Memasuki hari ke-20 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini, petugas-petugas barisan hadapan yang berjuang memerangi wabak COVID-19 dalam melindungi diri daripada jangkitan itu terus mendapat bantuan rakyat Malaysia yang kreatif dan berinovasi.
Seorang doktor di Kuantan menghasilkan kubikel 'I3S Cubicle' yang berupaya melindungi petugas kesihatan daripada jangkitan virus itu ketika melakukan saringan pesakit.
Kubikel itu dipasang di hadapan unit kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada Ahad dan hanya mengambil masa sehari untuk disiapkan.
Sebelum itu Pakar Perunding Pembedahan Mulut dan Maksilofasial Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Prof Dr Firdaus Hariri, 42, menghasilkan kotak perlindungan intubasi yang mudah untuk diedarkan secara percuma di hospital dan klinik awam di seluruh negara.
Kotak-kotak perindungan intubasi itu yang dibuat menggunakan acrylic lutsinar mampu berfungsi sebagai perisai untuk petugas perubatan barisan hadapan semasa melakukan prosedur intubasi pada pesakit COVID-19.
Dalam pada itu, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menghasilkan 10 unit 'Pondok Nyah Cemar Automatik UTM Shield', untuk kegunaan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).
Inovasi hasil usaha sama penyelidik dan pelajar Sekolah Kejuruteraan Mekanikal, serta Sekolah Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan itu berfungsi secara automatik, dan mampu nyah cemar keseluruhan badan individu.
Sementara itu, benteng barisan hadapan juga akan diperkuatkan dengan penerimaan kit pengesanan pantas antigen baharu dari Korea Selatan hari ini dalam usaha meningkatkan bilangan ujian dan kadar ketepatan setiap ujian COVID-19 yang dijalankan di seluruh negara.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, bagaimanapun, berkata alat baharu itu perlu melalui proses penentusahan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum sebarang keputusan untuk membeli kit berkenaan dibuat.
Sebanyak 3,662 kes positif COVID-19 dicatatkan sehingga 12 tengah hari semalam.
Jumlah kematian pula adalah 61 kes, iaitu 1.67 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 06 2020

UTM menghasilkan 10 unit 'Pondok Nyah Cemar Automatik UTM Shield' untuk kegunaan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB). --fotoBERNAMA

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.