IPOH: Projek pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS) di Lumut yang ditangguhkan sejak Disember 2019 jika dibatalkan akan memberi isyarat bahawa industri pertahanan tempatan termasuk vendor tiada kemampuan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, ini kerana ia akan menyebabkan kekurangan penglibatan vendor tempatan dalam rantaian nilai pembinaan kapal untuk mewujudkan kesan berganda terhadap ekonomi negara.
"Terdapat lebih 400 vendor tempatan terlibat dalam projek LCS malah kebanyakannya merupakan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Sekiranya projek ini dibatalkan, bukan sahaja mereka akan hilang pekerjaan malah vendor tempatan yang terlibat akan dibebani kos sebanyak RM3.7 bilion," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata situasi itu tidak sepatutnya dihadapi vendor tempatan terutama semasa negara masih dalam proses pemulihan akibat COVID-19.
"Hilang pekerjaan di saat ini akan menambah lagi cabaran dalam kehidupan seharian mereka dan ahli keluarga. Inilah kesan rantaian yang mesti dielak," katanya.
Ditanya sama ada sektor industri pertahanan seperti di Lumut akan terkesan terutama dari segi peluang pekerjaan dan rantaian bekalan untuk projek seperti itu, beliau berkata apabila sesuatu projek dilaksanakan, ia secara tidak langsung mencipta peluang pekerjaan.
"Sekiranya dibatalkan, sudah semestinya ia akan menyebabkan tidak balas rantaian kepada keseluruhan ekosistem termasuk menutup peluang pekerjaan untuk semua vendor tempatan ini," katanya.
Dilaporkan pada Disember 2020, Kementerian Pertahanan telah menjalankan siasatan secara mendalam mengenai kegagalan anak syarikat Boustead Holdings Bhd iaitu Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) membekalkan enam LCS bernilai RM9 bilion kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Menteri Kanan Pertahanan ketika itu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian juga sudah melaksanakan siasatan melalui semakan ke atas klausa kontrak berkaitan isu kelewatan yang dialami dalam perolehan LCS tersebut.
Ismail Sabri dilaporkan berkata hasil siasatan itu membawa kepada pengeluaran Notis Tuntutan Ganti Rugi Tetap (LAD) berjumlah RM180 juta yang menyaksikan sebanyak RM80.6 juta berjaya dipungut secara set-off daripada BNS pada Oktober 2020.
Mengikut perancangan asal, dua daripada enam LCS sepatutnya sudah diterima namun sehingga 31 Julai 2020, belum ada satu kapal yang disiapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 26 2022
Zambry berkata, terdapat lebih 400 vendor tempatan terlibat dalam projek LCS malah kebanyakannya merupakan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM). - Bernama
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Empat lelaki didakwa rompak jongkong emas RM710,000
Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Jumaat, atas pertuduhan merompak jongkong emak bernilai RM710,000, awal bulan lalu.
Tiga penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di LPT2
Tiga lelaki dipercayai peserta program EX5 Members 4.0 maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kemaman hari ini.
Rakyat tidak perlu khuatir keupayaan ATM tangani isu di Laut China Selatan - Penganalisis
Rakyat Malaysia tidak perlu khuatir dengan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menangani konflik sempadan di perairan Laut China Selatan.
KD Pendekar karam: Mindef tunggu laporan penuh - Khaled
Mindef sedang menunggu laporan penuh insiden kapal KD Pendekar milik TLDM yang tenggelam di Tenggara Tanjung Penyusop, di Kota Tinggi semalam.
Perhimpunan LCS: Setiausaha Agung MUDA dibenar rujuk persoalan berkaitan Akta Perhimpunan Aman 2012
Mahkamah Persekutuan akan tentukan keabsahan peruntukan Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman berkait pertuduhan ke atas Setiausaha Agung Muda.
Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS gagal batal tuduhan pecah amanah RM21 juta
Ahmad Ramli gagal dalam permohonannya untuk membatalkan tiga pertuduhan pecah amanah dana syarikat berkaitan projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
LKAN: Proses perolehan LCS merujuk pembinaan terdahulu - Mohamed Khaled
Laporan Ketua Audit Negara berhubung proses pelaksanaan perolehan LCS yang dikatakan berada pada tahap rendah adalah merujuk kepada status pembinaan terdahulu.
Status kemajuan LCS 1 kini 75 peratus, LCS 2 pula 64.66 peratus - Khaled
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, status tersebut merupakan yang terkini dilaporkan pada beliau, iaitu sehingga Mei 2024.
Kapal LCS pertama berjaya diluncurkan ke air
Kapal Tempur Pesisir (LCS) pertama telah berjaya diluncurkan ke permukaan air di Lumut Naval Shipyard (Lunas) pada 23 Mei lalu.
Penjualan kepentingan BHIC dalam syarikat kontraktor LCS kini bertukar menjadi 'tanpa syarat'
Dengan kelulusan pemegang saham, semua syarat terdahulu seperti yang dinyatakan dalam SSA telah dipenuhi, kata BHIC.
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Perolehan kumpulan kedua tiga LMS dijangka dimuktamadkan tahun ini - Khaled
Mohamed Khaled berkata pembinaan LMS dijangka mengambil masa tiga tahun selepas proses perolehan tersebut selesai.