LAPORAN Ketua Audit Negara bagi tahun 2014 turut merangkumi aspek pelaksanaan aktiviti kementerian dan Jabatan Kerajaan Persekutuan.

Bagi pengurusan hartanah dan pengurusan kuarters kakitangan awam, pengauditan yang dijalankan antara Januari hingga Mei 2015 adalah memuaskan.

Namun terdapat beberapa kelemahan seperti terdapat 575 unit kuarters yang selesai diselenggara namun tidak ditawarkan segera, jumlah potongan masih belum dibuat terhadap penghuni kuarters dan hal-hal tunggakan sewa melibatkan nilai lebih RM3.5 juta.

Kuarters kerajaan