SEREMBAN: Lembaga Penyiasatan yang ditubuhkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi mengenal pasti punca insiden letupan bom lempar di Kem Syed Sirajuddin, Gemas dekat sini semalam akan terdiri daripada panel terlatih terutama dalam bidang letupan.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata siasatan itu akan dilakukan dengan teliti merangkumi pelbagai aspek termasuk kemungkinan berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika pelaksanaan latihan berkenaan.
"Kita tak boleh sebarang penyiasat, mesti orang yang pakar dan terlatih dalam pengendalian bahan letupan untuk kita kenal pasti punca sebenar kejadian itu. Jika ada apa-apa, kita akan ambil pengajaran semasa menjalani latihan (seterusnya).
"Saya tak dapat pastikan bila ia akan diselesaikan tapi badan siasatan telah dilantik, bukan senang, Panglima Tentera Udara pun dah pergi ke tempat kejadian pagi tadi dan lihat bagaimana keadaan di situ, Alhamdulillah ada saksi iaitu seorang pakar pengendalian bahan letupan," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri istiadat pengebumian penuntut Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR), Pangkalan Udara Sendayan, Laskar Udara I Mohd Iqmal Masdi, 22, yang terkorban ketika menjalani latihan menembak senjata dan bom lempar di kem itu.
Selain Mohd Iqmal yang disahkan maut di tempat kejadian pada 12.10 tengah hari itu, jurulatih Koperal Udara Syuib Bidin, 33, meninggal dunia pada 5.45 petang ketika menerima rawatan di Hospital Segamat, Johor manakala jurulatih Koperal Udara Khairuzaman Lokman, 35, dilaporkan stabil.
Dalam pada itu, Mohamad berkata SOP penggunaan senjata sedia ada sememangnya ketat dengan dikendalikan pakar pengendali letupan selain setiap pelatih akan diiringi jurulatih ketika proses latihan.
Beliau dan seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menzahirkan rasa dukacita atas pemergian anggota dalam kejadian itu dan turut meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi yang boleh mengguris perasaan ahli keluarga mangsa.
Terdahulu, Allahyarham Mohd Iqmal selamat dikebumikan kira-kira 6.30 petang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rawa Ulu, Lenggeng di sini mengikut istiadat ketenteraan.
Lebih 500 orang termasuk warga ATM menghadiri pengebumian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 26 2023
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata siasatan itu akan dilakukan dengan teliti merangkumi pelbagai aspek termasuk kemungkinan berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika pelaksanaan latihan berkenaan. - Foto BERNAMA
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Insiden bom lempar: Polis rakam keterangan individu di lokasi
Polis akan merakam keterangan semua individu yang berada di lokasi insiden letupan bom lempar ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin, di Gemas pada Ahad.
Insiden latihan menembak: Lembaga penyiasatan terdiri daripada pakar letupan
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata siasatan itu akan dilakukan dengan teliti merangkumi pelbagai aspek.