MELAKA: Polis menahan seorang wanita disyaki melarikan wang perniagaan milik suaminya berjumlah RM520,000 dalam satu serbuan di Taman Merdeka, Batu Berendam, di sini pada Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata suspek berusia 35 tahun itu diberkas susulan laporan polis oleh suaminya yang mendakwa wang tunai dalam peti besi simpanannya hilang.
"Pada 4 Januari lepas kira-kira 6.30 petang pengadu berusia 37 tahun pulang ke rumahnya di Permatang Pasir, Alai dari Kuala Lumpur dan memeriksa dua peti besi di tingkat dua dan tiga, sebelum mendapati wang tunai rutin perniagaannya telah tiada.
"Jumlah wang tunai dalam kedua-dua peti besi itu lebih kurang RM520,000 dan terdapat juga wang tunai lain yang tidak dapat dipastikan jumlahnya serta barang kemas milik emak pengadu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Christopher berkata pengadu yang menjalankan perniagaan pinjaman wang berlesen memaklumkan tiada kerosakan pada peti besi tersebut dan mengesyaki isterinya mencuri wang tunai daripada peti besi itu.
Beliau berkata dalam soal siasat, suspek yang mempunyai masalah dengan suaminya itu tidak mengaku terlibat dengan kes berkenaan selain turut membuat laporan polis bagi menafikan pembabitannya dalam perkara itu.
"Suspek mengatakan dia ada memulangkan RM280,000 iaitu separuh daripada jumlah wang tersebut kepada ipar yang baik dengannya di stesen minyak di Semabok dan iparnya itu juga ada membuat laporan menerima duit tersebut.
"Namun, suspek tidak pulangkan baki wang tersebut menyebabkan kes itu diteruskan, tetapi apabila ditangkap wanita itu tidak mengaku ada memulangkan wang dan mengatakan ia dokumen simpanan tetap sahaja bukannya wang tunai," katanya.
Christopher berkata polis turut merampas telefon bimbit jenama Iphone 12 Pro Max dan suspek direman dua hari hingga semalam, namun telah diikat jamin.
Menurutnya kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 28 2023
![Isteri ditahan disyaki larikan RM520,000 wang perniagaan suami Isteri ditahan disyaki larikan RM520,000 wang perniagaan suami](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674883241_LogoPDRM.jpg)
Suspek berusia 35 tahun itu diberkas susulan laporan polis oleh suaminya yang mendakwa wang tunai dalam peti besi simpanannya hilang.
![Harga minyak mentah tidak menentu berikutan dasar trump - BMI Harga minyak mentah tidak menentu berikutan dasar trump - BMI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738813756_DonaldTrump.jpg)
Harga minyak mentah tidak menentu berikutan dasar trump - BMI
BMI menjangka harga minyak mentah mengalami ketidaktentuan yang ketara dalam tempoh beberapa bulan berikutan pasaran mengambil kira impak dasar baharu AS.
![Nissan dijangka tamat perbincangan penggabungan dengan Honda, tolak status anak syarikat - Sumber Nissan dijangka tamat perbincangan penggabungan dengan Honda, tolak status anak syarikat - Sumber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738813500_logo.jpg)
Nissan dijangka tamat perbincangan penggabungan dengan Honda, tolak status anak syarikat - Sumber
Nissan Motor Co dijangka menamatkan perbincangan penggabungan dengan Honda Motor Co susulan penolakan terhadap cadangan Honda baru-baru ini untuk menjadikannya sebagai anak syarikat.
![Piala Dunia 2025: Malaysia tutup kempen kumpulan tanpa sebarang mata Piala Dunia 2025: Malaysia tutup kempen kumpulan tanpa sebarang mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738813465_tbPialaDuniaHokiD.jpg)
Piala Dunia 2025: Malaysia tutup kempen kumpulan tanpa sebarang mata
Malaysia ketinggalan pada minit ke-10 menerusi gol pukulan sudut penalti oleh Seyedmohammad Ghoreishiroudbaraki.
Akaun tiga selebriti yang dikaitkan tidak dibekukan - SPRM
Akaun tiga selebriti yang dikaitkan dengan sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan tidak dibekukan, sebaliknya mereka hanya dipanggil untuk membantu siasatan. #AWANInews
![Tindakan terhadap khatib akan ditentukan mesyuarat jawatankuasa tatatertib JAIPk Tindakan terhadap khatib akan ditentukan mesyuarat jawatankuasa tatatertib JAIPk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738812654_tblogoJAIPk.jpg)
Tindakan terhadap khatib akan ditentukan mesyuarat jawatankuasa tatatertib JAIPk
Timbalan Pengarah JAIPk Zakaria Abd Razak berkata siasatan telah dijalankan oleh Pejabat Pentadbiran Agama Islam Parit Buntar.
![Ibu bapa mengaku tidak bersalah dera anak kandung Ibu bapa mengaku tidak bersalah dera anak kandung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738811686_tbDERAANAKKANDUNG.jpg)
Ibu bapa mengaku tidak bersalah dera anak kandung
Pasangan tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan terhadap anak lelaki mereka berusia 10 tahun sehingga terpaksa dirawat di hospital.
![Jumlah mangsa banjir di Johor, Sarawak, Sabah meningkat pagi ini Jumlah mangsa banjir di Johor, Sarawak, Sabah meningkat pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738811075_tbAPMbekalanmakan.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Johor, Sarawak, Sabah meningkat pagi ini
Di Johor, jumlah mangsa yang dipindahkan sedikit meningkat kepada 372 orang berbanding 364 orang malam tadi.
