Dalam kita menyambut peningkatan baik keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017, jangan kita lupa kepada pelajar yang gagal mendapat keputusan yang baik.
Hakikatnya, belia merupakan aset negara dan mereka perlu diberi segala peluang yang ada bagi membina karier mengikut kebolehan masing-masing agar tenaga muda yang ada tidak persia-siakan.
Mungkin sukar untuk mereka mendapat tempat di universiti awam mahupun swasta, namun ia bukan pengakhiran dalam hidup.
Jika anda buntu mencari jalan kerana tidak mendapat tawaran universiti, asasi, mahupun kolej matrikulasi, jangan risau kerana masih banyak jalan untuk melangkah ke hadapan!
1) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
STPM menawarkan dua aliran iaitu kesusasteraan dan sains. Calon boleh memilih aliran yang sesuai dengan kehendak sebagai satu persediaan sebelum melangkah ke universiti.
Tempoh pengajiannya hanya satu tahun setengah dan calon berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda.
Kaedah pengajiannya juga bukan intensif peperiksaan sebaliknya lebih berorientasikan tugasan. Ini membolehkan pelajar fokus kepada peperiksaan sebenar.
2) Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
Jika anda berminat dalam bidang pengajian agama Islam, STAM menawarkan pelbagai subjek yang fokus terhadap Pengajian Islam seperti Bahasa Arab, Fekah, Hadis, dan Kesusasteraan Arab.
Jangan pandang sebelah mata kerana calon yang berjaya dalam STAM, anda mempunyai peluang cerah untuk sambung pengajian ke luar negara!
3) Politeknik
Pembelajaran di dalam kelas yang fokus terhadap teori mungkin membosankan bagi seseorang.
Jika anda berminat pembelajaran yang banyak melakukan tugasan teknikal, politeknik merupakan satu jalan yang amat sesuai
Di politeknik, pelbagai kursus diploma ditawarkan dengan fokus kepada kemahiran seperti kejuruteraan, perakaunan, perekaan, perhotelan, dan pelbagai lagi.
Graduan-graduan politeknik sering menjadi rebutan pemain industri kerana mereka mempunyai kebolehan daripada segi kemahiran.
4) Sijil Kemahiran
Selain itu, anda boleh mempelajari pelbagai ilmu kemahiran peringkat sijil di institusi-institusi kemahiran.
Sebagai contoh Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Mara (IKM), Akademi Binaan Negara (ABN), Kolej Komuniti dan banyak lagi menawarkan pelbagai sijil kemahiran.
Sijil kemahiran seperti masakan, teknologi pembuatan, pengkomputeran, pembinaan, malah perpaipan ditawarkan memenuhi keperluan industri semasa.
Dengan sijil ini, anda berpotensi melangkah ke peringkat diploma atau anda juga layak bekerja di dalam industri.
Apa pun, kejayaan tidak datang dengan mudah asalkan anda tahu mencari jalan yang sesuai dan bersikap optimis.
Bagi pelajar lepasan SPM 2017 yang gagal beroleh keputusan yang diharapkan, jangan putus asa dan inilah masa untuk anda bangkit!
Zaim Ibrahim
Thu Mar 15 2018
!['Ini antara alternatif buat anda selepas SPM' 'Ini antara alternatif buat anda selepas SPM'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/71521115502_IPT.jpg)
Walaupun gagal meraih keputusan SPM yang baik, anda perlu bersikap optimis dan tidak berputus asa untuk terus menggapai impian. -Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Matrikulasi: Kerajaan jamin kuota Bumiputera dikekalkan - PM Matrikulasi: Kerajaan jamin kuota Bumiputera dikekalkan - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719800433_AnwarIbrahim.jpg)
Matrikulasi: Kerajaan jamin kuota Bumiputera dikekalkan - PM
Kuota itu harus kekal kerana keputusan tersebut telah lama dibuat dan dikaitkan dengan prinsip Perlembagaan Perkara 153.
