Lari dari pusat kuarantin antara kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang direkodkan semalam(Isnin).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan media hari ini memaklumkan ia antara kesalahan yang dilakukan 72 individu semalam.

Berikut fakta penting kenyataan Ismail Sabri hari ini:-

1. 72 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan PKP semalam

2. Lari dari pusat kuarantin antara kesalahan ingkar PKP

3. 26 individu ditahan semalam menerusi Op Benteng

4. 24,961 individu telah pulang ke Malaysia sejak 24 Julai lalu

5. KPDNHEP beri nasihat kepada 142 premis, 2 lagi diberi amaran