Ketika umat Islam seluruh dunia berlumba-lumba mahu ke tanah suci, seorang imam dari Arab Saudi sebaliknya memilih Kelantan sebagai destinasi mengerjakan ibadah setiap kali Ramadan.
Bagi Syeikh Abdul Rahman Abdul Latif Al Mahmud, beliau teruja berada di masjid di negeri ini hinggakan memohon sendiri dengan kerajaan Arab Saudi supaya dihantar ke Kelantan untuk menjadi imam solat tarawih sepanjang Ramadan tahun ini, lapor Sinar Harian.
“Saya bukan sahaja suka pada penduduk di negeri ini malah menggemari masjid-masjid yang dibina kerana dilihat penuh keberkatan.
“Saya selalu cakap, Kelantan atau Malaysia amnya menjadi contoh negeri 'baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur’ atau negeri yang makmur dan mendapat pengampunan ALLAH."
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Kunjungan Hormat di Pejabat Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah di Kompleks Kota Darulnaim hari ini.
Abdul Rahman yang tiba di Kelantan dua hari sebelum Ramadan lalu berkata, beliau bukan sahaja mengimamkan solat sunat itu di Kota Bharu, malah pelbagai masjid seluruh negeri ini termasuk Jeli dan perkampungan orang asli di Gua Musang.
Memandangkan kedatangannya sudah memasuki kali ketiga, beliau turut meminati masakan Kelantan dan menghafal beberapa perkataan baharu antaranya kuih akok, budu dan nasi kerabu.
Hari ini sahaja katanya, dia mempelajari dua perkataan baharu iaitu keluar dan tandas.
Sementara itu, Mohd Amar berkata, ini merupakan kerjasama baik Kelantan dengan kerajaan Arab Saudi sejak tujuh tahun lalu.
Setiap kali Ramadan katanya, Arab Saudi akan menghantar seorang imam tarawih untuk mengimamkan solat di negeri ini yang mana ia ditanggung sepenuhnya oleh negara itu.
Astro Awani
Mon Jun 03 2019
Abdul Rahman meluangkam masa bertemu pemimpin kerajaan negeri di Kompleks Kota Darulnaim hari ini. -Foto Sinar Harian
'Jangan jadi badut dan rasis' - Tommy
Tommy Mawat Bada kecewa apabila menjadi mangsa komen berbaur perkauman susulan insiden pergaduhannya dengan bintang JDT, Arif Aiman Hanapi.
Malaysia akan lancar bidaan TBB rentas sempadan bagi Singapura pada akhir tahun - Fadillah
Bidaan tenaga boleh baharu (TBB) rentas sempadan Malaysia bagi pengimport tenaga Singapura, di bawah Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) akan bermula menjelang akhir tahun ini.
Wanita maut, lelaki parah kereta dihempap kontena
Wanita maut manakala seorang lelaki cedera parah selepas kereta dipandu mereka dihempap kontena yang terjatuh daripada treler di Pulau Pinang.
FAA larang penerbangan ke Haiti selepas 2 pesawat AS terkena tembakan
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) telah melarang penerbangan ke dan dari Haiti selama sekurang-kurangnya 30 hari selepas pesawat JetBlue Airways dan Spirit Airlines terkena tembakan.
Mengenang Tun Daim: 'Kerajaan iktiraf jasa, sumbangan kepada negara' - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah terhadap pemergian bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.
GISB: 'Saya nak bertaubat, mahu tinggalkan ajaran menyalahi Islam' - Mudir
Mudir madrasah mempunyai kaitan dengan GISB mengaku bersalah di Mahkamah Rendah atas pertuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah di madrasah di Kuala Pilah sejak tiga tahun lalu.
Mengenang Tun Daim: Saya kehilangan mentor - Syed Saddiq
Pemergian Tun Daim Zainuddin memberi kesan bukan sahaja kepada pemimpin veteran tetapi juga pemimpin muda seperti Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Trump namakan John Ratcliffe sebagai pengarah CIA
Donald Trump menamakan John Ratcliffe, bekas Pengarah Perisikan Nasional sebagai pengarah baharu Agensi Perisikan Pusat (CIA).
Ibu kandung, rakan dipenjara tiga tahun letak anak dalam sangkar kucing
Tindakan seorang ibu dan rakannya mengurung seorang budak lelaki tiga tahun dalam sangkar kucing, mengundang padah apabila Mahkamah Sesyen di sini menjatuhi mereka hukuman penjara tiga tahun.
Penerbangan antara Australia, Bali di Indonesia digantung akibat awan abu gunung berapi
Penerbangan antara Australia dan wilayah Bali di Indonesia digantung akibat abu dari letusan gunung berapi.
Imam Arab Saudi pilih Kelantan
Beliau teruja berada di masjid di negeri ini hinggakan memohon sendiri dengan kerajaan Arab Saudi supaya dihantar ke Kelantan untuk menjadi imam solat tarawih.