SERDANG: Institut Penyelidikan Matematik (Inspem), Universiti Putra Malaysia (UPM) sedang mengetuai projek penyelidikan dan pembinaan mercu tanda tamadun Melayu iaitu kapal utama kerajaan Melaka, Mendam Berahi.
Ketua Laboratori Etnomatematik dan Didaktik, Prof Madya Dr Rohaidah Kamaruddin berkata, pelaksanaan penyelidikan terhadap kapal tersebut mengambil masa hampir empat tahun.
Rohaidah menambah, beliau dan pasukannya sebelum ini telah menjelajah Jepun, India, Turki dan United Kingdom untuk mengumpul manuskrip lama mengenai kapal berkenaan sebelum menterjemahkannya daripada bahasa purba ke bahasa dan sistem metrik moden.
“Kami mengambil masa lebih kurang empat bulan untuk menterjemahkan ukuran dan kiraan sebenar kapal Mendam Berahi bagi memastikan ia betul dan tepat.
“Unit ukuran yang digunakan dalam manuskrip lama ialah gaz.
"Jadi, kita perlu tukarkan kepada unit metrik moden menjadikan ukuran kapal ini 50.292 meter (panjang) dan 10.9728 meter (lebar),” katanya ketika sidang akhbar di Inspen di sini pada Khamis.
Hadir sama, Pengarah Inspem, Profesor Dr Muhammad Rezal Kamel Ariffin.
Mengulas lanjut, Rohaidah berkata, pihaknya dalam proses menyediakan pelan tindakan (blueprint) projek pembinaan kapal Mendam Berahi yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun hadapan.
“Kalau mengikut anggaran pihak industri kapal, pembinaan ini menelan belanja lebih RM10 juta.
“Selain itu, penghasilan kapal ini juga akan berpandukan manuskrip lama termasuklah Hikayat Hang Tuah kerana Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menerima sebagai buku manuskrip teragung. Jadi, tiada penipuan yang boleh kita buat pada kapal ini.
“Kita akan kekalkan ukuran dan reka bentuk asal kapal Mendam Berahi, namun untuk projek ini kita tidak akan gunakan kayu cengal batu seperti asal, sebaliknya material berlainan bagi menjimatkan kos pembinaan,” katanya.
Beliau menambah, apabila siap dibina kapal tersebut, ia bukan hanya dapat mengembalikan kegemilangan sejarah tamadun negara, malah dapat mengembangkan lagi sektor pelancongan.
“Justeru, dalam blueprint ini kita akan membina kapal Mendam Berahi setinggi tiga tingkat bangunan dengan memuatkan 200 kapasiti penumpang.
“Kita juga akan mendapatkan pandangan pakar termasuk pihak industri, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), selain mengalukan pihak berkaitan menyumbang dana dan idea untuk menghasilkan kapal tersebut,” katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Mar 24 2022
Rohaidah (kanan) dan Muhammad Rezal menunjukkan replika kapal Mendam Berahi di Inspen pada Khamis. -Foto Sinar Harian
Mayat lelaki dijumpai dalam tangki simpanan air
Mayat lelaki dijumpai dalam sebuah tangki simpanan air di Pelantar P5 Sungai Pinang Besar di Pulau Pangkor pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan mayat berkenaan kira-kira 3.15 petang.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan mayat berkenaan kira-kira 3.15 petang.
Malaysia perlu perbahasan konstruktif, bukan sensasi
Menurut Tharma Pillai, ini kerana sidang Parlimen dianggap amat penting bukan sahaja dalam konteks domestik, tetapi juga dalam situasi global,terutama peranan Malaysia yang kini menjawat jawatan Pengerusi ASEAN25.
Dewan Rakyat: Sasaran Malaysia Sukan SEA 2025, mekanisme SKBBK antara tumpuan
Sasaran Malaysia pada Sukan SEA 2025 dan mekanisme pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini.
Insiden tembakan: 10 maut, serangan terburuk dalam sejarah Sweden
Sekitar 10 individu dilaporkan terbunuh dalam kejadian tembakan di sebuah pusat pendidikan dewasa pada Selasa.
Tragedi MH17: Keluarga rakyat A.S terbunuh dalam MH17 boleh saman bank Rusia
Keluarga seorang warga Amerika yang terbunuh susulan pesawat Malaysia Airlines ditembak jatuh di Ukraine pada tahun 2014 kini dibenarkan untuk menyaman bank terbesar Rusia.
A.S - China: Trump tak tergesa-gesa bercakap dengan China ketika perang tarif melanda
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada Selasa menyatakan beliau tidak tergesa-gesa untuk bercakap dengan Presiden China, Xi Jinping.
Gencatan senjata: Hamas sahkan rundingan fasa kedua perjanjian bermula
Kumpulan Palestin Hamas pada Selasa mengesahkan bahawa rundingan bagi fasa kedua perjanjian gencatan senjata Gaza dan pertukaran tahanan telah bermula, lapor Agensi Anadolu.
Bapa Elon Musk dakwa atur panggilan anaknya dengan pemimpin Afrika Selatan
Errol Musk yang menetap di Afrika Selatan jadi perantara anaknya dan Presiden Cyril Ramaphosa dalam diplomasi tertutup.
Empat keluarga cemas, ruang tamu, bilik utama dihempap tanah runtuh
Bomba terima panggilan kecemasan jam 11.57 malam dan mengatur gerak pasukan tiga anggota ke lokasi, dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau.
PM Israel jumpa Elon Musk sebelum bertemu Presiden Donald Trump
Walaupun tidak memegang sebarang jawatan rasmi dalam kerajaan AS, namun, Musk sangat berpengaruh dalam pentadbiran Trump.
Inspem ketuai penyelidikan, pembinaan kapal Mendam Berahi
Pelaksanaan penyelidikan terhadap kapal tersebut mengambil masa hampir empat tahun.