SHAH ALAM : Ahli Parlimen Tanah Merah, Ikmal Hisham Abdul Aziz menafikan dakwaan menghisap rokok elektronik atau vape dalam Dewan Rakyat selepas gambar beliau memegang objek berbentuk silinder pada mulutnya tular di media sosial.
Memetik laporan portal Free Malaysia Today (FMT), beliau menjelaskan objek yang dimaksudkan ialah sebatang pen dan bukannya vape.
“Semua orang tahu saya bukan kaki merokok, duduk sebelah perokok pun saya tak tahan, apatah lagi merokok, hisap vape jauh sekali,” katanya.
Difahamkan, gambar berkenaan tular di media sosial apabila jurugambar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Sadiq Asyraf memuat naik imej itu di X dengan keterangan ‘betul-betul koyak terus tarik vape sambil keluar dewan’.
Ia berikutan kekecohan yang berpunca daripada komen dibuat Anwar mengenai Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Mohd Radzi Md Jidin di Dewan Rakyat pada Selasa.
Ikmal Hisham yang juga Ahli Parlimen dari Perikatan Nasional (PN) berkata, beliau bersedia untuk memberikan penjelasan berhubung perkara tersebut kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dengan mengeluarkan surat.
Ujarnya, beliau merupakan penyokong bagi pelaksanaan Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Hasil Tembakau dan Merokok 2022 yang dikemukakan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Sebelum ini, pada 2020, Menteri Luar Negeri ketika itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dikenakan kompaun kerana menghisap vape di Dewan Rakyat.
Bagaimanapun, Hishammuddin tidak mendedahkan jumlah kompaun yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), namun turut memohon maaf selepas dikecam warganet atas kesalahannya itu ketika sidang Parlimen berlangsung. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 21 2023
![Ikmal Hisham nafi dakwaan hisap vape dalam Dewan Rakyat Ikmal Hisham nafi dakwaan hisap vape dalam Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695281191_ikmalhisham.jpg)
Ikmal Hisham menafikan dakwaan hisap vape dalam Dewan Rakyat. - Foto/ Sadiq Asyraf
![PRK Sungai Bakap: Proses pengundian berjalan lancar pagi ini - Polis PRK Sungai Bakap: Proses pengundian berjalan lancar pagi ini - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720239876_tbmengundi.jpg)
PRK Sungai Bakap: Proses pengundian berjalan lancar pagi ini - Polis
Proses pengundian PRK Sungai Bakap pagi ini berjalan lancar dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku setakat ini.
PRK Sg Bakap : Calon PN Abang Abidin selesai buang Undi
Calon Perikatan Nasional Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Abidin Ismail selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Sungai Duri pada jam 8.20 pagi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Bakap hari ini..
PRK Sg Bakap: 16.74 peratus sudah mengundi setakat 10 pagi
Sebanyak 16.74 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 10 pagi ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Dr Joohari yakin menang di kawasan “hitam”
Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Dr Joohari Ariffin yakin kedudukannya sebagai anak tempatan memberi kelebihan buatnya meraih sokongan pengundi pada pilihanraya kecil (PRK) kali ini.
Pengundi mula beratur seawal jam 8 pagi
Cuaca yang baik pada sebelah pagi membolehkan pengundi keluar seawal mungkin bagi menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap hari ini.
![Jojo idam buka gelanggang Muay Thai sendiri di Sarawak Jojo idam buka gelanggang Muay Thai sendiri di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720239109_tbJohanJojoGhaza.jpg)
Jojo idam buka gelanggang Muay Thai sendiri di Sarawak
Jojo ingin mewujudkan arena gelanggang Muay Thai di tempat dia membesar sendiri iaitu di Sarawak.
[TERKINI] Calon PH punyai kelebihan ekoran gelombang hijau mereda
Perwatakan, dan pembawaaan kedua-dua calon Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) bagi PRK DUN Sungai Bakap mempunyai kekuatan tersendiri.
![Buru Jho Low? Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin Buru Jho Low? Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720238197_TBSaifuddinNasution.jpg)
Buru Jho Low? Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin
Penyelesaian telah dicapai antara DOJ dan ahli perniagaan dalam buruan itu, dan ia menjadi urusan kedua-dua pihak terbabit.
