KUALA LUMPUR: Pihak berwajib perlu mengawal aktiviti pembukaan tanah dan hakisan susulan laporan peningkatan kandungan pepejal terampai yang dipercayai menyebabkan kematian ikan di Sungai Kulim, Kampung Tun Sardon, Tasek Gelugor, Pulau Pinang Jumaat lalu.
Pada masa sama, Pakar Kualiti Air dan Permodelan, Ir Dr Zaki Zainudin berkata, langkah itu juga mampu mengelak daripada menjejaskan operasi loji rawatan air yang terletak di lokasi berhampiran.
"Kalau betul ia disebabkan pepejal terampai, maka ia lazimnya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti pembukaan tanah dan hakisan. Jadi kita kena kawal aktiviti yang berkaitan dengan hakisan ini.
"Saya harap ia tidak dikaitkan dengan faktor lain. Kalau hakisan, ia ada kesan ekologi. Bila pepejal terampai itu banyak sangat ia ada potensi untuk mendap. Kalau mendap sungai boleh jadi lebih cetek kesan pepejal terampai ini.
"Yang saya nampak, ia sebenarnya berhampiran muka sauk Bukit Tualang, tidak jauh dari lokasi dan kalau pepejal terampai terlampau tinggi, ia boleh gugat operasi loji rawatan air," katanya semasa dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
Beliau mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang, Sharifah Zakiah Syed Sahab pada Isnin bahawa kandungan oksigen terlarut yang turun secara mendadak dikenal pasti antara punca kematian ikan di Sungai Kulim, Kampung Tun Sardon, Tasek Gelugor, Jumaat lalu.
Penurunan oksigen itu berpunca daripada peningkatan kandungan pepejal terampai yang berkemungkinan disebabkan hujan lebat di hulu Sungai Kulim.
BACA: Ikan di Sungai Kulim mati disebabkan kandungan oksigen terlarut kurang - JAS Pulau Pinang
Jelas beliau, kandungan pepejal terampai yang meningkat secara mendadak boleh menyebabkan kejatuhan kadar oksigen.
"Ya memang betul, pepejal terampai itu apabila ia meningkat ia boleh menyebabkan oksigen jatuh, ia berlaku dalam kes-kes tertentu. Cuma kalau misal kata kandungan pepejal terampai itu terlampau tinggi, maka kelodak itu adalah faktor yang lebih dominan kaitkan dengan ikan mati.
"Jadi apabila kelodak air itu terlampau tinggi, maka ia menyebabkan insang-insang ikan itu penuh dengan lumpur. Ia menyebabkan ikan itu sukar bernafas dan mati," jelas beliau.
Ujarnya, selain isu oksigen terlarut dan pepejal terampai, ia juga bergantung kepada spesis ikan di kawasan yang terjejas.
Jelas beliau, ada jenis ikan yang tahan pencemaran dan ada ikan yang lebih sensitif serta mudah terkesan, sekali gus menyebabkannya mati.
"Kemungkinan besar hanya spesis tertentu terkesan. Contohnya ikan keli kuat dan ada paru-paru yang bolehkan ia bernafas baik. Ia tak terkesan sangat berbanding ikan baung.
"Ikan kelah lagi sensitif, kalau air tercemar sikit ia terkesan. Jadi ikan mati sebab jenis faktor tertentu," tambahnya.
Rahimah Abdullah
Tue Mar 09 2021
Pihak berwajib perlu mengawal aktiviti pembukaan tanah dan hakisan susulan laporan peningkatan kandungan pepejal terampai yang dipercayai menyebabkan kematian ikan di Sungai Kulim, Kampung Tun Sardon Jumaat lalu. Gambar: Dr. Zaki Zainuddin
Sarawak antara penyumbang eksport utama bagi November 2024
Sarawak menyumbang 7.9 peratus eksport negara sekaligus menjadi antara lima negeri yang mendominasi eksport Malaysia bagi bulan November.
Jasad nelayan ditemui terapung selepas 48 jam hilang
Mayat Jolkepli Hamidi, 60 tahun, ditemui selepas 48 jam hilang selepas terjatuh daripada bot di Sungai Kelaoh, Lundu pada pagi Jumaat.
