Ini kerana mereka adalah kumpulan paling berisiko terhadap sebarang bentuk kejutan ekonomi.
Itu antara rumusan laporan Families on the Edge - Siri Ogos 2020 yang dikeluarkan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Dana Populasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFPA).
Kajian itu melibatkan 500 ketua isi rumah serta temu bual dengan 30 responden yang majoritinya adalah wanita yang menjadi ketua keluarga.
Ini fakta penting dan rumusan dapatan kajian tersebut:
1) Keluarga berpendapatan rendah di Kuala Lumpur terjejas teruk akibat krisis COVID-19, sama ada dibuang kerja, jam kerja dipotong dan berdepan pelbagai cabaran dalam mendapatkan perkhidmatan sosial seperti kesihatan dan pendidikan di rumah.
- 25% ketua isi rumah menganggur, berbanding 5.3% pada Mei 2020
- 31% berdepan potongan waktu bekerja
- 30% sukar dapatkan perkhidmatan kesihatan semasa PKP
- 17% akui simpanan mereka hanya dapat bertahan selama satu bulan
- 52% ketua isi rumah tidak dilindungi KWSP atau PERKESO
- 8% jumlah anggota isi rumah mempunyai individu cacat, penyakit kronik
- 32% ketua isi rumah wanita menganggur
- 57% tidak mempunyai perlindungan sosial pekerjaan
- 52% menggunakan lebih banyak telur
- 40% menggunakan lebih banyak mi segera
- 21% tidak terlibat dalam pembelajaran dalam talian dari rumah
- 42% tidak mempunyai peralatan e-pembelajaran
- 55% akui BPN bantuan paling bermanfaat semasa PKP
- Isi rumah tidak dapat bantuan kerajaan disebabkan hilang kelayakkan kerana pendaftaran SSM, masalah logistik
- Berkongsi penjagaan isi rumah
- Menjual barang berharga / emas untuk menyara diri