PUTRAJAYA: Lebih 1,000 individu telah dikenakan kompaun RM10,000 sejak Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit) (Pindaan) 2021 dikuatkuasakan pada 11 Mac, dengan kesemuanya masih belum mengemukakan rayuan pengurangan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Dr Adham berkata individu yang dikenakan kompaun boleh membuat rayuan kepada pengarah dan timbalan pengarah kesihatan negeri, untuk mendapatkan pengurangan berdasarkan jenis kesalahan dilakukan.
"Setakat ini tiada individu yang dikenakan kompaun RM10,000 membuat rayuan. Apabila rayuan dibuat, kompaun (baharu) akan dikeluarkan berdasarkan jenis serta tarikh bila kesalahan itu dilakukan," katanya selepas majlis menandatangani Nota Kerjasama antara Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Kementerian Kesihatan (KKM), di sini hari ini.
Turut hadir ialah Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique. Nota Kerjasama itu ditandatangani Ketua Setiausaha KPN Datuk Wan Suraya Wan Md Radzi manakala KKM oleh Ketua Setiausahanya Datuk Mohd Shafiq Abdullah.
Mengulas proses rayuan kompaun itu, Dr Adham berkata kertas siasatan akan dibuka oleh Inspektor Kesihatan, bagi menilai apakah jenis kesalahan yang dilakukan dan jumlah kompauan yang akan dikenakan semula.
Menurutnya, kertas siasatan akan dibuka kepada empat kategori iaitu Orang Kurang Upaya, kumpulan B40, pelajar serta mereka yang merasakan tidak mampu untuk membayar kompaun.
"Orang yang dari kumpulan B40 perlu kemukakan bukti-bukti bagi membolehkan mereka membuat rayuan terhadap kompaun yang dikeluarkan," katanya.
Dr Adham berkata penguatkuasaan undang-undang dan kenaikan kadar kompaun sejak 11 Mac, bukan bertujuan untuk menghukum, sebaliknya sebagai langkah pencegahan bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19.
"Ini adalah untuk menggalakkan masyarakat agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
"KKM juga ingin menegaskan bahawa individu yang telah ditawarkan kompaun oleh pegawai diberi kuasa, untuk segera membayar kompaun tersebut bagi mendapatkan pengurangan," katanya.
Mengulas mengenai Nota Kerjasama antara KPN dan KKM itu Dr Adham berkata, ia membolehkan kedua-dua kementerian bekerjasama bagi melaksanakan program dan aktiviti di bawah inisiatif Gaya Hidup Sihat Komuniti Perpaduan- Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) bagi tempoh 2021-2025.
Lapan program dirangka dalam kolaborasi strategik itu, antaranya program Advokasi Cegah COVID-19, 'PPE for Frontliners', Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN), 'Communication For Behavioural Impact (COMBI)', Kenali Ubat Anda dan Penjagaan Kesihatan Pergigian (Ikon Gigi).
Menurutnya, seramai 42,812 ejen dan sukarelawan KKM akan menyertai program-program yang dirangka oleh kedua-dua kementerian ini.
"KKM dan KPN akan memperkasa agen, sukarelawan, komuniti perpaduan antara kedua kementerian, agar komuniti berupaya memainkan peranan dalam membudayakan amalan cara hidup sihat dan penjagaan kesihatan kendiri," kata Dr Adham.
Sementara itu, Halimah berkata pihaknya mempunyai 8,274 jentera dengan 248,220 ahli yang akan berperanan menyebarkan maklumat kesihatan meliputi cara hidup sihat dan kesihatan kendiri.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 31 2021

Dr Adham berkata kertas siasatan akan dibuka oleh Inspektor Kesihatan, bagi menilai apakah jenis kesalahan yang dilakukan dan jumlah kompauan yang akan dikenakan semula. - Bernama
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

PAC: Perolehan ventilator ketika Dr Adham Baba jadi Menteri Kesihatan - Mas Ermieyati
Perolehan ventilator tanpa perjanjian bertulis seperti dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebelum ini berlaku ketika Dr Adham Baba menjadi Menteri Kesihatan.

Tindakan bawa Ketua Cawangan pergi bercuti tidak perlu dipertikaikan - Hasrul
Khidmat mereka ini adalah secara sukarelawan dan bukannya mendapat gaji tetap setiap bulan, jelas Hasrul

PRU15: UMNO yakin kekal tiga kerusi deposit di Johor - Dr Adham
Kerusi Parlimen Tenggara, Kota Tinggi dan Pengerang, yang merupakan kawasan deposit tetap UMNO diyakini kekal dalam genggaman Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: 'Saya orang parti, penting untuk sokong calon baharu' - Dr Adham Baba
Jelas Dr Adham, sebagai orang parti, adalah penting untuk pemimpin menyokong calon muka baharu dalam memastikan kemenangan BN.

PRU15: Dr Adham gugur, BN calonkan Manndzri Nasib di Parlimen Tenggara
Datuk Seri Dr Adham Baba tidak diumumkan sebagai calon yang bakal bertanding untuk mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Calon PRU15: "Tak letak Dr Adham di Tenggara satu malapetaka besar" - Nasaruddin
Barisan Nasional (BN) Tenggara memohon agar pucuk pimpinan parti itu mengekalkan penyandang kerusi Parlimen Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba untuk bertanding di kawasan itu.

PRU15: BN Johor umum manifesto, lancar jentera parti 2 November
BN Johor akan bentang manifesto serta perkembangan Ikhtiar Johor seperti yang telah dibentangkan pada PRN Johor yang lalu.

MOSTI mahu pendekatan lebih kreatif digunakan dalam pembelajaran STEM
Pendekatan yang lebih kreatif dan inovatif amat digalakkan dalam pembelajaran subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Usahawan Pahang disaran sertai program MYStartup
Bilangan syarikat pemula di Pahang yang berdaftar masih berada pada tahap yang rendah iaitu hanya 13 syarikat daripada sektor edutech, agritech, e-dagang, logistik dan kesihatan.

Malaysia, IAEA tandatangani perjanjian kerjasama
Bidang kerjasama antara kedua-dua pihak dalam aspek pendidikan dan latihan bagi keselamatan radiasi, pengangkutan dan sisa.