Industri media di negara ini dilihat 'tidak akan mati' sekiranya agensi tersebut mengubah cara berbelanja dalam menentukan kandungan mereka bagi mendepani era digital.
Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong berkata ini kerana masih wujud golongan masyarakat yang sanggup berbelanja untuk mendapatkan berita sahih daripada media arus perdana yang mana peluang tersebut harus dimanfaat sebaik-baiknya oleh organisasi tersebut.
"Dengan kewujudan berita-berita palsu masa kini, (sebenarnya) masih ada pembaca yang setia untuk membayar (melanggan berita daripada media arus perdana) demi mendapatkan berita sahih.
"Disebabkan itu, cara berbelanja untuk menentukan kandungan industri ini perlu diubah kerana saya melihat syarikat-syarikat media mampu terus kekal sama ada dalam bentuk media cetak ataupun atas talian," katanya semasa menjadi panelis pada forum bertajuk 'Kelangsungan Media Cetak: Mengapa Dilayar Jika Boleh Dicetak' anjuran Persatuan Alumni Komunikasi Massa Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini, pada Khamis.
Turut menjadi panelis pada forum berkenaan ialah Penasihat Komunikasi dan Media kepada Perdana Menteri, Datuk Abdul Kadir Jasin; Penasihat kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Khalid Jaafar dan Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan dengan moderator, juruperunding pemasaran, Prof Abdul Hamid Mohamed.
Tambah Liew, dengan perubahan zaman masa kini khususnya revolusi masyarakat Melayu yang bukan lagi 'orang kampung', beliau menyifatkan setakat ini, tiada agensi media mampu memenuhi 'keperluan' pembacaan mengenai isu semasa golongan berkenaan.
"(Sebelum ini) Kita ingat orang Melayu adalah orang kampung tapi sebenarnya ada orang Melayu yang 'English educated' dan membaca akhbar berbahasa Inggeris. (Namun kini) Kita ada orang Melayu yang bukan orang kampung dan bukan 'English educated'.
"Saya yakin, dalam hal ini, tiada agensi media yang mampu memenuhi pembacaan golongan tersebut. Ini yang perlu kita lihat semula," katanya.
Dalam pada itu, Shahril Sufian pula berpendapat, dunia media cetak masa kini mengalami perubahan dan semua pihak harus menerima realiti bahawa tiada mana-mana agensi berkaitan mampu meraih pendapatan tanpa jualan kandungan digital.
Mengambil contoh beberapa akhbar luar negara, beliau menyatakan yang mereka juga sedang mengadaptasi perubahan ke era digital dengan mengenakan bayaran ke atas kandungan dalam talian demi menampung pendapatan apabila cetakan akhbarnya tidak mendatangkan keuntungan.
Katanya, bagi memacu perkembangan media cetak di negara ini supaya selari dengan perkembangan era digital, agensi media seharusnya dilihat sebagai 'bebas' dan mewakili suara pembaca, bukan untuk mempromosi agenda tertentu.
"Pada masa kini, kelangsungan media cetak selaku satu entiti perniagaan sukar diteruskan apabila bercakap soal pemilikan. Bila ada pemilikan, sudah tentu ada berkaitan kebebasan di pihak editorial.
"Jika kandungan editorial dilihat tidak mewakili suara rakyat sebenar dan sangat jelas mempromosi sesuatu agenda, maka sudah tentu perkara itu akan menyebabkan orang tidak lagi mahu membaca, sama ada digital mahupun cetakan.
"Disebabkan itu, kandungan anda (agensi media) perlu dilihat bebas dan mewakili suara pembaca. Selain itu, perlulah terima realiti yang walaupun kandungannya bagus, kena juga ada langganan digital," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 17 2019
![Industri media 'tidak akan mati' jika ubah kandungan bagi depani era digital Industri media 'tidak akan mati' jika ubah kandungan bagi depani era digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/81476790034_MediaGeneric.jpg)
Cara menentukan kandungan perlu diubah demi memastikan fungsi media terus kekal. - Gambar hiasan
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Harta intelek: Malaysia sertai pangkalan data WIPO Alert - Armizan Harta intelek: Malaysia sertai pangkalan data WIPO Alert - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720581729_TBArmizanjpg.jpg)
Harta intelek: Malaysia sertai pangkalan data WIPO Alert - Armizan
Malaysia hari ini menyertai platform perkongsian data WIPO Alert ke arah memperkasakan penguatkuasaan harta intelek negara dalam era digital.
