KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti individu yang terlibat dalam kartel yang cuba menjatuhkan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Tanpa mendedahkan nama mereka yang terlibat, Abdul Hamid berkata isu berkenaan masih terkawal dan berada dalam pengawasannya dan yakin mereka yang terbabit tidak dapat 'bergerak' ketika ini.
Abdul Hamid berkata tidak menjadi suatu kesalahan sekiranya terdapat warga PDRM yang mempunyai cita-cita untuk meningkatkan keupayaan diri seperti ingin menjawat jawatan pengarah suatu hari nanti.
"(Jika bercita-cita) satu hari nanti ingin menjadi Pengarah JSPT (Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik), Pengarah JSJ (Jabatan Siasatan Jenayah) tiada silapnya di situ. Saya amat menggalakkan.
"Masalahnya apabila cita-cita berkenaan digabungkan dengan amalan-amalan yang tidak sihat. Ini yang salah, yang selalu saya kritik, saya nasihatkan supaya dihentikan," katanya dalam satu sidang media di Bukit Aman, di sini semalam.
BACA: Ada gerakan dalam PDRM mahu jatuhkan saya - KPN Hamid Bador
BACA: Kartel PDRM: Hamzah arah KPN sediakan laporan penuh, elak kekeliruan
Beliau berkata tindakan susulan akan diambil kepada mereka yang terlibat selain akan mengadakan perbincangan berhubung isu itu bersama Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan seterusnya akan berjumpa dengan pengarah jabatan PDRM.
"Selepas ini, saya akan berjumpa dan mengadakan perbincangan dari hati ke hati dengan barisan pengarah jabatan PDRM.
"Jangan ingat orang tidak tahu ketika kita berjalan megah di tengah pekan kononnya dengan baju biru kita, pistol kita, (maka kita) berjalan megah. Kita ingat orang hormat kita (padahal) di belakang orang ludah kita," katanya.
Pada Isnin, media melaporkan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) bebas menyiasat dakwaan salah laku pegawai muda yang mewujudkan kartel terbabit.
BACA: Tak perlu tubuh RCI untuk siasat dakwaan KPN - Takiyuddin
BACA: Dakwaan kartel dalam PDRM: Tak perlu lapor, terpulang kepada menteri - KPN
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 23 2021

Abdul Hamid pada sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, 23 Mac, 2021. --fotoBERNAMA
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

KPN dapat kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Papagomo
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain memperoleh kebenaran memulakan prosiding komital terhadap blogger Papagomo.

Insiden tembakan: Polis tingkat keselamatan di pusat beli belah, lokasi tumpuan
Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Selangor di sini, malam tadi.

Dua suspek tembak polis Thailand mungkin tidak berada di Malaysia - KPN
Polis berkata dua suspek yang dipercayai menembak mati seorang pegawai kanan polis Thailand dan anaknya, berkemungkinan tidak berada di negara ini.

Isu jenaka "ham": Polis sambung reman lelaki disyaki ugut pelawak, keluarga
Tempoh reman seorang lelaki yang ditahan selepas disyaki mengugut pelawak popular dan keluarganya, disambung tiga hari hingga Jumaat ini.

Suspek ugut Harith Iskander, keluarga ditahan polis - KPN
Suspek berusia 31 tahun itu direman sehingga 28 Januari ini untuk membantu siasatan.

Polis rakam keterangan pelawak berhubung isu jenaka "ham"
Keterangan daripada pelawak berumur 54 tahun itu dirakam Rabu lepas.

Jabatan Peguam Negara kembalikan semula kertas siasatan PDRM babitkan Khairy - KPN
Jabatan Peguam Negara telah mengembalikan semula kertas siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, bagi mendapatkan beberapa maklumat tambahan.

Ketua Polis Negara bantu mangsa kemalangan motosikal
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, pagi tadi.

Op Ragada: Reman dilanjut, siasatan tertumpu kepada transkasi mencurigakan - KPN
Siasatan membabitkan penahanan empat individu termasuk CEO sebuah syarikat penyiaran di Sarawak berhubung pengubahan wang haram tertumpu kepada pengesanan aliran transkasi yang mencurigakan.

Lima individu ditahan termasuk CEO stesen TV, polis beku aset lebih RM17 juta
Polis mengesahkan telah menahan lima individu kerana disyaki menjalankan aktiviti jenayah pengubahan wang haram.