KUALA LUMPUR: Inisiatif Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat menjadi pemangkin kepada kejayaan pencapaian petunjuk prestasi utama (KPI) semua menteri di bawahnya sebelum tempoh yang disasar.
Bukan mudah bagi beliau memantau 31 menteri dengan 108 petunjuk prestasi utama (KPI) dan 140 sasaran, namun ketegasan kepimpinan yang ditonjolkan beliau dan keperibadian yang menyenangkan ramai menjadikan semua yang dirancang menjadi kenyataan.
Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan perdana menteri memberi satu kelebihan kepada Ismail Sabri dalam menarik sokongan ramai terhadap kepimpinan dan pentadbiran beliau yang berusia 100 hari pada 9 Dis ini.
Sejak konsep Keluarga Malaysia diperkenalkan, ia sentiasa meniti di bibir ramai yang menaruh keyakinan terdapat sinar di hujung terowong dalam pemulihan negara selepas ramai terkesan akibat COVID-19 yang melanda bukan sahaja Malaysia tetapi dunia.
"Paling diingati diminda rakyat ialah pentadbiran Ismail Sabri merupakan kerajaan yang membawa normalisasi kepada kehidupan mereka dengan pemberian kebenaran untuk merentas negeri pada 11 Okt setelah peratusan rakyat Malaysia dewasa yang lengkap divaksinasi telah mencapai 90 peratus.
"Bayangkanlah kelegaan dan kegembiraan rakyat yang sejak 10 Mei lagi telah tidak dapat melakukan pergerakan merentas negeri untuk balik kampung berjumpa ibu bapa dan ahli keluarga yang telah lama berpisah dan melakukan pelbagai aktiviti kehidupan lain bila Ismail Sabri membuat pengumuman ini pada 10 Okt lepas.
"Sebab itulah imej Ismail Sabri amat baik di mata rakyat kerana beliau dikaitkan dengan kejayaan program vaksinasi dengan pusat pemberian vaksin (PPV) terbesar di Pusat Dagangan Dunia di Kuala Lumpur ditutup pada 3 Okt menandakan berakhirnya usaha vaksinasi besar-besaran di negara ini dan hari sama juga negara menyaksikan rekod kali pertama sejak 12 Julai kes harian COVID-19 berada di bawah 10,000 kes," katanya.
Ternyata keputusan perdana menteri untuk meneruskan Pelan Pemulihan Negara bagi menangani COVID-19 menjadi bukti keprihatinan beliau dalam membawa keluar rakyat daripada keadaan pandemik kepada fasa endemik tidak lama lagi.
Dalam kesibukan mengurus pentadbiran negara, beliau turut berjaya mengatasi kemelut politik yang membimbangkan semua termasuk Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang sering kali bertitah mahu supaya kontroversi politik negara ditamatkan segera.
Kebolehan Ismail Sabri membawa pembangkang daripada Pakatan Harapan ke meja rundingan sehingga termeterainya memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik pada September lepas telah menyelamatkan rakyat daripada terus hidup dalam keadaan politik yang tidak menentu.
"Janji beliau untuk menurunkan suhu politik negara dengan bekerjasama dengan pembangkang menerusi MoU Transformasi dan Kestabilan Politik juga menjadi pertimbangan kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang lebih stabil ketika rakyat mula bangkit pasca COVID-19," kata Kamarul Zaman.
Malah, Pensyarah Kanan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS) UUM itu berkata percaturan politik Ismail Sabri yang menyegarkan kembali suasana politik negara telah diterjemahkan oleh rakyat Melaka semasa pilihan raya negeri itu pada 20 Nov lepas apabila mengembalikan kekuasaan Barisan Nasional (BN) dengan kemenangan besar dan secara langsung menjadikan Melaka kubu kuat BN.
Penganalisis Politik dan Geostrategis Dr Azmi Hassan pula berkata kemenangan BN itu bukan sahaja mencerminkan sokongan orang Melayu tetapi juga orang bukan Melayu yang memberi kemenangan kepada MCA dan MIC.
"Keputusan PRN Melaka yang memperlihatkan wakil MCA dan MIC menewaskan wakil DAP, saya melihatnya itu adalah penerimaan masyarakat bukan Melayu disebabkan pendekatan konsep Keluarga Malaysia hasil garapan Ismail Sabri," katanya.
Azmi berkata ternyata konsep Keluarga Malaysia turut memainkan peranan atas kemenangan itu kerana ia sesuai dengan Melaka yang penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum Melayu, Cina, India, Chitty, Portugis dan lain-lain yang pentingkan kehidupan bahagia yang pernah dikecapi sebelum Pilihan Raya Umum 2018.
Kepimpinan Ismail Sabri juga dilihat antara faktor yang menyumbang kepada kemenangan BN yang tidak seharusnya menidakkan peranan beliau yang disenangi pengundi Melaka hasil pelbagai bantuan yang disalur sepanjang COVID-19 yang menghidupkan kembali sektor ekonomi, perniagaan dan peluang pekerjaan.