![Industri akhbar kekal relevan dalam era digital - Ketua Pengarang Industri akhbar kekal relevan dalam era digital - Ketua Pengarang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61675760548_lichongangkui.jpg)
Industri akhbar kekal relevan dalam era digital - Ketua Pengarang
Berdasarkan penyelidikan global dan penemuan umum, akhbar kekal menjadi rujukan kepada fakta, menjamin kebenaran dan ketepatan.
![Penggunaan Internet dalam kalangan remaja membimbangkan - MCPF Penggunaan Internet dalam kalangan remaja membimbangkan - MCPF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/51456055900_GadgetAddiction.jpg)
Penggunaan Internet dalam kalangan remaja membimbangkan - MCPF
Kajian SKMM pada tahun lepas menunjukkan golongan belia terjebak dengan permasalahan era digital yang dikenali sebagai 'digital drug'.
![Industri media 'tidak akan mati' jika ubah kandungan bagi depani era digital Industri media 'tidak akan mati' jika ubah kandungan bagi depani era digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/81476790034_MediaGeneric.jpg)
Industri media 'tidak akan mati' jika ubah kandungan bagi depani era digital
Masih wujud golongan masyarakat yang sanggup berbelanja untuk mendapatkan berita sahih daripada media arus perdana.
!['Wa', 'Lu', 'kencing', 'Bro' dan tersalah emoticon: Cabaran kesantunan dalam media sosial 'Wa', 'Lu', 'kencing', 'Bro' dan tersalah emoticon: Cabaran kesantunan dalam media sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/41548649884_Sosialmedia.jpg)
'Wa', 'Lu', 'kencing', 'Bro' dan tersalah emoticon: Cabaran kesantunan dalam media sosial
Bahasa berlapis atau berlapik adalah untuk menjaga perasaan orang yang dilawan bicaranya dan menghormati peribadi orang lain.
![Akhbar Tamil Nesan akan ditutup pada 1 Februari Akhbar Tamil Nesan akan ditutup pada 1 Februari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/61548691681_TamilNesan.jpg)
Akhbar Tamil Nesan akan ditutup pada 1 Februari
Pengarah Urusan Tamil Nesan Datuk Seri S Velpaari mengesahkan akhbar itu yang mula beroperasi pada tahun 1924 akan ditutup.
![#mydigitalmaker Fair 2018: Didik gaya hidup lestari #mydigitalmaker Fair 2018: Didik gaya hidup lestari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/41536815756_MDEC.jpg)
#mydigitalmaker Fair 2018: Didik gaya hidup lestari
Kementerian Pendidikan Malaysia bersama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) tampil menganjurkan #mydigitalmaker Fair 2018.
![Google tawar kemajuan digital untuk wartawan Malaysia Google tawar kemajuan digital untuk wartawan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/71497844310_Google.jpg)
Google tawar kemajuan digital untuk wartawan Malaysia
Wartawan di Malaysia dan pengamal media dialu-alukan untuk menyertai bengkel latihan di bawah Inisiatif Berita Google.
![Penggunaan kad debit di sekolah akan diperluas - Mahdzir Penggunaan kad debit di sekolah akan diperluas - Mahdzir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/61444571400_MAHDZIRKHALID.jpg)
Penggunaan kad debit di sekolah akan diperluas - Mahdzir
Kementerian akan melaksanakan aplikasi digital itu mengikut kemampuan sekolah terutamanya sekolah di luar bandar.
![Rakyat Sarawak diseru sokong usaha transformasi ekonomi negeri Rakyat Sarawak diseru sokong usaha transformasi ekonomi negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/81507393497_LanBerambeh.jpg)
Rakyat Sarawak diseru sokong usaha transformasi ekonomi negeri
Rakyat Sarawak diseru menyokong usaha kerajaan untuk melakukan transformasi ke atas ekonomi negeri bagi memastikan impian untuk menjadi negeri paling maju di Malaysia menjelang 2030 berjaya dicapai.