KUALA LUMPUR: Individu ketujuh paling kaya di Malaysia, Tan Sri Dr Chen Lip Keong meninggal dunia pada usia 76 tahun pada 8 Dis, 2023, kerana sakit.
Kematian beliau diumumkan oleh NagaCorp Ltd yang disenaraikan di Hong Kong dan FACB Industries Incorporated Bhd (FACB) yang tersenarai di Bursa Malaysia, hari ini.
Chen merupakan pengasas dan ketua pegawai eksekutif kanan kumpulan NagaCorp dan presiden eksekutif FACB.
NagaCorp berkata Chen telah mewujudkan asas yang kukuh bagi kumpulan dengan pertumbuhan stabil lebih daripada 28 tahun dan pengalaman keusahawanan, perniagaan dan pengurusan beliau memainkan peranan penting dalam membantu kejayaan kumpulan.
"Di bawah kepimpinan berwawasan Chen, kumpulan telah mencapai pertumbuhan dan pembangunan yang luar biasa selepas bertahun-tahun menerusi pengendalian perniagaan dengan teliti serta pengurusan yang mahir dan strategik.
"Bagi pihak semua kakitangan kumpulan, lembaga pengarah ingin merakamkan kesedihan yang mendalam atas pemergian Chen dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarganya," katanya dalam satu kenyataan yang diterbitkan di laman web syarikat itu hari ini.
NagaCorp juga mengumumkan pelantikan semula anak lelaki Chen, Chen Yiy Fon -- pengarah eksekutif syarikat itu -- sebagai ketua pegawai eksekutif kumpulan yang baharu, berkuat kuasa 10 Dis, 2023,
Yiy Fon sebelum ini berkhidmat sebagai ketua pegawai eksekutif operasi sejak 5 April, 2022, katanya.
FACB juga menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Chen dalam satu makluman berasingan kepada Bursa Malaysia untuk mengumumkan pemergian Chen.
"Bagi pihak semua pekerja kumpulan, lembaga merakamkan kesedihan yang mendalam atas pemergian Chen dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarganya.
"Lembaga Pengarah menghargai sumbangan dan kepimpinan beliau yang tidak ternilai sepanjang 29 tahun bersama kumpulan," katanya.
Menurut senarai 50 individu terkaya Forbes Malaysia yang diumumkan pada 31 Mei, 2023, Chen merupakan indivdiu ketujuh paling kaya di negara ini dengan kekayaan atau nilai bersih US$2.8 bilion (US$1= RM4.675).
--BERNAMA
Bernama
Mon Dec 11 2023

Chen merupakan pengasas dan ketua pegawai eksekutif kanan kumpulan NagaCorp dan presiden eksekutif FACB. - Foto FB Chen Lip Keong

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Individu ketujuh terkaya di Malaysia Tan Sri Chen Lip Keong meninggal dunia
Individu ketujuh paling kaya di Malaysia, Tan Sri Dr Chen Lip Keong meninggal dunia pada usia 76 tahun pada 8 Dis, 2023, kerana sakit.