Seorang pegawai polis didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu atas tuduhan pecah amanah melibatkan barang kes rampasan berupa wang tunai lebih RM190,000, enam tahun lalu.
Inspektor Sahrol Zaman Mohd Adom, 38 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu di Stor Barang Kes, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada 11 April 2014 ketika menjadi Inspektor Pegawai Penyiasat, Team C, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ipoh.
Bapa kepada anak kembar berusia 12 tahun itu didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.
Jika didapati bersalah, dia boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 20 tahun, dan dengan sebatan, juga denda.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan dikehendaki melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap 1 haribulan sehingga kes selesai.
Mahkamah turut menetapkan 25 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Farhana Hashim manakala tertuduh diwakili peguam Muhamad Aizat Fakri.
Pada 27 Februari lalu, tertuduh didakwa di mahkamah yang sama atas empat pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6,000, juga pada 2014.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Sep 02 2020

Mahkamah membenarkan Sahrol Zaman diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan dikehendaki melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan sehingga kes selesai. - Astro AWANI
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Polis Serdang lupus barang kes bernilai RM1.8 juta
Polis Serdang melupuskan pelbagai barang kes melibatkan peralatan perjudian, barangan kontraban, rokok dan mesin simulator bernilai RM1.8 juta.

Polis cari saksi perbicaraan kes dadah di mahkamah
Shaharudin Musa, 51, beralamat di No 7, Lorong Siakap 28, Seberang Jaya di Bukit Mertajam, sedang dicari polis.

Bergaduh dengan penganggur, penoreh getah maut kepala dihentak batu
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC Anuar Othman berkata pihaknya menerima maklumat daripada ibu saudara suspek mengenai kejadian amukan itu pada 4 petang.

Inspektor polis didakwa lagi di mahkamah, kali ini tuduhan pecah amanah
Inspektor Sahrol Zaman Mohd Adom, 38 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.