Indeks berkaitan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan penjawat awam bertambah baik walaupun kes rasuah Jabatan Kastam dan kebocoran kertas peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) mencalarkan imej perkhidmatan awam.
Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mohammad Yusoff Akope berkata indeks tersebut pada satu ketika mencatat 4.5, meningkat kepada 5, tahun lepas.
"Indeks 5 adalah zon tidak membimbangkan namun kita berusaha meningkatkannya kepada 6 (zon baik) menjelang tahun depan," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) di sini, hari ini.
Di majlis itu, pengurus semua 11 anak syarikat PKENPs termasuk pengurus besarnya, Kassim Zakaria menandatangani CIP disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Pengangkutan dan Pembangunan Wilayah, Datuk Sabry Ahmad.
Mohammad Yusoff berkata CIP adalah antara usaha SPRM membantu pihak-pihak berkepentingan termasuk swasta dan masyarakat peniaga untuk meningkatkan integriti, tadbir urus yang cekap dan mengatasi rasuah serta salah guna kuasa.
CIP yang diperkenalkan pada 2011 mula mendapat sambutan tahun lepas dan kini 448 agensi telah menandatanganinya termasuk 119 syarikat berkaitan kerajaan (GLC), jabatan/agensi kerajaan (51) syarikat sendirian berhad (36), syarikat multi-nasional (21), badan bukan kerajaan (NGO)(17) manakala selebihnya industri kecil dan sederhana, katanya.
Mohammad Yusoff berkata SPRM telah melantik Universiti Tun Abdul Razak untuk membuat kajian terhadap agensi utama berhubung keberkesanan pelaksanaan CIP di organisasi terbabit termasuk Petronas.
"Kita dapati banyak isu rasuah digembar-gemburkan menyebabkan persepsi negatif terhadap perkhidmatan awam timbul namun SPRM mengambil pendekatan untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku dalam agensi-agensi terbabit.
Pelaksanaan CIP adalah antara tindakan yang membantu," tambahnya.
Bagaimanapun, Mohammad Yusoff berkata agensi-agensi kerajaan masih perlu melakukan banyak perkara untuk meningkatkan tadbir urus dan integriti kakitangannya.
"SPRM mahu seluruh masyarakat digerakkan dalam menangani isu rasuah supaya agensi ini tidak dilihat cuma menguatkuasakan undang-undang tanpa mempedulikan aspek pencegahan.
"Syarikat-syarikat yang melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) pula perlu melaksanakannya atas dasar tanggungjawab bukan mengandungi unsur-unsur dengan niat mendapat projek kelak," katanya.
Mohammad Yusoff berkata SPRM memantau perkembangan yang berlaku dalam agensi-agensi atau syarikat yang menandatangani CIP bagi memastikan ia dilaksanakan.
Sementara itu, Sabry menyambut baik usaha PKENPs menandatangani CIP yang diyakininya mampu membantu meningkatkan operasi serta mengelak ketirisan sehingga menggagalkan perancangan kerajaan membangunkan negeri.
"Saya yakin pelabur akan lebih yakin untuk datang melabur di Perlis jika masalah rasuah ditangani dengan tegas dan setiap pegawai mempunyai integriti yang tinggi," katanya.
Astro Awani
Tue Sep 23 2014
SPRM: Indeks berkaitan rasuah dan salah guna bertambah baik - Gambar fail
Jualan penyaman udara naik mendadak di negara Balkan
Menetap di negara sejuk, mereka tidak pernah terfikir memasang penyaman udara di dalam rumah memandangkan musim panas bukanlah setiap hari. Namun, cuaca panas melampau membuatkan mereka bertukar fikiran.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Zionis Israel pada 13 Ogos.
Reda dengan pemergian anak walaupun bukan pengakhiran diharapkan - Ayah Nidza Afham
Ayah kepada penyanyi dan Youtubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar reda dengan pemergian anak lelakinya walaupun itu bukan pengakhiran yang beliau harapkan.
Ahli perniagaan diberkas, terlibat dalam aktiviti kumpulan mafia
Seorang ahli perniagaan Itali ditangkap di bandar Natal, Brazil pada selasa.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Srettha hormati keputusan mahkamah
Srettha Thavisin menghormati keputusan Mahkamah Perlembagaan Thailand yang memecatnya daripada jawatan Perdana Menteri.
Lahir empat hari lepas, bayi kembar maut angkara serangan rejim Zionis
Kembar lelaki diberikan nama Asser manakala Ayssel pula nama diberi buat kembar perempuan, kedua-duanya lahir pada 10 Ogos lepas.
Lelaki tikam ibu saudara direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu saudaranya di kepala dengan gunting, semalam direman selama tujuh hari hingga 21 Ogos ini.
PN senarai pendek tiga calon, akan diumum selepas PRK Nenggiri
Perikatan Nasional telah menyenarai pendek tiga calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang dijadualkan berlangsung pada 28 September depan.
10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Mayat Muhammad Nidza Afham dibawa ke Hospital Shah Alam
Mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang petang tadi dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat.
Kerajaan rencana transformasi, hala tuju baharu agenda bumiputera sedekad ke hadapan - PM Anwar
Anwar berkata kerajaan telah membincangkan dengan teliti kerangka dan inisiatif-inisiatif dalam memberi anjakan penyertaan, pemilikan dan penguasaan bumiputera selari dengan aspirasi Ekonomi MADANI.
Salah guna kuasa, bekas CEO GLC didenda RM15,000 lantik anak dalam syarikat
Seorang bekas CEO anak syarikat berkaitan kerajaaan Melaka didenda RM15,000 selepas mengaku bersalah melantik anak perempuannya ke dalam syarikat terbabit pada 2021.
Kontraktor kecil dan sederhana pengganda ekonomi lokal - Ahmad Maslan
Industri pembinaan melalui kumpulan kontraktor kecil dan sederhana boleh menjadi 'faktor pengganda' dalam membantu mengembangkan ekonomi setempat.
Kerajaan komited pastikan nilai ringgit mengukuh - Amir Hamzah
Kerajaan komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit di tahap yang lebih baik dan mengukuh, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Langkah GLC, GLIC bawa pulang pendapatan pelaburan asing beri kesan positif terhadap ringgit - Gabenor BNM
Abdul Rasheed berkata ringgit telah meningkat kira-kira 1.8 peratus berbanding dolar AS bagi tempoh dari Januari hingga Februari.
Ringgit berada pada kedudukan pertama selepas langkah koordinasi kerajaan, BNM dilaksana - Amir Hamzah
Ringgit berada pada kedudukan pertama berbanding sembilan negara serantau selepas langkah-langkah koordinasi antara kerajaan, BNM, GLIC serta GLC.
GLC, pelabur baharu wajib sedia peluang pekerjaan kepada golongan miskin tegar - Hajiji
Ketua Menteri Datuk seri Hajiji Noor berkata kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan tersebut.
Tubuh GLC untuk teroka, kawal selia industri REE negara
Kerajaan disyorkan menubuhkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk meneroka industri berkaitan unsur nadir bumi (REE) di negara ini.
Kes tipu guna nama MB Inc, siasatan dalaman dijalankan
MB Inc tidak akan sekali-kali melindungi mana-mana petugasnya jika didapati bersalah dan akan mengambil tindakan dalaman yang tegas.
Majikan perlu tingkatkan usaha jaga kebajikan pekerja selari keuntungan - PM Anwar
Majikan di negara ini termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta, perlu meningkatkan usaha menjaga kebajikan pekerja selari dengan keuntungan yang diperolehi.