KOTA KINABALU: Seorang lagi individu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang "Geng Upik".
Mohd Fikrie Isme, 28, merupakan individu ke-14 didakwa selepas 11 individu termasuk seorang lelaki bergelar 'Datuk' didakwa pada 22 Jan lepas dan dua lagi didakwa pada 1 Mac lepas.
Mohd Fikrie didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang itu di Kota Kinabalu antara 2022 hingga 12 Okt 2023.
Dia dituduh mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara lima hingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Mohd Fikrie yang tidak diwakili peguam, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd Salim.
Tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh.
Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lina Hanini Ismail memohon kes Mohd Fikrie dipindahkan ke Mahkamah Tinggi bersama 13 tertuduh sebelum ini, dan Noor Hafizah membenarkan permohonan berkenaan.
Kesemua 13 tertuduh itu ialah Rahman Burijin, 44; Jaisalfian Jaineh @ Zaini, 45; Mohd Fauzie Rablin, 33; Shahlan Shah Abdul Samad, 37; Datuk Maslan Sani, 41; Nelson Yen Yee Chung, 46; Mohd Faridzul Asmahadi, 31; Fazrul Bahar, 32; Alkan Abraham, 35; Mazlan Mahmud, 41; Mahathir Jibarail, 49, Norsyafilah Pawawoi, 28 dan Zulkahar Dusing, 29.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 22 2024

Seorang lagi individu didakwa di Mahkamah Sesyen pada Jumaat atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang 'Geng Upik'. -Foto Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Individu ke-14 didakwa anggotai kumpulan jenayah terancang 'Geng Upik'
Mohd Fikrie didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang itu di Kota Kinabalu antara 2022 hingga 12 Okt 2023.

Lapan lagi ahli Geng Upik termasuk bekas anggota polis diburu
Lapan termasuk seorang bekas anggota polis yang dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah terbesar di Sabah dikenali Geng Upik sedang diburu polis.

'Saya tidak mampu upah peguam' - Geng Upik
Salah seorang tertuduh 'Geng Upik' yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu pada Isnin memberitahu mahkamah dia tidak mempunyai kemampuan untuk mengupah peguam.

Datuk, 10 individu lain didakwa ahli kumpulan jenayah 'Geng Upik'
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh dan sebutan semula ditetapkan pada 1 Mac depan.