Pemandu Jentera Fire Rescue Tender (FRT) mendedahkan sekumpulan perusuh menjerit supaya pihak bomba pulang dan tidak membenarkan apabila jentera itu memasuki kawasan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ25, Subang Jaya, Selangor pada 27 November lalu.
Pemandu jentera FRT dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Md Elliza Mohd Noor, berkata keadaan itu menyebabkan penyelia bertugas bernama Badrol mengarahkan supaya mereka tidak keluar dari jentera terbabit.
“Saya dapat lihat dua atau tiga orang awam berlari di sebelah kiri jentera saya ke arah belakang dan saya tak tahu untuk tujuan apa,” katanya pada inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim di Mahkamah Koroner di Shah Alam, hari ini.
Md Elliza, 36 tahun, adalah saksi kedua bagi prosiding inkues kematian Muhammad Adib yang bermula hari ini.
Dalam prosiding berkenaan, Timbalan Pendakwa Raya Hamdan Hamzah turut meminta Md Elliza membuat lakonan semua keadaan orang awam yang dilihatnya, di hadapan Koroner Rofiah Mohamad.
Dalam lakonan itu, Md Elliza berkata, kira-kira 50 orang awam yang menuju ke arah jentera dipandunya, menyorokkan tangan di belakang sambil menjerit meminta bomba pulang.
“Seorang daripada kumpulan itu lari dari arah belakang (kumpulan berkenaan) dan membaling objek putih seperti besi net takraw.
“Selepas itu, ada batu bata dan helmet sampai ke cermin. Saya berasa takut,” katanya.
Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.
Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara (IJN).
Hilmi Malik
Mon Feb 11 2019

Adib meninggal dunia selepas berada di ICU lebih sebulan akibat rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25 pada Nov lalu. - Gambar fail

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Silat: 'Saya yang suruh Adib tarik diri' - Megat Zulkarnain
Insiden tegang tercetus selepas Adib menarik diri ketika menentang Aniq 'Asri Mohammad Yazid dari Singapura.

PDRM cadang adakan semula inkues kes Adib - Ketua Polis Negara
Abdul Hamid berkata PDRM masih menunggu arahan lanjut berhubung kes itu setelah menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara pada 23 Julai lalu.

"Saya boleh simpan Waytha Moorthy sebagai menteri" - Tun M
Januari lepas, Dr Mahathir berkata, beliau akan memutuskan kedudukan Waytha Moorthy menerima laporan penuh inkues kematian Muhammad Adib

Inkues Adib: Tiada siapa bangkitkan isu Syazlin sebelum ini - Zuraida
Tiada pihak yang mempertikaikan pelantikan peguam Syazlin Mansor sebelum ini dalam inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

Inkues Adib: "Perusuh panjat kereta dan pecahkan cermin guna kayu" - Saksi
Sekumpulan perusuh ketika rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 dikatakan turut menyerang kenderaan orang awam selain melakukan serangan terhadap anggota bomba.

Inkues Adib: Punca kecederaan sukar dikenal pasti - Doktor
Pakar Bedah Kardio Torasik, Dr Anand Sachithanandan, 46, memberitahu mahkamah bahawa punca kecederaan Adib sukar untuk dikenalpasti. Ini menurutnya kerana kecederaan itu tertumpu di satu bahagian.

Inkues Adib: 'Bomba pergi balik, jangan padam kebakaran!' - Saksi kedua
Pemandu Jentera Fire Rescue Tender mendedahkan sekumpulan perusuh menjerit supaya pihak bomba pulang dan tidak membenarkan apabila jentera itu memasuki kawasan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman.

Adib kini beransur pulih, sudah boleh menulis
Muhammad Adib Mohd Kassim menunjukkan peningkatan dalam aspek kesihatannya dan kini mampu berkomunikasi dengan menggunakan papan putih.