Di sebuah bengkel besi di sini, kelihatan seorang gadis bertubuh kecil lincah mengasah dan memotong besi dengan ditemani percikan api.
Wan Nadhirah Adina Megat Ibrahim Ahmad,18, yang mesra disapa Ira juga gagah mengangkat dan mengalihkan logam berat untuk dijadikan sebagai jeriji pintu.
Giat menjalankan kerja kimpalan di bengkel milik bapanya, gadis itu mengakui minat mendalam terhadap bidang itu bermula sejak kecil apabila sering melihat bapanya melakukan kerja-kerja kimpalan besi.
"Sewaktu kanak-kanak saya sering dimarahi kerana suka kacau ayah buat kerja. Saya juga pernah menangis kerana melecur kena percikan api di kaki, tapi saya tetap dekati ayah kerana mahu melihat percikan api yang sangat indah," katanya ketika ditemui Bernama di kedai besi MNA Maju Utara Enterprise yang diusahakan bapanya di Kampung Jejawi, dekat sini baru-baru ini.
Lokasi bengkel yang strategik di sebelah kiri lampu isyarat jalan Jejawi-Arau menuju ke pekan Kangar itu membuatkan Ira yang dikenali "welder girl" sering mencuri tumpuan orang ramai yang berhenti semasa lampu isyarat merah, yang terpegun melihat kelincahan gadis itu bermain dengan 'besi dan api'.
Ira mengakui mempunyai banyak kesan lecur akibat terkena percikan api pada bahagian badannya tertutama pada bahagian tangan, kaki dan lutut, namun dia tidak serik untuk terus setia dengan kerjaya yang diminatinya itu.
Tanpa menghiraukan rasa penat dan panas, gadis berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Beseri itu berkata dia turut melakukan kerja-kerja pemasangan besi di rumah pelanggan dan bangunan pejabat bersama-sama beberapa pekerja lain.
"Kadang-kala juga saya buat kerja pemasangan di rumah pelanggan dan angkut barang seorang diri ketika pekerja lain bercuti," katanya yang mahir dalam kerja-kerja tembakan elektron, kimpalan geseran dan ultra bunyi yang lebih sinonim dengan kaum lelaki.
"Apa sahaja permintaan pelanggan terhadap produk berasaskan besi saya akan buat," katanya yang pernah menghasilkan tong burger, panel siling, ampaian baju, besi penutup longkang, tangga besi dan banyak lagi.
Bekerja dengan bapanya sendiri, Nadhirah berkata, disiplin kerja tetap dijaga dan dia dibayar gaji sama seperti dua lagi pekerja lelaki lain.
Anak kedua daripada tiga beradik tersebut bertekad mahu meneruskan kerjaya itu untuk menjadi penyambung kepada perniagaan yang diusahakan bapanya selain bercita-cita mahu mempunyai syarikat sendiri kelak.
"Buat masa ini saya tidak bercadang untuk menyambung pelajaran dalam bidang akademik seperti rakan-rakan lain, tetapi saya merancang untuk mengambil Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan mahu dapatkan sijil perniagaan pada masa akan datang kerana bercita-cita untuk membuka sebuah syarikat kimpalan sendiri," katanya.
Sementara itu, bapanya Megat Ibrahim Ahmad Awang, 47, berkata, anak gadisnya itu gemar mengikutnya melakukan kerja-kerja kimpalan di kampung sejak di bangku sekolah.
" Ira mula bergiat aktif melakukan kerja kimpalan besi sejak berusia 15 tahun selepas waktu persekolahan dan mula bekerja sepenuh masa di bengkel besi sejak setahun lalu selepas tamat SPM," katanya.
Megat Ibrahim berkata, pada 2008 dia membuat kerja-kerja tersebut dari rumah di Felcra Lubuk Sireh dan bengkel besinya itu hanya dibuka pada 2016 dengan menyewa tapak sehingga hari ini.
"Saya harap dengan minat mendalam Nadhirah boleh menjadi penyambung kepada apa yang saya usahakan untuk kembangkan lagi perkhidmatan kimpalan kami di masa hadapan" katanya sambil memandang ke arah anak gadisnya itu.
Megat Ibrahim berkata, setiap hari syarikatnya menerima tempahan pelbagai produk berasaskan logam untuk direkanya mengikut citarasa pelanggan.
Menurutnya pelanggannya kini semakin meningkat meliputi Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. - BERNAMA
Bernama
Fri Dec 27 2019
Wan Nadhirah Adina Megat Ibrahim Ahmad atau Ira tidak kekok melakukan kerja-kerja yang lazimnya dilakukan oleh kaum lelaki. - Gambar BERNAMA
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Ira, gadis jurukimpal di Perlis lincah 'bermain' dengan api
Di sebuah bengkel besi di sini, kelihatan seorang gadis bertubuh kecil lincah mengasah dan memotong besi dengan ditemani percikan api.