Penganggur yang didakwa atas pertuduhan mencuri sebuah telefon bimbit di Plaza Low Yat di sini, akan mengemukakan surat representasi ke Jabatan Peguam Negara bagi mengkaji semula pertuduhan terhadapnya.
Peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang mewakili Shahrul Anuar Abdul Aziz, 22, berkata demikian ketika kes itu disebut di hadapan Majistret Zura Syazween Hamizan.
Mohd Khairul Azam memohon mahkamah menetapkan tarikh baharu untuk sebutan semula kes itu bagi membolehkannya mengemukakan representasi itu.
Mahkamah menetapkan 26 Ogos ini untuk sebutan semula kes.
Shahrul Anuar didakwa mencuri telefon bimbit berharga RM800 di Techasia Boutique, Plaza Low Yat, Bukit Bintang pada 4.47 petang, 11 Julai lalu mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Svetlana Mohd Noor Nordin.
Bernama
Fri Aug 14 2015

Mahkamah menetapkan 26 Ogos ini untuk sebutan semula kes. - Gambar Fail Astro AWANI/Shahir Omar

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Rebut pelanggan punca pergaduhan di Low Yat
Hanya kerana berlaku perebutan pelanggan, satu insiden pergaduhan tercetus di Pusat Beli Belah Lowyat pada Jumaat.

Angkasa sasar jualan produk gajet RM5 juta menjelang akhir tahun
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) melalui Pavilion Gadjet Angkasa Digital Store, menyasarkan jualan produk gajet sebanyak RM5 juta menjelang akhir tahun ini.

Ampang Park: Sudahlah kehilangan suami, kedai pula terpaksa ditutup
Jenny Lee, 45, antara pemilik strata yang terpaksa hentikan perniagaan di Ampang Park, bagi memberi laluan kepada pembangunan.

Mahkamah: Tertuduh curi telefon bimbit di Plaza Low Yat didakwa lagi
Lelaki yang didakwa mencuri telefon bimbit di Plaza Low Yat tahun lepas, sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mencederakan seorang mekanik.

Insiden Low Yat: Peguam tertuduh kemuka surat representasi ke Jabatan Peguam Negara
Penganggur yang didakwa atas pertuduhan mencuri sebuah telefon bimbit di Plaza Low Yat, akan mengemukakan surat representasi ke Jabatan Peguam Negara bagi mengkaji semula pertuduhan terhadapnya.

Pelbagai laman Facebook boikot Plaza Low Yat diwujudkan
Beberapa buah akaun Facebook diwujudkan bagi memboikot Plaza Low Yat berikutan tercetusnya pergaduhan pada pertengahan Julai lalu.

Media sosial kini jadi platform sebar fitnah
Sangat membimbangkan apabila maklumat palsu diterima bulat-bulat tanpa merujuk kepada sumber sahih dan kemudiannya menjadi viral sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara.

Insiden Low Yat: 'Semua pihak hanya ingin cari sesuap nasi'
Mana-mana pihak yang cuba mencetuskan isu perkauman berkaitan insiden Low Yat perlu sedar bahawa insiden itu bukan soal perkauman tetapi soal kecurian.

Gaduh Low Yat: Penulis blog Papa Gomo dibebaskan dari tahanan polis
Penulis blog yang dikenali dengan nama Papa Gomo dibebaskan dari tahanan polis selepas didakwa terlibat dalam insiden rusuhan Plaza Low Yat.

Insiden Low Yat: 'Ali Tinju', Papa Gomo direman dua hari
Blogger Papa Gomo dan aktivis Mohd Ali Baharom direman dua hari mengikut Akta Hasutan kerana menyiarkan berita palsu mengenai insiden Plaza Low Yat.