Bajet 2022 yang memperuntukkan sejumlah RM8.2 bilion untuk manfaat 9.6 juta orang di bawah Bantuan Keluarga Malaysia memberi kelegaan kepada rakyat yang berterima kasih kepada perdana menteri walaupun itu adalah tugas beliau dalam memikul amanah rakyat bagi menjamin kesejahteraan mereka.
Ismail Sabri begitu prihatin terhadap keperluan rakyat dan antara buktinya adalah apabila berdepan isu terkini iaitu kenaikan harga barangan yang membuat beliau secara spontan beralih perhatian ke arah menangani masalah itu yang beliau dapat rasakan ia sesuatu yang perit ditanggung rakyat.
Sebagai pemimpin yang membawa konsep Keluarga Malaysia yang hidup bersatu padu dalam keadaan aman dan bahagia, tindakan tangkas beliau dalam menangani isu kenaikan harga barang membuktikan keseriusan beliau dalam memelihara keutuhan institusi kekeluargaan yang berbilang kaum.
Malah program Jualan Keluarga Malaysia yang diadakan secara serentak di seluruh negara ternyata meringankan beban rakyat dalam menghadapi kemelut harga barang yang akan diatasi kerajaan bermula daripada peringkat sumber dan pengeluaran bahan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 08 2021
![Inisiatif Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari pemangkin kejayaan KPI menteri Inisiatif Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari pemangkin kejayaan KPI menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41638966355_pelancaranbulankel.jpg)
Ismail Sabri ketika melancarkan bulan Keluarga Malaysia di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur, 7 Nov 2021. - Gambar fail
![Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721192211_SyedHussinDewanR.jpg)
Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat
Jelas Johari, sehingga kini, PN belum menghantar sebarang notis kepadanya bagi menarik paparan di skrin Dewan Rakyat mengenai status Syed Abu Hussin.
Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam
Orang ramai khususnya warga kota dinasihatkan agar tidak cemas jika terdengar bunyi tembakan meriam semasa memandu di sepanjang Jalan Sultan Abdul Halim pada pagi Jumaat dan Sabtu ini.
Jangan 'shoot down' idea P-turn - Menteri Kerja Raya
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi minta YB Stampin, Chong Chieng Jen tidak 'shoot down' idea P-turn di Lebuhraya Pan Borneo yang beri kemudahan kepada pengguna.
#AWANInews
#AWANInews
![Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720776307_UkraineCrisis.jpg)
Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut
Mahkamah itu dalam penghakiman memutuskan bahawa mahkamah tidak meragui sama sekali bahawa MH17 telah terkena sebutir peluru berpandu BUK yang ditembak dari padang di ladang di timur Ukraine.
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang
Menurut, Pensyarah Kanan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Dr. Safiah Omar hutang boleh menjadi alat untuk memperoleh dana yang diperlukan tetapi pergantungan yang berlebihan boleh membawa kepada masalah kewangan jangka panjang, termasuk beban hutang yang tinggi serta mendorong kepada ketidakstabilan ekonomi
![Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704603925_TBMAYBANK.jpg)
Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang
Langkah ini dilakukan dalam usaha mengekang penipuan perbankan dalam talian, serta mencegah penipuan yang cuba meningkatkan had pemindahan transaksi.
![Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721188868_HBREAKHUTANG.jpg)
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar
Negara-negara yang mempunyai hutang yang tinggi sering menghadapi kesukaran untuk membayar semula hutang.
Prabayar Siswa: KPT sambut baik pengumuman pakej rahmah
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyambut baik pengumuman Kementerian Komunikasi yang menawarkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30 dengan permulaan data minimum sebanyak 30GB untuk tempoh sah laku selama 180 hari.
![George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712139037_Beca.jpg)
George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong
George Town telah dikenali seluruh rakyat Malaysia dan dunia sekian lama, justeru tiada keperluan untuk menukar nama ibu negeri Pulau Pinang itu.
Generatif AI berpotensi besar dalam sektor kewangan negara - Pakar
Generatif AI meningkatkan kecekapan dan keselamatan sektor kewangan Malaysia melalui analisis data yang cepat dan pengesanan penipuan. Namun, menurut pakar, pelaburan dalam teknologi dan keselamatan siber adalah kunci untuk kejayaan ini.
![Inisiatif Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari pemangkin kejayaan KPI menteri Inisiatif Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari pemangkin kejayaan KPI menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41638966355_pelancaranbulankel.jpg)
Inisiatif Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari pemangkin kejayaan KPI menteri
Bukan mudah memantau 31 menteri dengan 108 KPI dan 140 sasaran, namun ketegasan kepimpinan yang ditonjolkannya menyenangkan ramai pihak dan menjadikan semua yang dirancang menjadi kenyataan.