Malaysia sentiasa menganggap Indonesia sebagai negara sahabat paling akrab dan sering mahu bersama dalam membela nasib umat Islam di seluruh dunia.
Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata atas perasaan sahabat itulah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyebut nama presiden Indonesia Joko Widodo semasa berucap pada Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya di Kuala Lumpur pada 4 Dis lepas.
Katanya nama Jokowi disebut secara spontan oleh perdana menteri disebabkan beliau mempunyai hubungan yang akrab dengan presiden itu dan mahu mengajak pemimpin republik itu bersama-sama membela nasib etnik Rohingya.
Zahrian berkata demikian di sini hari ini sebagai mengulas laporan beberapa media Indonesia yang mendakwa Najib dalam ucapannya itu telah menyindir presiden Indonesia kerana seolah-olah tidak prihatin dengan isu etnik Rohingya di Myanmar.
Najib dipetik sebagai berkata telah meminta presiden Jokowi dan rakyat Indonesia supaya menganjurkan perhimpunan untuk menunjukkan simpati terhadap nasib etnik Rohingya dan tidak hanya menganjurkan perhimpunan bagi memprotes Ahok.
Ratusan ribu umat Islam di Indonesia berhimpun sebanyak dua kali di Jakarta pada awal November dan Disember bagi membantah penyandang Gabenor Jakarta, Ahok atau nama sebenarnya Basuki Thahaja Purnama kerana didakwa telah menghina Islam.
Zahrain berkata Najib tidak bermaksud untuk mencampuri urusan kes Ahok, sebaliknya perdana menteri hanya mahu mengajak Jokowi bersama-samanya untuk membela nasib umat Islam di Myanmar yang didakwa sedang dizalimi oleh pemerintah negara itu.
Katanya Najib berkata demikian kerana Malaysia mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan Indonesia dan mahu membangkitkan semangat komuniti ASEAN untuk bersatu bagi menentang sebarang penindasan rakyat di negara anggota.
"Isu Rohingya adalah isu yang benar-benar berlaku dan tindakan berani Malaysia untuk membangkitkan isu itu kini mendapat perhatian semua pihak," katanya.
Dalam perkembangan lain, Zahrain juga berkata laporan mengenai wawancara pemimpin gerakan Bersih, Maria Chin Abdullah yang disiarkan oleh majalah Tempo baru-baru ini seharusnya turut memuatkan penjelasan pihak berkuasa Malaysia supaya rakyat Indonesia mendapat maklumat yang tepat dan lengkap.
Katanya dalam wawancara itu, Maria membuat pelbagai dakwaan termasuk ditahan di dalam sebuah sel yang berasingan, tidak dibenarkan berhubung dengan dunia luar, tiada kipas dan tiada tilam.
Zahrain berkata adalah menjadi hak dan prerogatif pihak keselamatan untuk menahan sesiapa sahaja yang disyaki atau didapati melanggar undang-undang negara untuk siasatan dan kemudiannya didakwa ke mahkamah bagi membuktikan kesalahan yang dilakukan itu.
Katanya perhimpunan Bersih juga tersasar daripada matlamat sebenar iaitu untuk memastikan proses pilihan raya umum di Malaysia benar-benar bersih, sebaliknya ia dijadikan sebagai alat untuk pembangkang menjatuhkan kerajaan secara demonstrasi jalanan.
Beliau berkata para pemimpin parti pembangkang turut berucap dalam perhimpunan Bersih dan mereka membangkitkan isu 1MDB serta menggesa perdana menteri meletak jawatan. - Bernama
Bernama
Fri Dec 23 2016
Zahrain berkata Najib tidak bermaksud untuk mencampuri urusan kes Ahok, sebaliknya perdana menteri hanya mahu mengajak Jokowi bersama-samanya untuk membela nasib umat Islam di Myanmar. - fotoBERNAMA
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
'Permohonan maaf saya tak ada kaitan isu papan tanda, sebaliknya... '
Datuk Seri Tiong King Sing tampil menjelaskan permohonan maaf belieu kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini tiada kaitan dengan isu papan tanda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
KKM akan terus meneliti cadangan kerja syif 45 jam seminggu
Proses libat urus dengan semua pihak berkepentingan perlu diadakan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan berkenaan tempoh bekerja 45 jam bagi jururawat di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berbanding 42 jam dapat dimuktamadkan.
Imigresen Selangor tahan 119 PATI di Pandan Mewah
Seramai 119 warga asing ditahan kerana disyaki tidak mempunyai dokumen sah selain kesalahan imigresen di Pandan Mewah, Ampang pada Selasa.
Tujuh ditahan culik remaja perempuan 15 tahun
Tujuh ditahan dipercayai terbabit dalam kes culik seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dalam kejadian di Taman Kem, Pelabuhan Klang pada 16 November lalu.
[TERKINI] Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Polis menahan enam individu termasuk seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes kecurian sebuah kereta mewah jenis Ferrari, yang dilaporkan hilang 17 Nov di sebuah pusat cuci kereta di Hulu Kelang.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Duta Besar Sazali lawat rakyat Malaysia di TAI selepas serangan pengganas
Sazali turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TAI, Mehmet Demiroglu, di ibu pejabat TAI di Ankara.
"An Evening with Friends of Malaysia" usaha tingkat hubungan dua hala dengan AS
Ia merupakan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengukuhkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
Gempa bumi Turkiye: 13 rakyat Malaysia selamat, masih terperangkap di kawasan bencana - Duta
13 rakyat Malaysia di Turkiye berada dalam keadaan selamat, namun tidak dapat keluar dari kawasan gempa ekoran operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan.
PM sampaikan hasrat, aspirasi kerajaan kepada empat Duta Besar Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyampaikan hasrat dan aspirasi kerajaan kepada empat Duta Besar Malaysia yang telah menerima watikah pelantikan baru-baru ini.
Duta Besar: Tingkat kerjasama Malaysia dengan Mesir, Oman, Lubnan - Hadi
Duta Besar Malaysia ke Mesir, Oman dan Lubnan yang baharu dilantik, diminta berusaha meningkatkan kerjasama Malaysia dengan ketiga-tiga negara Timur Tengah itu berkaitan kepentingan bersama.
COVID-19: Duta Besar Malaysia ke Indonesia dan isteri dibenar keluar hospital
Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Zainal Abidin Bakar dan isteri Datin Sakhiah Mohd Soom dibenarkan keluar dari Rumah Sakit Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto, Jakarta pada 3 April lalu.
Jerebu: Bukan protes tapi tawar bantu Indonesia tangani kebakaran - Duta Malaysia
Surat rasmi kerajaan Malaysia menerusi Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Yeo Bee Yin, berhubung tawaran itu telah disampaikan kepada pemerintah Indonesia.
Rompakan rumah Duta Malaysia di Chile: Polis mulakan siasatan
Menurutnya, polis Santiago telah memulakan siasatan terhadap kes itu dan telah mengambil keterangan saksi serta mengumpul bukti berkaitan dengan kes tersebut.
Rakyat Malaysia di Indonesia dinasihat jauhi tempat tumpuan awam - Duta
Peringatan itu ditujukan kepada rakyat Malaysia yang bukan hanya berada di sekitar Jakarta malah di lokasi lain di negara berkenaan.
Duta Besar Malaysia ke Korea Utara berada di Malaysia - Kementerian Luar
Duta Besar Malaysia ke Korea Utara Mohamad Nizan Mohamad yang diisytiharkan sebagai persona non grata (PNG) oleh kerajaan Korea Utara, kini berada di Malaysia.