PUTRAJAYA: Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI) yang mengenal pasti jurang gender antara wanita dan lelaki meliputi empat subindeks, memperoleh skor 0.714 atau 71.4 peratus tahun lepas (2020), iaitu meningkat sedikit berbanding 0.709 pada 2019, menurut Statistik Pemerkasaan Wanita dalam Domain Terpilih Malaysia 2021.
Empat sub-indeks tersebut adalah peluang dan penyertaan ekonomi; pencapaian pendidikan, kesihatan dan kehidupan; dan penguasaan politik. Skor bagi 1.0 (100 peratus) menunjukkan kesaksamaan antara wanita dan lelaki telah dicapai.
"Berdasarkan skor MGGI 2020, kita berada pada kedudukan ke-74 daripada 156 negara di dunia," kata Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan hari ini susulan penerbitan laporan tersebut.
Mohd Uzir berkata pencapaian wanita mengatasi lelaki dalam sub-indeks pencapaian pendidikan dengan skor 1.059.
Pencapaian wanita dalam subindeks kesihatan dan kehidupan mencatatkan skor 0.956 manakala skor bagi peluang dan penyertaan ekonomi ialah 0.738, katanya.
Penguasaan politik mencatatkan nilai terendah iaitu pada 10.0 peratus atau skor 0.100, yang menunjukkan wanita masih jauh ketinggalan dalam jawatan menteri dan Parlimen, katanya.
Mohd Uzir berkata kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) bagi wanita juga masih rendah iaitu pada kadar 55.3 peratus pada 2020, berbanding negara Asia Tenggara yang lain seperti Singapura (69.7 peratus) dan Thailand (66.8 peratus).
Pada 2020, dianggarkan 15.8 juta populasi Malaysia adalah wanita daripada jumlah keseluruhan 32.6 juta.
"Wanita sebagai ketua isi rumah dianggarkan membelanjakan RM3,666 sebulan (pada 2020) dan perbelanjaan untuk makanan dan minuman bukan alkohol ialah RM690 atau 18.8 peratus daripada jumlah perbelanjaan pada 2019," kata Mohd Uzir.
Bagi MMGI mengikut negeri, Mohd Uzir berkata tiga negeri teratas yang merekodkan skor tertinggi tahun lepas ialah Kuala Lumpur iaitu 0.853, diikuti Putrajaya (0.793) dan Perlis (0.782).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 17 2021
![Indeks Jurang Gender Malaysia meningkat sedikit pada 2020 Indeks Jurang Gender Malaysia meningkat sedikit pada 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41636551741_orangramai.jpg)
Pencapaian wanita mengatasi lelaki dalam sub-indeks pencapaian pendidikan dengan skor 1.059.- Gambar hiasan/BERNAMA
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
![Penglibatan wanita dalam sektor pendidikan memberangsangkan - DOSM Penglibatan wanita dalam sektor pendidikan memberangsangkan - DOSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670644018_TBGURUAJARjpg.jpg)
Penglibatan wanita dalam sektor pendidikan memberangsangkan - DOSM
Mohd Uzir berkata, di peringkat tertiari pula, wanita merekodkan 46.9 peratus berbanding lelaki, 33.3 peratus.
![Tahap kesaksamaan gender 2021 menurun 0.7 peratus - DOSM Tahap kesaksamaan gender 2021 menurun 0.7 peratus - DOSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660287363_TBbnm.jpg)
Tahap kesaksamaan gender 2021 menurun 0.7 peratus - DOSM
Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI) mencatat purata skor 0.707 atau 70.7 peratus pada 2021, menurun 0.7 peratus berbanding 0.714 pada 2020, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
![Wanita jauh ketinggalan dalam politik negara berbanding lelaki - Rina Harun Wanita jauh ketinggalan dalam politik negara berbanding lelaki - Rina Harun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61644671127_DatukSeriRinaMohd.jpg)
Wanita jauh ketinggalan dalam politik negara berbanding lelaki - Rina Harun
Rina berkata menurut Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI) 2020, skor wanita dalam sub-indeks penguasaan politik adalah yang terendah berbanding sub-indeks yang lain iaitu hanya 0.1.
![Indeks Jurang Gender Malaysia meningkat sedikit pada 2020 Indeks Jurang Gender Malaysia meningkat sedikit pada 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41636551741_orangramai.jpg)
Indeks Jurang Gender Malaysia meningkat sedikit pada 2020
Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI) yang mengenal pasti jurang gender antara wanita dan lelaki meliputi empat subindeks, memperoleh skor 0.714 atau 71.4 peratus tahun lepas (2020).