KUALA LUMPUR: Ilmu falak atau astronomi tidak hanya terhad kepada perkara membabitkan penetapan tarikh puasa atau hari raya semata-mata.

Profesor Kehormat Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Datuk Prof Mohd Zambri Mohd Zainuddin berkata, banyak aspek dalam ilmu falak boleh digunakan dalam kehidupan.

Jelas Prof Mohd Zambri, sejak permulaan tamadun Islam lagi, tiga bidang dalam ilmu falak iaitu astrometri, fotometri dan spektroskopi telah digunakan dalam pelbagai aspek termasuk sains angkasa.

"Sebagai contoh, cari atau ukur kecerahan untuk tentukan waktu solat Subuh, Maghrib  dan Isyak, itu dipanggil fotometri, cuma kita tidak uar-uarkan.

"Perkembangan astronomi atau falak di Malaysia, saya bersyukur kerajaan sangat prihatin dan mewujudkan Agensi Angkasa Negara. Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) pun memainkan peranan yang penting, begitu juga jabatan mufti, malah ada jabatan mufti yang mempunyai balai cerap sendiri," ujarnya.

Lebih menarik, pengetahuan ilmu falak walaupun secara tidak langsung, akan dapat membantu termasuk dalam meramal bencana alam.

"Pada zaman dahulu, penduduk di lembah Sungai Nil tahu bila banjir akan berlaku, apabila nampak bintang syira atau sirius dalam bahasa Inggeris, jadi mereka tahu kawasan itu akan banjir.

"Nak menanam padi, tunggu waktu berangin. Nelayan, mereka ini tak pandai ilmu falak tapi mereka belajar dari pengalaman.

"Saya tanya nelayan, macam mana nak tentukan hari ini ikan apa, mereka kata ikut bulan Melayu. Itu bulan Islamlah. Ini semua berkaitan dengan fasa bulan,"  katanya ketika muncul sebagai tetamu program AWANI Pagi, pada Sabtu.

AWANI Pagi: Perkembangan ilmu falak dalam peradaan dunia


Berikut antara fakta yang dikongsi beliau mengenai ilmu falak: 
  1. Astrometri - Ilmu berkenaan kedudukan objek samawi di langit
  2. Fotometri - Ilmu berkaitan kecerahan, suhu dan saiz bintang
  3. Spektroskopi - Ilmu berkaitan bahan kimia yang ada dalam bintang, galaksi dan sebagai