KUANTAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang menahan 30 pendatang asing tanpa izin (PATI) pelbagai warganegara dalam satu operasi yang dijalankan di beberapa rumah sekitar daerah ini pada semalam hingga awal pagi tadi.
JIM Pahang dalam kenyataan melalui Facebook memaklumkan kesemua PATI yang ditahan dalam serbuan yang bermula pada 10.05 pagi semalam hingga 4 pagi tadi, berusia antara 22 hingga 51 tahun membabitkan 10 warganegara Indonesia, tujuh (Thailand), dua (Myanmar), 10 (Bangladesh) dan seorang (Kemboja).
"Operasi yang melibatkan 18 pegawai ini menyerbu dan memeriksa 55 PATI hasil daripada maklumat orang awam, dengan 30 daripadanya telah ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 termasuk tinggal di negara ini lebih masa dibenarkan.
"Kesemua tahanan itu direman 14 hari di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imgiresen 1959/63 di Depot Imigresen Kemayan untuk siasatan lanjut dan pemilik rumah terlibat akan dikesan bagi membantu siasatan," menurut kenyataan itu.
JIM Pahang juga menyeru orang ramai untuk tampil menyalurkan maklumat mengenai keberadaan PATI di negeri ini bagi membantu pihak berkuasa membanteras kebanjirannya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 04 2024

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang menahan 30 pendatang asing tanpa izin (PATI) pelbagai warganegara dalam satu operasi yang dijalankan di beberapa rumah sekitar daerah ini pada semalam hingga awal pagi tadi. - Foto FB JIM Pahang

Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Penyertaan wanita penting dalam membawa perspektif yang lebih inklusif dalam perbincangan dan mesyuarat sesebuah parti politik.

Seorang maut, beberapa individu cedera dalam insiden kereta rempuh pejalan kaki di Mannheim, Jerman
Pihak berkuasa belum mengesahkan sama ada insiden itu diklasifikasikan sebagai serangan pengganas.

Turkish Airlines perkenal laluan Phnom Penh menjelang akhir tahun
Turkish Airlines akan memulakan penerbangan ke ibu negara Kemboja, Phnom Penh mulai 10 Disember.

Lelaki lengan emas Australia yang selamatkan 2.4 juta bayi meninggal dunia
James Harrison yang telah menderma plasmanya lebih daripada 1,100 kali meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

MBPP arah lima premis makanan kotor ditutup
Kesemua kedai makanan itu diarah tutup 14 hari selepas MBPP menjalankan operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen Pulau Pinang.

KPDN rampas 5,500 barangan tiruan bernilai RM360,000 di Petaling Street
KPDN merampas 6,500 unit barangan yang disyaki tiruan bernilai RM360,000 daripada 20 premis di sekitar Jalan Petaling di sini hari ini.

PGA tumpas kegiatan proses e-waste haram, babitkan rampasan RM1.3 bilion
PGA Ulu Kinta berjaya menumpaskan kegiatan memproses e-waste secara haram dalam serbuan di sebuah kilang di Jalan Sungai Siput-Kuala Kangsar di sini semalam.

DOF tegas tidak pernah jemput mana-mana individu jalani latihan di Akademi Perikanan
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah menjemput atau melibatkan mana-mana individu, untuk menjalani latihan di Akademi Perikanan Malaysia.

Tiga kanak-kanak antara 17 pendatang tanpa izin ditahan
Tiga kanak-kanak antara 17 pendatang tanpa izin yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu sekitar daerah Marang, semalam.

Imigresen serbu penempatan pekerja asing, tahan 76 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 76 pendatang tanpa izin dalam serbuan di penempatan pekerja asing di Shah Alam dan Kajang.

Dakwaan warganegara China diberi layanan istimewa tidak berasas - KP Imigresen
Dakwaan warganegara China tidak perlu melalui prosedur pemeriksaan imigresen dan tidak boleh ditahan ketika masuk ke Malaysia adalah tidak berasas, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban.

Data peribadi pengguna selamat, tahap keselamatan kod QR di tahap tinggi - JIM
Aspek keselamatan data pengguna dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) bagi mengelak kecurian data.

Kod QR KLIA: Pengembara warganegara Malaysia perlu muat turun aplikasi MyBorderPass
Sistem pelepasan imigresen menggunakan kod QR dilancarkan di 40 lorong khas di KLIA Terminal 1 (T1) dan KLIA T2 untuk mengurangkan kesesakan.

Imigresen tahan 53 pendatang tanpa izin sekitar pusat beli belah Ampang
Mereka yang ditahan terdiri daripada 33 lelaki dan 20 wanita dari pelbagai negara, berumur 14 hingga 65 tahun.