Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini, menafikan menyertai atau terlibat dengan cadangan penubuhan parti baharu, kononnya dikenali sebagai Parti Reformasi Bersatu Negara yang tular di media sosial sejak semalam.
Menteri Kanan (Keselamatan) itu menegaskan, beliau setia bersama UMNO sejak lebih tiga dekad lalu, selain tidak pernah berbincang dengan beberapa pemimpin yang dikaitkan akan turut menerajui parti baharu itu.
"Hidup dan mati saya adalah bersama UMNO. Jika saya berhenti politik sekalipun, saya akan berhenti dalam UMNO. Tidak timbul isu saya menyertai parti lain. Ini bagi saya hanya bertujuan untuk mengelirukan rakyat.
"Saya pun hanya tahu mengenainya malam tadi, apabila ditanya orang... saya tidak tahu itu parti siapa atau siapa dan bagaimana nama saya berada di dalamnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra di Felda Chini 3, dekat sini, hari ini.
Ismail Sabri juga tidak menolak kemungkinan isu penubuhan parti itu ditimbulkan oleh pihak yang mahu menimbulkan persepsi tidak benar bahawa terdapat masalah dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini.
Beliau mengulas dakwaan namanya disenaraikan sebagai Timbalan Presiden parti yang kononnya dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selain turut membariskan nama beberapa menteri dan pemimpin parti politik lain.
Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri memberi peringatan kepada pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini untuk keluar mengundi walaupun Barisan Nasional (BN) dilihat berdepan laluan mudah untuk mengekalkan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu.
"Jangan ambil mudah kerana walaupun kita hanya dicabar calon Bebas, namun pertandingan tetap pertandingan. Pengundi (dari) luar pula jangan ada anggapan tidak perlu pulang kerana BN sudah pasti menang. Jangan bersikap sambil lewa hal ini hanya kerana kawasan ini adalah kubu kita," katanya.
Ismail Sabri juga optimis bahawa rakyat di Chini akan berpihak kepada calon BN, mengambil kira prestasi kerajaan PN yang telah membuktikan kemampuan mentadbir negara sehingga Malaysia dilihat sebagai salah satu negara terbaik dalam mengendalikan pandemik wabak COVID-19.
Selain itu, semangat Muafakat Nasional yang terjalin antara UMNO dan PAS juga dilihat sebagai faktor untuk kemenangan BN pada PRK DUN Chini, 4 Julai ini, dengan mengambil kira rekod kemenangan pada beberapa siri PRK yang dihadapi selepas jalinan kerjasama dibentuk pada awal tahun 2019.
PRK DUN Chini menyaksikan calon BN dari UMNO, Mohd Sharim Md Zain, 41, ditentang dua calon Bebas iaitu ahli perniagaan Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, dan Mohd Shukri Mohd Ramli, 49, yang merupakan penulis blog.
PRK itu diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, pada 7 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Abu Bakar yang mewakili BN menang dengan majoriti 4,622 undi selepas memperoleh 10,027 undi menewaskan calon PAS Mohd Fadhil Noor Abdul Karim yang mendapat 5,405 undi manakala Mohamad Razali Ithnain daripada PKR sekadar memperoleh 1,065 undi. - BERNAMA
Bernama
Sat Jun 27 2020
Ismail Sabri menegaskan, sejak lebih tiga dekad lalu, beliau setia bersama UMNO dan tidak terfikir untuk sertai parti politik lain.
Penyumbang pembinaan mercu tanda ikonik dunia, Eversendai jadi kebanggaan negara
Nanta berkata Eversendai merupakan satu-satunya syarikat pembinaan Malaysia mencipta rekod dunia dan pencapaian penting dalam industri pembinaan.
Peralihan kerajaan: Badan Parlimen Indonesia lulus perbelanjaan lebih tinggi
Jawatankuasa Bajet Parlimen Indonesia meluluskan peningkatan perbelanjaan untuk kerajaan bakal Presiden Prabowo Subianto, yang akan mula memegang jawatan bulan depan.
Banjir Eropah Tengah: 22 maut, penduduk diarah berpindah
Seramai 22 orang terbunuh selepas banjir besar melanda bandar bersejarah Wroclaw di Poland, pada Selasa.
