SUNGAI PETANI: Seramai 168 pekerja lelaki warga asing diperiksa dan 39 pendatang tanpa izin (PATI) ditahan dalam serbuan ‘Op Mahir’ di sebuah kilang plastik kitar semula, dekat sini, awal pagi tadi.
Pengarah Imigresen Kedah, Mohd Ridzzuan Mohd Zain berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bermula pukul 12 tengah malam dan berakhir tiga jam kemudian.
Katanya, ketika serbuan dilakukan, kebanyakan perkerja sedang leka melakukan pekerjaan dan tidak menyedari kemasukan anggota imigresen ke kawasan itu.
Turut diserbu asrama penginapan pekerja dan kebanyakan mereka sedang berehat serta tidur dalam bilik asrama.
Mohd Ridzzuan berkata, keadaan asrama juga menjijikkan dan meloyakan dengan bau hancing dan bangkai tikus dapat dihidu sebaik memasukinya.
Pekerja-pekerja itu juga, tegas beliau, tidak disediakan kemudahan tandas dan bilik mandi yang selesa.
Menurutnya, setiap bilik asrama menempatkan lapan penghuni dan mereka dikatakan bekerja selama lapan jam sehari tanpa diberikan cuti dengan gaji RM75 sehari.
Katanya, kesemua 39 PATI lelaki yang berusia antara 17 hingga 51 tahun itu terdiri daripada 36 lelaki warga Myanmar, dua Pakistan dan seorang Bangladesh.
Kesemua didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan pas kerja tamat tempoh.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan dan siasatan awal mendapati ada dalam kalangan PATI terbabit mendakwa mereka sudah menetap di negara ini hampir tiga tahun lalu.
Mereka mendakwa memasuki negara ini mengikut laluan hutan serta terdapat juga yang melarikan diri daripada majikan lama di Kuala Lumpur untuk datang bekerja di kilang berkenaan.
Kesemua mereka dibawa ke pejabat Imigresen Anak Bukit untuk proses dokumentasi sebelum di hantar ke Depot Tahanan Imigresen Belantik di Sik.
Kes disiasat mengikut Sekysen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6(1)(c) akta yang sama.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Oct 19 2022
Sebahagian daripada 39 pendatang tanpa izin (PATI) yang ditahan dalam serbuan Op Mahir di sebuah kilang plastik kitar semula, Sungai Petani, awal pagi tadi. - Gambar Astro AWANI
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Imigresen gempur kilang, 39 PATI ditahan
Keadaan asrama mereka jijik dan meloyakan dengan bau hancing dan bangkai tikus dapat dihidu sebaik memasukinya.