Buru Jho Low: Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin
Keutamaan kerajaan ketika ini adalah memperoleh semula aset yang dikaitkan dengan skandal rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) susulan pemeteraian perjanjian sulit Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dengan Low Taek Jho atau Jho Low.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya difahamkan bahawa penyelesaian telah dicapai antara DOJ dan ahli perniagaan dalam buruan itu, dan ia menjadi urusan kedua-dua pihak terbabit.
#AWANInews
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya difahamkan bahawa penyelesaian telah dicapai antara DOJ dan ahli perniagaan dalam buruan itu, dan ia menjadi urusan kedua-dua pihak terbabit.
#AWANInews
![2 maut, 3 cedera ditikam pada Hari Kemerdekaan AS 2 maut, 3 cedera ditikam pada Hari Kemerdekaan AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720236983_FourthofJulyViole.jpg)
2 maut, 3 cedera ditikam pada Hari Kemerdekaan AS
Pegawai polis mendapati beberapa mangsa mengalami kecederaan parah sejurus tiba di tempat kejadian.
![Dakwaan hisap vape: Ikmal Hisham terkejut terima permohonan maaf jurugambar PM Dakwaan hisap vape: Ikmal Hisham terkejut terima permohonan maaf jurugambar PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697890619_tbIkmalHisham.jpg)
Dakwaan hisap vape: Ikmal Hisham terkejut terima permohonan maaf jurugambar PM
Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz mengakui terkejut dengan permohonan maaf yang dikemukakan jurugambar kepada Perdana Menteri iaitu Sadiq Asyraf.
![Dakwaan hisap vape: Jurugambar mohon maaf kepada Ikmal Hisham Dakwaan hisap vape: Jurugambar mohon maaf kepada Ikmal Hisham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697798914_tbIkmalHisham.jpg)
Dakwaan hisap vape: Jurugambar mohon maaf kepada Ikmal Hisham
Jurugambar Perdana Menteri iaitu Sadiq Asyraf membuat permohonan maaf kepada Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz susulan dakwaan menghisap vape.
![Gambar hisap 'vape': Ikmal Hisham gesa Speaker panggil, tegur jurugambar PM Gambar hisap 'vape': Ikmal Hisham gesa Speaker panggil, tegur jurugambar PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695281191_ikmalhisham.jpg)
Gambar hisap 'vape': Ikmal Hisham gesa Speaker panggil, tegur jurugambar PM
Tindakan itu adalah untuk pengajaran kepada jurugambar tersebut dan beliau sekali lagi menegaskan tidak menghisap vape malah tidak pernah menghisap rokok juga.
![Dakwaan hisap vape: Ikmal Hisham sedia dihukum jika bersalah Dakwaan hisap vape: Ikmal Hisham sedia dihukum jika bersalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695814253_IkmalHishamNizam.jpg)
Dakwaan hisap vape: Ikmal Hisham sedia dihukum jika bersalah
Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz bersedia untuk dikenakan hukuman mengikut peraturan Dewan Rakyat jika terbukti bersalah seperti dakwaan tular beliau menghisap vape di Parlimen.
![Ikmal Hisham nafi dakwaan hisap vape dalam Dewan Rakyat Ikmal Hisham nafi dakwaan hisap vape dalam Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695281191_ikmalhisham.jpg)
Ikmal Hisham nafi dakwaan hisap vape dalam Dewan Rakyat
Ikmal Hisham Abdul Aziz menafikan dakwaan menghisap rokok elektronik atau vape dalam Dewan Rakyat selepas gambar beliau memegang objek berbentuk silinder pada mulutnya tular di media sosial.
![Dewan Rakyat: Tujuh inisiatif baharu dirangka bantu veteran ATM - Ikmal Hisham Dewan Rakyat: Tujuh inisiatif baharu dirangka bantu veteran ATM - Ikmal Hisham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81632719764_TBDewanRakyat.jpg)
Dewan Rakyat: Tujuh inisiatif baharu dirangka bantu veteran ATM - Ikmal Hisham
Kementerian Pertahanan sedang merangka tujuh inisiatif baharu bagi membantu veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
![Isu surat lantikan anak: Ikmal Hisham akui kesal Isu surat lantikan anak: Ikmal Hisham akui kesal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-12/51544780966_TBIkmalHisham.jpg)
Isu surat lantikan anak: Ikmal Hisham akui kesal
Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz akui kesal dengan tindakannya berhubung isu surat sokongan melantik anaknya menganggotai ahli lembaga pengarah Pharmaniaga.