Penduduk di Terengganu tidak perlu panik dengan jangkitan influenza di negeri ini kerana ia masih dalam keadaan terkawal.
Demikian jaminan diberikan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak.
Menurutnya, bilangan kes jangkitan yang direkodkan di Terengganu adalah kecil berbanding negeri lain.
Setakat ini, kata Alias, Terengganu tidak berdepan dengan masalah kekurangan bekalan dos vaksin penyakit tersebut kerana ia masih boleh didapati di klinik swasta, klinik kesihatan dan hospital utama negeri ini.
“Kes influenza ini dalam keadaan terkawal, kes tidak banyak mana dan semua dalam keadaan tidak membimbangkan,” katanya.
Pada masa sama, beliau menjelaskan bahawa vaksin influenza sebenarnya hanya perlu diberi kepada golongan tertentu, iaitu golongan kanak-kanak bawah lima tahun dan kakitangan kesihatan yang berhadapan dengan pesakit.
Justeru, orang ramai tidak perlu panik dan tergesa-gesa mendapatkan suntikan vaksin influenza kerana tidak semua memerlukannya.
Sementara itu, Alias turut meminta Kementerian Kesihatan meneliti semula arahan kepada Jabatan Kesihatan dan kerajaan negeri supaya tidak mendedahkan data berkaitan kes jangkitan influenza kepada orang ramai.
Jelasnya, ia bagi mengelak tercetusnya spekulasi tentang keadaan jangkitan di sesuatu tempat yang boleh menjurus kepada situasi panik.
Astro Awani
Sat Jan 18 2020
Alias meminta Kementerian Kesihatan meneliti semula arahan kepada pihak Jabatan Kesihatan dan Kerajaan Negeri untuk tidak mendedahkan data berkaitan kes jangkitan influenza kepada orang ramai. - Astro AWANI
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Polis kesan mangsa hilang menggunakan kaedah DNA
Setakat ini, sebanyak 199 autopsi dilakukan dan 54 mayat masih belum dikenal pasti.
KPDN bakal perkenalkan CMO tahun hadapan
Menterinya Datuk Seri Armizan Mohd Ali berkata ini kerana KPDN dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah menerima pelbagai aduan antaranya berkaitan agihan royalti yang disifatkan terlalu rendah.
Anjur konsert tanpa permit, IPTA dikompaun RM25,000
Perkara itu disahkan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Dr Alias Razak.
8 sampel makanan bazar Ramadan di Terengganu tercemar
Sebanyak 222 notis kompaun dengan nilai RM24,800 telah dikeluarkan pihak JKNT hasil 3,431 pemeriksaan yang dijalankan di 57 bazar Ramadan melibatkan 4,102 peniaga.
Perabot antara lebih 5,000 tan sampah dibuang dalam banjir di Terengganu
Jumlah sampah yang dibuang di negeri ini dijangka meningkat pada Ramadan nanti susulan penggunaan pembungkus makanan di bazar dan pembaziran makanan oleh orang ramai.
Penduduk Pulau Perhentian, Redang dijangka terima suntikan vaksin satu dos
Vaksin satu dos dilihat lebih bertepatan untuk disuntik kepada penduduk yang tinggal di kawasan tersebut.
Rawatan wad kelas tiga percuma buat rakyat Terengganu bulan depan
Rakyat Terengganu akan mendapat rawatan perubatan wad kelas tiga secara percuma di semua hospital kerajaan di negeri ini bermula Julai ini.
Puding buih: Bukan salah telur
Tidak semua makanan memerlukan penandaan tarikh luput khususnya makanan segar termasuklah telur.
Terengganu kaji SOP peniaga pasar malam sesuai norma baharu
Kerajaan Terengganu sedang mengkaji prosedur operasi standard (SOP) bagi membolehkan para peniaga pasar malam, pasar minggu dan pasar tani beroperasi seperti biasa.
Keracunan puding buih berpunca telur tamat tempoh - Exco Terengganu
Dr Alias Razak berkata kesilapan peniaga tersebut kerana menggunakan telur yang sudah lebih dua minggu dari tarikh luputnya.
Influenza: Jangan panik, Terengganu terkawal - Exco
Terengganu tidak berdepan dengan masalah kekurangan bekalan dos vaksin penyakit tersebut kerana ia masih boleh didapati di klinik swasta, klinik kesihatan dan hospital utama negeri ini.
Peniaga Pasar Payang dibenar tangguh pindah selepas Aidilfitri
Ia berikutan rayuan yang dikemukakan peniaga terbabit untuk memberi mereka sedikit ruang sehingga selesai sambutan Hari Raya Aidilfitri.