KOTA BHARU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 268 warga asing dalam Op Kutip yang dijalankan di sekitar Kota Bharu, Kelantan dan Kuala Terengganu hari ini.
Di Kelantan, Timbalan Pengarah Imigresen Negeri (Pengurusan) Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahman berkata operasi itu, yang turut melibatkan kerjasama pihak polis, Jabatan Pendaftaran Negara dan Majlis Perbandaran Kota Bharu, bermula 10 pagi.
Beliau berkata majoriti yang ditahan ialah warga Myanmar iaitu 122 orang (115 lelaki, 3 wanita dan 4 kanak-kanak).
"Warga asing lain yang turut ditahan ialah Bangladesh (76), Indonesia (15), Thailand (6), Pakistan (3), India (3), Thailand (6) dan Nepal (13) kerana dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Nik Akhtarulhaq juga menggesa orang ramai supaya tampil menyalurkan maklumat mengenai pendatang tanpa izin atau sebarang aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang.
"Kesemua warga asing ini akan menjalani proses dokumentasi oleh pihak jabatan untuk tindakan selanjutnya dan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mendalangi, memudah cara serta bersubahat dalam melindungi pendatang tanpa izin," katanya.
Di KUALA TERENGGANU, Pengarah JIM negeri Azhar Abd Hamid berkata pihaknya telah memeriksa 220 warga asing termasuk dari Bangladesh, Nepal, Myanmar, Pakistan, Indonesia, India serta Kemboja dan daripada jumlah itu, sebanyak 30 orang ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk tinggal lebih masa, tiada dokumen pengenalan diri dan melanggar peraturan pas permit yang dikeluarkan.
"Ada yang datang sejauh 70 kilometer menaiki bas dari Jambu Bongkok ke Kuala Terengganu untuk membeli barangan keperluan asas dan mengambil kesempatan hari cuti untuk bersiar-siar di bandar raya ini.
"Ketika ditahan, ada yang sedang membawa televisyen, kipas dan bahan mentah seperti daging dan ikan," katanya pada sidang media selepas Op Kutip di sekitar Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu hari ini.Beliau berkata operasi itu dijalankan selepas pihaknya menerima aduan orang awam yang tidak selesa dengan kehadiran semakin ramai warga asing di kawasan itu terutama pada hujung minggu dan siasatan mendapati lokasi tersebut dijadikan tempat mereka berkumpul termasuk bagi yang tinggal di luar Kuala Terengganu.
Azhar berkata semua warga asing terbabit akan dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Ajil untuk tindakan lanjut.-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 05 2024
Antara warga asing yang ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada Ops Kutip yang dijalankan di sekitar Pusat Bandar Kota Bharu hari ini. - Bernama
AWANI Tonight: 25th Nov 2024
#AWANITonight 25 Nov 2024 with Cynthia Ng
- License renewal: Govt welcomes proposal to impose conditions for elderly drivers, calls for further study
- Social media ban: Australia PM plays down privacy concerns
#AWANIEnglish #AWANINews
- License renewal: Govt welcomes proposal to impose conditions for elderly drivers, calls for further study
- Social media ban: Australia PM plays down privacy concerns
#AWANIEnglish #AWANINews
PM Anwar santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia untuk mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam bingkai kesatuan dalam aspek hubungan sesama rakyat.
AWANI 7:45 [25/11/2024] – Malaysia Negara Dagang | Perdebatan Tak Sudah | Limpahan Kesatuan Sekerja | 172 Jam Tangan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Johor hasrat perluas tanaman lada hitam
Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.
AWANI Tonight: M’sia, S.Korea elevate relations to strategic partnership
Malaysia and South Korea have elevated their bilateral relations to a strategic partnership after a meeting between its two Prime Ministers. Astro AWANI correspondent Irfan Faruqi shares the latest details from Seoul.
Polis siasat kematian mengejut lelaki warga asing yang sedang dalam tahanan
Polis kini menyiasat punca kematian mengejut seorang lelaki warganegara asing yang sedang dalam tahanan di balai polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini pada Sabtu.
AWANI Tonight: Australia : PM plays down privacy fears of social media ban
Australian PM Anthony Albanese has downplayed privacy concerns over a proposed social media ban for under-16s, which would use strict age verification methods like biometrics or government IDs.
Polis kutip lebih RM9 juta saman trafik tertunggak sepanjang Program 2TM
PDRM berjaya mengutip saman trafik tertunggak berjumlah lebih RM9 juta dalam tempoh tiga hari penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) yang berlangsung dari Jumaat hingga semalam.
AWANI Ringkas: Tiada syarat baharu warga emas perbaharui lesen - JPJ
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis siasat kematian mengejut lelaki warga asing yang sedang dalam tahanan
Polis kini menyiasat punca kematian mengejut seorang lelaki warganegara asing yang sedang dalam tahanan di balai polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini pada Sabtu.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
Empat lelaki didakwa culik dua warga asing
Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menculik dua lelaki warga asing dalam kejadian di tapak pembinaan di Telok Air Tawar, Butterworth pada 13 November lepas.
Sindiket pengedaran, penjualan kad pemastautin tetap palsu tumpas, 13 individu ditahan
Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dan penjualan kad pemastautin tetap palsu kepada warga asing dengan penahanan 13 individu.
Remaja Australia minum alkohol beracun di Laos meninggal dunia
Seorang lagi pelancong asing maut akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, pada Khamis.
Suspek korek bebola mata disambung reman tiga hari
Mahkamah menyambung reman tiga hari lagi terhadap suspek lelaki warga asing yang mengorek bebola mata kiri seorang lelaki dalam satu pergaduhan.
16 lelaki termasuk warga China ditahan disyaki terlibat samun berkumpulan
Polis menahan 16 lelaki termasuk dua warga China dipercayai terlibat kejadian samun berkumpulan di sebuah kilang barangan lusuh.
Kerajaan cadang pinda Ordinan CAP.123 Sabah, tambah 48 seksyen baharu
Kerajaan bercadang meminda Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Sabah (CAP.123) bagi tujuan pengemaskinian dan keselarasan peruntukan dengan sistem pentadbiran semasa JPN.
Polis tahan lelaki warga asing gaduh, korek mata
Polis menahan seorang lelaki warga asing bagi membantu siasatan berhubung satu pergaduhan yang menyaksikan seorang lelaki tempatan mengalami kecederaan parah apabila bebola mata kirinya dikorek.
Peranti pengesan pergerakan dicadang untuk kurangkan insiden langgar hidupan liar
Penggunaan teknologi IoT dan AI melalui peranti pengesan pergerakan dicadangkan di kawasan jalan raya yang kerap berlaku insiden 'roadkill' atau melanggar hidupan liar.