Polis mengesahkan individu yang terlibat dalam satu pergaduhan di Mutiara Damansara, Petaling Jaya semalam tiada kaitan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Zani Che Din yang mengesahkan perkara tersebut enggan mengulas lanjut berhubung motif kejadian.
"Saya tidak boleh ulas lanjut kerana kita masih lagi menjalankan siasatan berkenaan kes ini.
"Tak..tak.. Dia bukanlah orang yang ada kaitan dengan KDN. Setakat yang kita boleh sahkan masa ini, dia memang tiada kaitan. Itu sahaja," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Tambahnya, lima individu yang ditahan semalam juga telah dibebaskan dengan jaminan polis pagi tadi.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa Mohd Adli Effendy Mohd Zaki mendakwa dipukul sekumpulan lima lelaki hingga menyebabkan kecederaan di bahagian mata, muka, badan dan kakinya.
Selain mendatangkan kecederaan kepadanya, lima suspek tersebut juga didakwa menggunakan kekerasan dengan menolak dan memukul anaknya yang berusia tujuh tahun, isteri serta ibunya.
Memetik laporan polis yang dibuat Mohd Adli Effendy, kumpulan lelaki itu telah mengheret dan memaksa anaknya masuk ke dalam kereta untuk diserahkan semula kepada bekas isterinya.
Menurutnya, salah seorang daripada lima individu itu mendakwa dirinya sebagai pembantu peribadi kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri dilapor mengugut untuk menembak mangsa dan isterinya.
Harits Asyraf Hasnan
Sat Sep 24 2016
![Individu terlibat pergaduhan di Damansara tiada kaitan dengan KDN - Polis Individu terlibat pergaduhan di Damansara tiada kaitan dengan KDN - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/81474714447_AdliZEffendy.jpg)
Mohd Adli Effendy Mohd Zaki mendakwa dipukul sekumpulan lima lelaki hingga menyebabkan kecederaan di bahagian mata, muka, badan dan kakinya. - Foto Facebook Mohd Adli Effendy
![RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678788517_MahkamahUtama.jpg)
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
![Individu terlibat pergaduhan di Damansara tiada kaitan dengan KDN - Polis Individu terlibat pergaduhan di Damansara tiada kaitan dengan KDN - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/81474714447_AdliZEffendy.jpg)
Individu terlibat pergaduhan di Damansara tiada kaitan dengan KDN - Polis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Zani Che Din yang mengesahkan perkara tersebut enggan mengulas lanjut berhubung motif kejadian.