KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Landskap Negara menyasarkan sumbangan industri landskap sebanyak 3.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2035.
Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara, Mansor Mohamad berkata, sasaran itu bakal disusuli dengan beberapa pelan tindakan melalui Blue Print Industry Landscape.
"Industri landskap telah menyumbangkan hampir RM27 bilion atau 1.7 peratus daripada KDNK negara di bawah Malaysia Standard Industry Classification (MSIC) dan Jabatan Perangkaan.
"Jumlah itu signifikan dan selepas pandemik, industri ini berkembang sebanyak 15 peratus," katanya pada program Ruang Bicara terbitan Bernama TV semalam.
Sementara itu, bersempena dengan Hari Landskap Negara (HLN) 2024 yang bermula hari ini hingga 2 Jun, Mansor berkata, program berkenaan akan menjadi platform penggiat industri landskap mempromosikan dan memasarkan produk-produk mereka.
"Bagi industri landskap, kita mempunyai 150 reruai pameran. Dalam 10 hari itu, saya percaya akan ada padanan perniagaan yang akan terjalin seperti pertukaran peluang perniagaan selain penganjuran pelbagai forum dan dialog selama dua hari," katanya.
Dalam pada itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam, Cheremi Tarman dalam program sama berkata, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat merasmikan Sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2024 di Taman Tasik Shah Alam, Selangor.
"Kita menyediakan 2,000 pokok hiasan landskap, pokok buah-buahan seperti kelapa. Kita mengedarkan secara percuma kepada pengunjung yang hadir bagi menarik mereka datang selain bagi mewujudkan kesedaran berkenaan landskap," katanya.
Cheremi berkata antara program yang akan berlangsung ialah Anugerah Landskap Negara 2024, Green Urban Forum, Speakers' Corner, Fun Run, Mini Orchid Show dan Pertunjukan Bomba. - BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2024
Mansor berkata, Hari Landskap Negara 2024 yang bermula hari ini hingga 2 Jun akan menjadi platform penggiat industri landskap mempromosikan dan memasarkan produk-produk mereka. - Foto Bernama
Bukan Rumah Mampu Tengok, PRR bakal dilancar tahun depan - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025, sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia.
Anggota kesihatan diingat lapor kesan advers ubat - KKM
Anggota kesihatan diingatkan supaya membuat laporan mengenai sebarang kesan advers ubat-ubatan bagi menjamin keselamatan pengguna.
Permaisuri Britain Camilla alami jangkitan di dada, tarik diri daripada acara awam
Permaisuri Camilla telah menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
KPKT perhebat usaha bangunkan industri landskap negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memperhebat usaha membangunkan industri landskap pada tahun ini.
Industri landskap sasar sumbang 3.5 peratus KDNK menjelang 2035
Sasaran itu bakal disusuli dengan beberapa pelan tindakan melalui Blue Print Industry Landscape.