KUALA LUMPUR: Buat pertama kalinya sejak 2012, Malaysia dikelompokkan antara dua pertiga negara dengan skor di bawah 50 daripada 100, hanya skor 48 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia bagi tahun 2021.
Skor yang rendah itu juga menjadikan kedudukan Malaysia dalam CPI 2021 jatuh ke kedudukan 62 berbanding tangga ke 57 pada 2020.
BACA: Indeks Persepsi Rasuah: Malaysia jatuh lagi, kali ini dari 57 ke tangga 62 pada 2021
Dalam analisis terhadap keputusan terbaharu itu, Transparency International-Malaysia (TI-M) menyenaraikan beberapa faktor dipercayai menjadi punca kepada kemerosotan itu:
1. Tindakan yang sangat terhad daripada kerajaan dalam membendung aktiviti rasuah politik dan mengukuhkan Hak Asasi Manusia di Malaysia.
Sebagai contoh, Akta Pembiayaan Politik yang dijadualkan akan dibentang di Parlimen oleh dua kerajaan sebelum ini masih belum terlaksana.
Juga, draf Rang Undang-undang IPCMC telah ‘dilonggarkan’ kepada versi yang tidak efektif, dan dijenamakan semula sebagai Rang Undang-undang IPCC.
Yang tragisnya, kes-kes kematian dalam tahanan masih berlaku di lokap polis walaupun selepas RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) dijalankan pada tahun 2015.
2. Kurang kehendak dalam memperbaharui SPRM menjadi institusi anti-rasuah yang benar-benar bebas dan berada di bawah tanggungjawab Parlimen.
3. Tafsiran yang terlalu longgar terhadap Akta Rahsia Rasmi yang membawa kepada kurangnya ketelusan dalam hal berkepentingan awam seperti kontrak rundingan secara langsung.
4. ‘Melepaskan Tanpa Membebaskan’ sesetengah individu yang didakwa dalam kes berprofil tinggi.
Ia memberikan persepsi negatif tentang perjalanan proses undang-undang di Malaysia. Penjelasan yang lebih jelas daripada Jabatan Peguam Negara adalah penting dalam mengurangkan persepsi sedemikian.
5. Kemajuan yang terhad dalam kemaskini awam mengenai kes berprofil tinggi seperti kes pemerdagangan manusia di Wang Kelian, Skandal Air Sabah dan Kapal Tempur Littoral yang masih tergantung dan tiada khabar selanjutnya.
6. Kekurangan hasil yang boleh diukur dilihat daripada NACP (Pelan Anti-Rasuah Nasional) yang merupakan dokumen komprehensif dengan inisiatif dan sasaran yang jelas.
TI-Malaysia menyeru agar Ketua Setiausaha Negara diberi kuasa untuk memimpin usaha pelaksanaan dan dipertanggungjawabkan dalam memastikan segalanya berjalan lancar.
Namun, malang sekali kemajuan amat terhad dalam hal ini.
7. Penggantungan Parlimen dalam tempoh PKP (perintah kawalan pergerakan) menyebabkan pakej rangsangan ekonomi yang besar jumlahnya telah diteruskan tanpa perbahasan dan penelitian parlimen.
8. Laporan negatif berterusan mengenai salah laku dan tadbir urus yang lemah pegawai kerajaan dalam laporan Ketua Audit Negara yang kelihatan berulang-ulang namun tidak diambil tindakan tatatertib.
Sudah tiba masanya untuk penggubal undang-undang dari kedua-dua pecahan parti politik untuk menyokong tambahan dalam peruntukan Akta SPRM untuk "Salah Laku Penjawat Awam" untuk memastikan pegawai kerajaan bertanggungjawab atas tindakan dan keputusan mereka.
Ridauddin Daud
Tue Jan 25 2022
![Ini lapan faktor penyumbang kemerosotan Malaysia dalam CPI 2021 Ini lapan faktor penyumbang kemerosotan Malaysia dalam CPI 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/81593581341_Rasuah.jpg)
Buat pertama kalinya sejak 2012, Malaysia dikelompokkan antara dua pertiga negara dengan skor di bawah 50 daripada 100, hanya skor 48 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia bagi tahun 2021.
![Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710219915_BazarRamadan.jpg)
Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram
Kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berniaga secara haram di 244 bazar Ramadan di Selangor.
![MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739364988_Masis.jpg)
MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura
MASIS menyasarkan peningkatan jumlah keahlian tahun ini bagi membina rangkaian rakyat Malaysia yang lebih kukuh dan pelbagai di Singapura.
![MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714149308_TBMohdKhalidHarun.jpg)
MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia
MATA memperkenalkan IVT, platform inovatif perintis yang mengubah cara ejen pelancongan dan pelanggan berinteraksi dalam masa nyata.
![Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738552691_TBbanjir.jpg)
Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.
![Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739361007_NikNazmiPameranT.jpg)
Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna.
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
![SPRM seru kerjasama semua pihak tingkatkan skor Indeks Persepsi Rasuah SPRM seru kerjasama semua pihak tingkatkan skor Indeks Persepsi Rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51641920577_SPRM.jpg)
SPRM seru kerjasama semua pihak tingkatkan skor Indeks Persepsi Rasuah
SPRM dalam masa sama akan mengkaji hasil penemuan TI-M berkaitan skor CPI 2021 dan memberi cadangan dalam masa terdekat.
![Ini lapan faktor penyumbang kemerosotan Malaysia dalam CPI 2021 Ini lapan faktor penyumbang kemerosotan Malaysia dalam CPI 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/81593581341_Rasuah.jpg)
Ini lapan faktor penyumbang kemerosotan Malaysia dalam CPI 2021
Dalam analisis terhadap keputusan terbaharu itu, Transparency International-Malaysia (TI-M) menyenaraikan beberapa faktor punca kepada kemerosotan itu.
![Indeks Persepsi Rasuah: Malaysia jatuh lagi, kali ini dari 57 ke tangga 62 pada 2021 Indeks Persepsi Rasuah: Malaysia jatuh lagi, kali ini dari 57 ke tangga 62 pada 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41643086803_TBMalaysia.jpg)
Indeks Persepsi Rasuah: Malaysia jatuh lagi, kali ini dari 57 ke tangga 62 pada 2021
Daripada 180 negara, Malaysia mencatatkan skor 48 daripada 100, lebih rendah berbanding skor sebanyak 51 peratus pada tahun sebelumnya.