Inspektor S.Hare Krishnan yang selama ini dicari oleh pihak polis untuk membantu siasatan kes kematian dalam tahanan N.Dhamendran telah menyerahkan diri di Bukit Aman pada jam 10 pagi tadi.

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengesahkan perkara ini melalui akaun rasmi Twitternya.


Hare Krishnan yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur dilaporkan tidak hadir bertugas tanpa kebenaran sejak 15 Jun lepas, iaitu selepas kes kematian Dhamendran disiasat.

Sebelum ini, Polis Kuala Lumpur cuba mengesan Hare Krishnan bagi membantu siasatan kes kematian Dhamendran pada 21 Mei lepas.

Hare Krishnan merupakan pegawai polis yang masih bebas selepas tiga lagi pegawai polis yang terlibat dalam kes itu didakwa di Mahkamah Majistret, bulan lepas.