KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas sebarang kekhilafan dan kepincangan dalam menangani insiden pertembungan tren Transit Aliran Ringan (LRT) baru-baru ini.
Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datin Norlia Noah berkata, syarikat itu amat dukacita dengan insiden yang berlaku sehingga menyebabkan ramai penumpang yang cedera.
“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan para penumpang kami khususnya atas insiden yang tidak diingini ini.
“Kami amat dukacita dengan kejadian ini yang menghapuskan rekod baik LRT Laluan Kelana Jaya yang telah beroperasi selama 23 tahun,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Sehubungan itu, beliau berkata, Prasarana akan terus berkongsi maklumat terkini berhubung perkembangan semasa kejadian tersebut,
Menurutnya, antara maklumat yang akan disalurkan ialah berhubung jumlah mangsa yang masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL), status pengesanan para penumpang serta proses pemulihan sepenuhnya perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya.
BACA: Prasarana minta 83 penumpang tampil untuk urusan sumbangan ihsan
BACA: LRT bertembung: Jawatankuasa siasatan ditubuh - MOT
Prasarana dalam masa sama turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) pegawai perubatan dari HKL dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang bertindak pantas dalam mengendalikan operasi menyelamat.
“Prasarana memberi jaminan akan memberi kerjasama penuh dan telus kepada Jawatankuasa Siasatan oleh Kementerian Pengangkutan dan PDRM.
“Selain itu, kami akan berhubung rapat dengan Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD),” ujarnya.
Tegas Norlia, fokus utama Prasarana pada waktu ini adalah untuk memberikan sokongan dan bantuan sewajarnya kepada penumpang terbabit serta keluarga mereka.
Ridauddin Daud
Sat May 29 2021

Prasarana turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pegawai dan anggota keselamatan yang bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa. - Gambar BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Tender projek LRT Johor Bahru belum dibuka - Loke
Tender untuk projek transit aliran ringan (LRT) Johor Baharu masih belum dibuka lagi.

KBS kecam insiden pergaduhan penyokong bola sepak di stesen LRT
Katanya menang atau kalah adat pertandingan, namun tidak bermakna boleh bertindak sewenangnya hingga merosakkan aset kerajaan dan harta benda awam.

Pergaduhan di stesen LRT: Belum ada tangkapan penyokong bola sepak terlibat rusuhan - Polis
Kes disiasat di bawah Seksyen 147/427 Kanun Keseksaan kerana merusuh serta mendatangkan kecederaan dan kesalahan khianat ke atas harta benda.

Prasarana buat laporan polis kes pergaduhan penyokong di stesen LRT
Dalam kenyataan hari ini, Prasarana memaklumkan bahawa laporan berkenaan dibuat di Balai Polis Sungai Besi.

Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt

Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya pulih sepenuhnya
Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya di antara Stesen Wangsa Maju dan Stesen Gombak, kembali beroperasi sepenuhnya pada pukul 3.30 petang hari ini.

Final Piala FA: Operasi stesen LRT dilanjutkan - Rapid Rail
Lanjutan waktu operasi itu susulan Perlawanan Akhir Piala FA yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

LRT Ampang-Sri Petaling tergendala akibat kebakaran di landasan
Kejadian pada jam 9.58 pagi itu telah menyebabkan perkhidmatan LRT mengalami kelewatan.

Himpunan pembebasan Palestin: Orang ramai digalakkan guna LRT
Rapid KL turut menyarankan penggunaan kad Touch 'n Go untuk perjalanan yang lebih lancar.

Konsert penyanyi legenda India, operasi LRT dilanjut ke 1 pagi
Operasi Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi berikutan konsert mega, penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman akan berlangsung esok.