Seorang maut akibat gigitan ular setiap 4-6 minit di seluruh dunia
Kesan kesihatan awam terbesar gigitan ular berlaku di negara berpendapatan rendah dan sederhana dalam persekitaran tropika dan subtropika.
Pengerusi ASEAN 2025: PM mahu persediaan mantap, menyeluruh
Setiap kementerian perlu melakukan persediaan mantap dan menyeluruh memandangkan hanya berbaki beberapa bulan sebelum Malaysia mengambil alih tugas sebagai Pengerusi ASEAN 2025 daripada Laos.
Letupan Lubnan: A.S sedang kumpul maklumat - Jurucakap
Amerika Syarikat sedang mengumpul maklumat selepas sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan kira-kira 2,750 cedera apabila peranti kelui atau pager yang digunakan oleh Pejuang Hizbullah meletup secara serentak di seluruh Lubnan, pada Selasa.
Alat komunikasi meletup: Hizbullah ikrar tindak balas terhadap Israel
Kumpulan Hizbullah berjanji untuk bertindak balas terhadap Israel selepas menuduh rejim Zionis itu meletupkan alat kelui di seluruh Lubnan pada Selasa.
Kekejaman Zionis: Harris gesa tamatkan perang di Gaza
Calon Presiden Demokrat Amerika Syarikat, Kamala Harris menyeru untuk menamatkan perang Israel-Gaza, pada Selasa.
Hospital UMS bakal beroperasi pada tahun 2026
Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) yang sedang dalam proses pembinaan bakal beroperasi pada bulan Januari 2026
MAHA 2024 catat 2.3 juta pengunjung setakat hari ketujuh
FAMA yakin sasaran tiga juta pengunjung pada MAHA 2024 yang sedang berlangsung di MAEPS Serdang ini mampu dicapai dalam tempoh terdekat.
PRK Mahkota: Jangan terlalu selesa, harus pulang mengundi - Tengku Zafrul
Beliau berkata, hal ini kerana sekitar 50 peratus pengundi bekerja di luar, yang dilihat sebagai antara cabaran dihadapi Barisan Nasional.
PRK Mahkota: Syed Hussein mampu bawa agenda anak muda - Onn Hafiz
Penerimaan pengundi terhadap calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah amat baik termasuk daripada golongan muda.
PRK Mahkota: Polis lulus 13 permit ceramah, kempen bergerak
Polis luluskan 13 permit ceramah dan kempen bergerak yang dipohon parti politik bertanding bagi PRK Mahkota sejak hari penamaan calon Sabtu lepas.
Golongan muda 'penentu' PRK Mahkota, cabaran BN pastikan kemenangan lebih baik
Ku Hasnan berkata, golongan muda mendominasi jumlah pengundi DUN Mahkota, menjadikan parti yang bertanding perlu bijak menambat hati mereka.
PRK Mahkota: Isu banjir fokus utama calon BN
Mencari penyelesaian isu banjir di beberapa kawasan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota antara keutamaan calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah.
[KOLUMNIS] Selamat berkempen! Tetapi mampukah BN kekalkan kerusi DUN Mahkota?
PRK kali ini adalah yang ke-10 selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Gelanggang PRK DUN Mahkota dibuka esok
Bakal calon diberi tempoh sejam bermula 9 pagi untuk menyerahkan borang pencalonan sebelum senarai mereka yang layak bertanding diumumkan.
Pas dakwa PH-BN tidak ikhlas majukan negara
Afnan Hamimi mendakwa, politik dipamerkan gabungan itu adalah politik dendam yang sudah ditolak oleh sebahagian daripada anak muda pada hari ini.
Bapa calon BN PRK DUN Mahkota meninggal dunia
Calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota Syed Hussien Syed Abdullah kehilangan bapanya Syed Abdullah Syed Abdul Hamid yang meninggal dunia hari ini.
Bekas pemain bola sepak Johor FA calon PRK Mahkota
Bekas pemain bola sepak Johor FA Mohamad Haizan Jaafar, 61, diumum sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.