Persoalan bagaimana tulang rusuk anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim patah yang dibincangkan di Mahkamah Koroner tidak relevan.
Sebaliknya, saksi ke-29, bekas pakar forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Prof Dr Shahrom Abdul Wahid berpendapat tumpuan perlu diberikan kepada kecederaan ketika malam kejadian yang mengakibatkan kematian anggota bomba itu.
"Hendak membincangkan patah secara teliti, soalan ini tidak relevan, yang penting apa yang berlaku malam itu," katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali Inkues, Hamdan Hamzah berhubung tulang rusuk Muhammad Adib yang patah (depan dan belakang) yang dibincangkan sejak prosiding bermula hari ini.
Semalam, pihaknya merumuskan tulang rusuk Muhammad Adib patah di dada kanan (2 hingga 5) dan bahagian belakang (3 dan 4) akibat hentakan daun pintu jentera EMRS yang mungkin dilakukan oleh lebih dua individu.
Dr Shahrom berkata, adalah lebih baik untuk meneliti CT scan yang dikeluarkan Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) daripada yang dikeluarkan Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana CT scan dari SJMC dilakukan sejurus selepas kejadian rusuhan.
"CT scan HKL sudah ada 'inteference' (pergerakan) kerana ia dilakukan selepas Muhammad Adib menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN)," jelasnya kepada Mahkamah Koroner pada hari ke-24 prosiding.
Bagaimanapun, Dr Shahrom mengaku tidak berada di lokasi kejadian ketika proses lakonan semula dilakukan di lokasi kejadian kerana telah memperoleh bahan bukti yang mencukupi.
"Penting untuk pergi ke tempat kejadian untuk dapatkan gambaran jelas, bagaimanapun saya ambil keputusan tidak pergi ke tempat kejadian sebab semua maklumat yang saya perlukan sudah diberikan dalam dokumen," katanya lagi.
Sesi lakonan semula telah dijalankan sebanyak empat kali oleh pihaknya bersama anggota bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya.
Hilmi Malik
Wed Apr 10 2019
![Inkues Adib: Soalan patah tulang rusuk tak relevan - Saksi pakar Inkues Adib: Soalan patah tulang rusuk tak relevan - Saksi pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/41554896274_ShahromAbdulWahid.jpg)
Dr Shahrom di Mahkamah Koroner, Shah Alam hari ini. - Astro AWANI/Hilmi Malik
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hasil siasatan punca kematian Adib akan diketahui tidak lama lagi - Hamzah Zainudin Hasil siasatan punca kematian Adib akan diketahui tidak lama lagi - Hamzah Zainudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/61596552149_TBARWAHADIB.jpg)
Hasil siasatan punca kematian Adib akan diketahui tidak lama lagi - Hamzah Zainudin
Hasil siasatan terhadap penyebab kematian anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim akan dimaklumkan tidak lama lagi.
![Allah ada sesuatu yang lebih baik, bekas tunang Adib redha selepas setahun Allah ada sesuatu yang lebih baik, bekas tunang Adib redha selepas setahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/81576590486_najihahradzi.jpg)
"Allah ada sesuatu yang lebih baik", bekas tunang Adib redha selepas setahun
Najihah turut mencatatkan tarikh yang memberi makna besar buatnya iaitu pada 17 Disember 2018 hingga 17 Disember tahun ini.
![Mahkamah diminta percepatkan komital terhadap Peguam Negara Mahkamah diminta percepatkan komital terhadap Peguam Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/41571675161_TommyThomas.jpg)
Mahkamah diminta percepatkan komital terhadap Peguam Negara
Mohamed Haniff Khatri berkata pihaknya juga tidak mahu kes komital itu ditangguhkan kerana kes tersebut mendapat perhatian semua pihak
![Saya masih terkilan terhadap Peguam Negara - Syazlin Mansor Saya masih terkilan terhadap Peguam Negara - Syazlin Mansor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/71560333558_SyazlinMansorPegua.jpg)
"Saya masih terkilan terhadap Peguam Negara" - Syazlin Mansor
Peguam Syazlin Mansor yang mewakili keluarga anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim masih terkilan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas
![Jangan ada campur tangan, harap keputusan diadili sepenuhnya Jangan ada campur tangan, harap keputusan diadili sepenuhnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/71569497933_TBayahAdib.jpg)
"Jangan ada campur tangan, harap keputusan diadili sepenuhnya"
Ibu Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim berharap agar keputusan prosiding inkues anaknya itu dapat diadili sepenuhnya.
![Mahkamah Koroner teliti dua isu terhadap Peguam Negara Mahkamah Koroner teliti dua isu terhadap Peguam Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/71563957269_TBINKUESADIB.jpg)
Mahkamah Koroner teliti dua isu terhadap Peguam Negara
Mahkamah Koroner menetapkan 9 Ogos ini bagi keputusan berhubung permohonan ex-parte (sebelah pihak) terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas.
![Inkues Adib: Pakar fizik UiTM akan dipanggil beri keterangan Inkues Adib: Pakar fizik UiTM akan dipanggil beri keterangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/51562298643_BOMBA.jpg)
Inkues Adib: Pakar fizik UiTM akan dipanggil beri keterangan
Dr Amir Radzi Ab Ghani dari Universiti Teknologi Mara akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung teori daya pelanggaran melibatkan dua kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
![Inkues Adib: Demonstrasi ringkas guna van EMRS Inkues Adib: Demonstrasi ringkas guna van EMRS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/61557904175_Bomba.jpg)
Inkues Adib: Demonstrasi ringkas guna van EMRS
Sesi prosiding inkues kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim pada hari ke-34 diteruskan dengan demonstrasi ringkas melibatkan kenderaan Van EMRS.
![Inkues Adib: Tolak kemungkinan Adib ditolak dari arah hadapan - Pakar forensik Inkues Adib: Tolak kemungkinan Adib ditolak dari arah hadapan - Pakar forensik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/71553764946_AhmadHafizamHasmi.jpg)
Inkues Adib: Tolak kemungkinan Adib ditolak dari arah hadapan - Pakar forensik
Dr Ahmad Hafizam Hasmi menolak kemungkinan Muhammad Adib Mohd Kassim ditolak dari arah hadapan sebelum bahagian rusuk belakang kirinya menerima impak daun pintu Van EMRS
![Inkues Adib: Perusuh panjat kereta dan pecahkan cermin guna kayu - Saksi Inkues Adib: Perusuh panjat kereta dan pecahkan cermin guna kayu - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/51551428134_CHANWEIJIE.jpg)
Inkues Adib: "Perusuh panjat kereta dan pecahkan cermin guna kayu" - Saksi
Sekumpulan perusuh ketika rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 dikatakan turut menyerang kenderaan orang awam selain melakukan serangan terhadap anggota bomba.