KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Bhd (MAB) hari ini berkata pihaknya telah memfailkan Laporan Kejadian Mandatori kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), susulan isu teknikal dalam insiden yang membabitkan penerbangan pesawat MH2664.
Pesawat itu berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semasa dalam perjalanan ke Tawau, pada Ahad lepas (3 April).
MAB dalam satu kenyataan hari ini berkata laporan itu difailkan seperti yang diperlukan di bawah Peraturan 165 Peraturan Penerbangan Awam 2016 untuk tindakan oleh CAAM sebagai sebahagian daripada keperluan pemantauan dan resolusi keselamatan.
Sepanjang minggu lepas, syarikat penerbangan itu telah bekerjasama rapat dengan CAAM untuk mengenal pasti punca kejadian, serta mengkaji tindakan yang diambil oleh juruterbangnya.
"Syarikat penerbangan itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengenai sebarang tindakan menyembunyikan maklumat daripada orang ramai tetapi sebaliknya, sentiasa mematuhi prosedur standard yang diperlukan.
BACA: CAAM arah MAB laksana 5 perkara
"Malaysia Airlines kesal dan memohon maaf atas kebimbangan dan ketidakselesaan yang dialami oleh penumpang penerbangan," menurut kenyataan itu.
MAB menegaskan bahawa ia sentiasa komited sepenuhnya dalam memastikan keselamatan penumpang dan mematuhi agar semua langkah pembaikan seperti yang digariskan oleh CAAM, dapat dilaksanakan dengan segera.
Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Datuk Chester Voo dilaporkan berkata isu teknikal yang berlaku semasa penerbangan itu adalah disebabkan faktor malfungsi sistem pitot-statik, iaitu alat yang digunakan untuk mengukur perbezaan tekanan udara bagi menentukan kelajuan dan ketinggian.
Malfungsi itu telah memberikan petunjuk kelajuan palsu, dan menyebabkan pesawat itu terbang menjulang dan autojuruterbang telah dinyahaktifkan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 11 2022

Laporan itu difailkan seperti yang diperlukan di bawah Peraturan 165 Peraturan Penerbangan Awam 2016 untuk tindakan oleh CAAM.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Insiden MH2664: MAB fail laporan kejadian mandatori kepada CAAM
Malaysia Airlines Bhd (MAB) hari ini berkata pihaknya telah memfailkan Laporan Kejadian Mandatori kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), susulan isu teknikal dalam insiden yang membab

Panik apabila pesawat tiba-tiba menjunam 30,000 kaki
Pesawat penerbangan Delta Airlines dari Atlanta ke Fort Lauderdale secara tiba-tiba menjunam 30,000 kaki dalam masa 7 minit menyebabkan suasana panik di dalam kabin.