![Jaminan kemasukan matrikulasi wajar, pengiktirafan kepada pelajar cemerlang - Pakar Jaminan kemasukan matrikulasi wajar, pengiktirafan kepada pelajar cemerlang - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719786481_Pelajar.jpg)
Jaminan kemasukan matrikulasi wajar, pengiktirafan kepada pelajar cemerlang - Pakar
Ia adalah langkah perlu dalam usaha memperkasakan sektor pendidikan negara, sekali gus mengiktiraf pencapaian cemerlang anak-anak Malaysia.
![UTM lonjak 76 anak tangga dalam ranking universiti Asia UTM lonjak 76 anak tangga dalam ranking universiti Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41619931419_UTM.jpg)
UTM lonjak 76 anak tangga dalam ranking universiti Asia
UTM berada pada kedudukan ke-85 tahun ini berbanding ke-161 tahun sebelumnya dalam Ranking Universiti Asia Times Higher Education 2024.
![Sukan Asia: Skuad paling cemerlang, bawa pulang tiga pingat emas - SRAM Sukan Asia: Skuad paling cemerlang, bawa pulang tiga pingat emas - SRAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696591494_TBPemainskuasy.jpg)
Sukan Asia: Skuad paling cemerlang, bawa pulang tiga pingat emas - SRAM
Prestasi itu hampir mengulangi pencapaian pasukan skuasy negara pada temasya edisi 2010 di di Guangzhou, China.
![PRN: Pencapaian terbaik PN di enam negeri - Sanusi PRN: Pencapaian terbaik PN di enam negeri - Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691906939_TBSanusiPRNPN.jpg)
PRN: Pencapaian terbaik PN di enam negeri - Sanusi
Pencapaian Perikatan Nasional (PN) di enam negeri pada pilihan raya negeri (PRN) menunjukkan prestasi yang baik.
![Kejutan Tze Yong di Terbuka Australia Kejutan Tze Yong di Terbuka Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691053295_TBNgTzeYong.jpg)
Kejutan Tze Yong di Terbuka Australia
Ng Tze Yong melakar sensasi apabila menyingkirkan pemain nombor lima dunia, Jonatan Christie dari Indonesia dalam pusingan kedua Terbuka Australia pada Khamis.
![Terbuka Denmark: Aaron-Wooi Yik teruskan rentak cemerlang mara ke suku akhir Terbuka Denmark: Aaron-Wooi Yik teruskan rentak cemerlang mara ke suku akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41666300018_DenmarkOpen.jpg)
Terbuka Denmark: Aaron-Wooi Yik teruskan rentak cemerlang mara ke suku akhir
Gandingan nombor satu negara itu hanya mengambil masa 31 minit mengenepikan pasangan Perancis Lucas Corvee-Ronan Labar, 21-13, 21-18.
![KPWKM, KPLB sedia peluang pendidikan untuk kanak-kanak JKM cemerlang KPWKM, KPLB sedia peluang pendidikan untuk kanak-kanak JKM cemerlang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41627540836_Study.jpg)
KPWKM, KPLB sedia peluang pendidikan untuk kanak-kanak JKM cemerlang
KPWKM dalam kenyataan berkata perkara itu dipersetujui dalam perbincangan kedua-dua kementerian berkenaan pada 8 Julai lepas.
![137 pelajar Darjah Khas Agama Johor cemerlang, peroleh tujuh agregat 137 pelajar Darjah Khas Agama Johor cemerlang, peroleh tujuh agregat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71656329336_TBFARED.jpg)
137 pelajar Darjah Khas Agama Johor cemerlang, peroleh tujuh agregat
Seramai 137 calon Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) 2021 dari Sekolah Agama Kerajaan Johor memperoleh keputusan cemerlang dengan tujuh agregat, berbanding hanya 66 orang pada tahun sebelumnya.
![UTP cemerlang semua subjek dalam QS World University Rankings UTP cemerlang semua subjek dalam QS World University Rankings](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649391543_UTP.jpg)
UTP cemerlang semua subjek dalam QS World University Rankings
Mata pelajaran itu ialah Kejuruteraan dan Teknologi, Sains Semula Jadi serta Sains Sosial dan Pengurusan.