PUTRAJAYA: Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) diminta mengemukakan aduan secara spesifik berkaitan penderaan, penganiayaan serta manipulasi pekerja Indonesia untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya tidak menerima aduan secara rasmi susulan kenyataan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Hermono berhubung isu penganiayaan terhadap Pembantu Rumah Asing (PRA) Indonesia di negara ini seperti dilaporkan semalam.
Semalam, Bernama melaporkan, Hermano berkata kira-kira 90 peratus aduan diterima Kedutaan Indonesia berkaitan pekerja domestik menunjukkan trend membimbangkan antaranya tidak dibayar gaji bulanan dan memerlukan penyelesaian segera serta menyeluruh daripada majikan serta penguatkuasaan ketat.
"Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen memandang serius mengenai isu ini dan komited untuk tidak berkompromi kepada mana-mana majikan yang mendera, menganiaya serta memanipulasi pekerja asing.
"Tindakan tegas akan diambil terhadap majikan yang melanggar undang-undang dan syarat penggajian PRA," katanya menambah mereka akan didakwa di mahkamah jika melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan akan disenarai hitam daripada menggajikan pembantu rumah asing.
Ruslin berkata, kebajikan dan perlindungan kepada Pekerja Domestik Indonesia antara perkara yang telah dimasukkan dalam Memorandum Persefahaman Antara Kerajaan Malaysia dan Indonesia Mengenai Penggajian dan Perlindungan Pekerja Domestik Indonesia di Malaysia.
Selain itu, katanya, Imigresen sentiasa bekerjasama dengan agensi berkaitan seperti Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Majlis Anti Pemerdangan Orang (MAPO), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) untuk menangani isu eksploitasi pekerja asing termasuk dari Indonesia.
"Orang ramai juga diminta melaporkan dan menyalurkan sebarang maklumat berkenaan majikan yang menganiaya atau mengeksploitasi pekerja asing kepada jabatan ini supaya tindakan tegas dapat diambil terhadap majikan tersebut," katanya.
Menurutnya, sebanyak 447,094 pekerja asing Indonesia mempunyai Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) sehingga 16 Oktober lepas, dan daripada jumlah ini, 57,916 adalah pembantu rumah asing Indonesia.
- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 13 2023

Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) diminta mengemukakan aduan secara spesifik berkaitan penderaan, penganiayaan serta manipulasi pekerja Indonesia untuk siasatan dan tindakan lanjut. - Gambar hiasan
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Imigresen tumpas sindiket penipuan dalam talian didalangi warga asing
JIM menumpaskan sindiket penipuan dalam talian didalangi warga asing selepas menahan 46 individu dari pelbagai negara dalam serbuan di 17 unit premis kediaman mewah di Kuchai Lama, semalam.

Pegawai imigresen KLIA 'ditangkap' selit 12 pasport di pinggang
JIM menemui 12 keping pasport asing pada badan seorang pegawai JIM di Pejabat Operasi Terminal 2 KLIA pada 1 Januari lalu.

Pasukan inspektorat Imigresen periksa bazar Ramadan pastikan tiada peniaga pindah lesen
Pasukan itu akan melakukan pemeriksaan secara menyeluruh di bazar seluruh negara bagi mengekang aktiviti berkenaan.

Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala
Projek jajaran jalan yang menghubungkan kemudahan ICQS Bukit Kayu Hitam dengan CIQ Sadao di Thailand dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Ops Sapu: Imigresen berkas 28 PATI di 10 premis di Ipoh
Ops Sapu itu dilaksanakan di 10 premis di Ipoh bermula Selasa malam hingga Rabu pagi.

7,964 pekerja Bangladesh, kumpulan pertama ke Malaysia selepas migrasi tertangguh
Seramai 7,964 pekerja Bangladesh, daripada kira-kira 18,000 yang proses migrasi mereka ke Malaysia tertangguh menjadi kumpulan pertama bakal memasuki negara Asia Tenggara itu.

Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.

Imigresen tahan 38 warga asing di Kampung Baru
Op Sapu KL Strike Force itu dijalankan oleh 35 pegawai selepas risikan selama dua minggu di lokasi terbabit berikutan aduan penduduk setempat mengenai kebanjiran warga asing.

Trump kerah 1,500 tentera ke sempadan AS-Mexico
Presiden Donald Trump pada Rabu mengarahkan pergerakan 1,500 anggota tentera ke sempadan Amerika Syarikat-Mexico (AS-Mexico) selepas menandatangani perintah eksekutif baharu yang melarang kemasukan ap

Imigresen tahan 13 gadis pelayan, dua tukang masak asing
Sebanyak 13 gadis pelayan dan dua tukang masak lelaki asing ditahan dalam serbuan yang dijalankan di premis kafe hiburan di sekitar Batu Berendam di sini malam tadi.