![ASEAN kesal cadangan pengusiran rakyat Palestin di Gaza ASEAN kesal cadangan pengusiran rakyat Palestin di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737274407_MohamadHasan.jpg)
ASEAN kesal cadangan pengusiran rakyat Palestin di Gaza
Seluruh negara anggota ASEAN sepakat tidak setuju dengan sebarang bentuk pelanggaran undang-undang antarabangsa.
![Pempengaruh Malaysia hilang di hutan Bandung ditemukan lemah, terbaring Pempengaruh Malaysia hilang di hutan Bandung ditemukan lemah, terbaring](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738809301_tbPempengaruhmedia.jpg)
Pempengaruh Malaysia hilang di hutan Bandung ditemukan lemah, terbaring
Gadis berusia 22 tahun itu dijumpai terbaring kira-kira jam 10 malam di kawasan semak samun dalam keadaan lemah.
![Piala EFL: Arsenal tersungkur di tangan Newcastle Piala EFL: Arsenal tersungkur di tangan Newcastle](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738809147_tbJacobMurphy.jpg)
Piala EFL: Arsenal tersungkur di tangan Newcastle
Jaringan Jacob Murphy dan Anthony Gordon sudah cukup untuk membawa mereka ke Wembley dengan agregat 4-0.
![Pengarah syarikat rugi RM2.1 juta terperdaya penipuan pelaburan tidak wujud Pengarah syarikat rugi RM2.1 juta terperdaya penipuan pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738681476_SCAM.jpg)
Pengarah syarikat rugi RM2.1 juta terperdaya penipuan pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan tawaran platform berkenaan berhubung pelaburan matawang kripto yang dijumpai menerusi iklan di laman Facebook.
![Mayat lelaki dijumpai dalam tangki simpanan air Mayat lelaki dijumpai dalam tangki simpanan air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738680569_maut.jpg)
Mayat lelaki dijumpai dalam tangki simpanan air
Siasatan awal di tempat kejadian menemukan seorang lelaki dalam keadaan terlungkup tidak sedarkan diri di dalam tangki simpanan air.
![Lambat keluar selepas beli nasi ayam punca suami tampar isteri Lambat keluar selepas beli nasi ayam punca suami tampar isteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738481907_tbsuamitamparSep.jpg)
Lambat keluar selepas beli nasi ayam punca suami tampar isteri
Gara-gara lambat keluar dari pusat beli-belah selepas membeli nasi ayam menjadi punca seorang wanita ditampar suaminya dalam kejadian di Kota Warisan baru-baru ini.
![Polis pukul pemilik kolam selepas ditegur jangan memancing Polis pukul pemilik kolam selepas ditegur jangan memancing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738455731_TBpukul.jpg)
Polis pukul pemilik kolam selepas ditegur jangan memancing
Satu laporan polis telah di buat di balai polis Takalar. Polis kini sedang menyiasat berhubung insiden tersebut.
![Polis giat buru tiga suspek kes langgar lari di Jalan Klang Lama Polis giat buru tiga suspek kes langgar lari di Jalan Klang Lama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738420062_KuMasharimanrempu.jpg)
Polis giat buru tiga suspek kes langgar lari di Jalan Klang Lama
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu diminta supaya tampil menghubungi pihak polis.
![Polis tahan suami tampar isteri di Kota Warisan Polis tahan suami tampar isteri di Kota Warisan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738416093_PolisLogoPolisP.jpg)
Polis tahan suami tampar isteri di Kota Warisan
Lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di hadapan sebuah klinik di Kota Warisan pada pukul 10 pagi tadi.
![Polis P. Pinang yakin urus keselamatan, aliran trafik sepanjang persidangan ASEAN Polis P. Pinang yakin urus keselamatan, aliran trafik sepanjang persidangan ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738313831_HamzahAhmad.jpg)
Polis P. Pinang yakin urus keselamatan, aliran trafik sepanjang persidangan ASEAN
Polis P. Pinang melakukan persiapan rapi untuk memastikan kelancaran semua program, termasuk persidangan yang dijangka berlangsung bulan depan.
![Polis buru lelaki ragut rantai leher warga emas di Teluk Intan Polis buru lelaki ragut rantai leher warga emas di Teluk Intan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738154938_PolisLogoPolisP.jpg)
Polis buru lelaki ragut rantai leher warga emas di Teluk Intan
Mangsa berusia 65 tahun telah didatangi suspek yang berpura-pura mahu membeli kalungan bunga jualannya.
![Dua anggota polis mengaku tidak bersalah terima rasuah Dua anggota polis mengaku tidak bersalah terima rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41738058968_TBJOHORRASUAH.jpg)
Dua anggota polis mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai polis berpangkat ASP mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM75,000 pada 2022.
![363 anggota polis bertugas setiap hari sempena Tahun Baharu Cina 363 anggota polis bertugas setiap hari sempena Tahun Baharu Cina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41643723625_Saman.jpg)
363 anggota polis bertugas setiap hari sempena Tahun Baharu Cina
Menerusi Op Selamat 23, polis memberi tumpuan kepada rondaan untuk mencegah kemalangan dan kawalan lalu lintas di pusat bandar.