Bapa mengaku tidak bersalah cederakan anak dengan lilit leher, lambung ke katil
Seorang lelaki warga Mesir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan melilit leher anak lelakinya dengan kabel telefon dan melambung anak perempuannya ke atas katil.
Melaka umum dua Bantuan Khas Kewangan minimum RM2,600 untuk penjawat awam
Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan dua Bantuan Khas Kewangan untuk penjawat awam di negeri ini, hari ini.
Pantau Agenda Reformasi: Lori pencabut nyawa, apa tindakan keselamatan?
Ikuti ulasan Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh, mengenai tindakan yang wajar diambil untuk menjamin keselamatan pengguna jalan raya daripada nahas akibat kenderaan berat yang tidak mengikut piawaian keselamatan pihak berkuasa.
Sebatan di khalayak: Perlu pendekatan harmoni peruntukan undang-undang sivil, syariah - KP IKIM
IKIM akan menganjurkan sidang meja bulat tertutup bagi membincangkan beberapa isu berbangkit termasuk pelaksanaan hukuman sebatan syariah di khalayak ramai di Terengganu.
Cederakan junior UPNM: Mahkamah tetap 4 Februari sebagai tarikh sebutan kes
Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 4 Feb tahun hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes seorang pegawai kadet ALK UPNM yang didakwa mencederakan juniornya menggunakan seterika wap panas.
[INFOGRAFIK] Tenaga Buruh (Oktober 2024)
Berikut adalah info berkenaan dengan Tenaga Buruh Oktober 2024.
NUBE lancar kempen hapuskan bayaran pengeluaran tunai RM1
Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) melancarkan kempen tandatangan bertujuan menghapuskan bayaran pengeluaran tunai RM1 di ATM antara bank yang dikenakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Turkiye berhasrta bekalkan tenaga elektrik ke Syria
Turkiye berhasrat membekalkan tenaga elektrik ke Syria dan mengukuhkan infrastruktur kuasanya.
Longgokan ikan mati di Sungai Kundang akibat pencemaran minyak
Sebanyak 33 guni ikan mati telah dibersihkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) di perangkap sampah Sungai Kundang di sini pada Sabtu.
Ribuan ikan mati akibat pembuangan sisa kilang
Ribuan ikan ditemui mati dan terapung di Kolam Tadahan Taman Industri Alam Jaya, Puncak Alam di sini dipercayai akibat pencemaran berpunca daripada pembuangan sisa kilang.
Air merah: Pulau Pinang akan salur bantuan kepada penternak ikan dalam sangkar terjejas
Pulau Pinang akan menyalurkan bantuan kepada penternak ikan dalam sangkar yang mengalami kerugian apabila banyak ikan ternakan mereka mati akibat fenomena air merah.
Ikan, hidupan laut mati akibat air pasang merah di Pulau Pinang
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata dalam masa sama pihaknya akan terus memantau fenomena itu yang telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan nelayan.
Ribuan ikan mati di tasik UniSZA akibat cuaca panas
Ribuan ikan tilapia ditemui mati di tasik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada petang Khamis akibat kekurangan oksigen terlarut susulan cuaca panas dan peningkatan muatan organik.
Pertandingan memancing tangani fenomena ikan mati di Sungai Melaka
Kerajaan negeri akan mengadakan pertandingan memancing dan pesta masakan ikan sungai sebagai langkah proaktif menghadapi fenomena ribuan ikan mati di Sungai Melaka.
Penduduk terkejut jutaan ikan mati terdampar di sungai New South Wales
Kematian ikan pada skala besar itu pertama kali dilaporkan bandar tersebut.
Berputih mata 8 tan ikan air tawar mati
Pengurus kolam berkata, kejadian terbabit disedarinya pada jam 7.30 pagi ketika dia mahu memulakan operasi.
Ribuan ikan di Sungai Tuang mati bukan sebab pencemaran
Ketua Menteri berkata, ikan itu dibuang oleh mereka yang memasang jaring hanyut atau pekap di pantai sekitar.
50 penternak ikan gesa kerajaan negeri percepat proses gali semula kuala Sungai Semerak
Penternak ikan di kuala sungai itu menanggung jumlah kerugian yang banyak akibat daripada pencemaran air.