terjatuh dalam bilik air.
“Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan di kepala dan pemeriksaan lanjut juga mendapati ada kesan lebam di muka serta seluruh badan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Jelasnya, hasil soal siasat polis kemudiannya menahan seorang lelaki berusia 57 tahun yang juga suami kepada mangsa untuk siasatan lanjut.
"Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati mangsa mengalami kecederaan di kepala dan lebam lama serta baharu yang dipercayai akibat keganasan rumah tangga.
"Suspek kini direman selama enam hari sehingga 15 April ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Apr 12 2024
Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan di kepala dan pemeriksaan lanjut juga mendapati ada kesan lebam di muka serta seluruh badan. -Gambar hiasan
Jerebu menebal, rakyat sengsara, apa tindakan kerajaan?
Bermengah, semput, mata pedih...semakin hari semakin teruk. Begitu rungut penduduk yang tinggal di bandar paling tercemar di dunia, New Delhi. Jerebu bukan semakin pulih, sebaliknya semakin merosot.
Korea Selatan lancar satelit pengintip ketiga
Korea Selatan telah melancarkan satelit pengintip ketenteraan ketiga buatan tempatan pada Sabtu. Pelancaran satelit itu dibuat dari pusat angkasa Amerika Syarikat di California menggunakan roket SpaceX Falcon 9.
Ratu cantik Malaysia dinobat Miss Charm 2024, tewaskan peserta Australia, Vietnam
RATU cantik Malaysia, Rashmita Rasindran menepati ramalan apabila dinobat sebagai pemilik mahkota baharu pertandingan ratu cantik Miss Charm 2024.
AWANI Ringkas: Kematian kucing di UM, akibat serangan anjing liar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pertemuan PM bersama Prabowo & Thaksin, apa bakal dibincangkan?
Prof Azizuddin dari UUM memberikan analisis menjelang pertemuan Perdana Menteri bersama Presiden Indonesia dan bekas PM Thailand di Langkawi pada Isnin dan Khamis depan.
Trump pilih pencipta 'The Apprentice' Mark Burnett sebagai Utusan Khas ke UK
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mencalonkan penerbit televisyen British Mark Burnett yang terkenal dengan rancangan "The Apprentice", sebagai utusan khas ke United Kingdom (UK).
Jambori Pengakap medan asah bakat, praktik nilai keamanan - Johari
Jambori Pengakap Malaysia merupakan medan bagi pemimpin muda mengasah bakat dan ilmu serta mempraktikkan nilai keamanan dalan kehidupan seharian.
Peniaga kelapa mengaku tidak bersalah rogol anak saudara teman wanita
Seorang peniaga kelapa mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan merogol seorang remaja perempuan yang juga anak saudara teman wanitanya.
Indonesia umum pembubaran JI di Solo, bekas anggota angkat sumpah taat setia
Badan Nasional Anti-Keganasan (BNPT) Indonesia dan Pasukan Khusus 88 Anti-Pengganas (Densus 88) Polis mengadakan deklarasi pembubaran Jemaah Islamiyah (JI) di Solo, Jawa Tengah.
Serangan udara Israel sasar kediaman di tengah Gaza, 14 maut
Menurut petugas perubatan, serangan itu disasarkan ke atas dua kediaman di lokasi berkenaan, menyebabkan keseluruhan anggota keluarga yang tinggal di sana terbunuh atau cedera.
Isteri maut dipercayai didera suami sendiri
Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan di kepala dan pemeriksaan lanjut juga mendapati ada kesan lebam di muka serta seluruh badan.